Friday, April 20, 2007

Janji Abadi


Selafaz janji

mematri cinta

sebuah hakikat sudah terikat


Sebuah hantaran permata kasih

tertitip seiring ijab


Sekuntum cinta

seraut sayang

pengubat lara

di kala badai menggila


Nur kasih menyala sudah

berderang di mahligai impian


Moga abadi

selagi denyut nadi

belum terhenti.

9 comments:

  1. Janji disemai semasa hayat
    dibawa jasad semasa nafas terakhir
    tinggal janji pada insan
    tapi janji kekal pada yang Satu

    ReplyDelete
  2. hmmm... romantis... gambar tu gambar pelakon winter sonata ek...

    ReplyDelete
  3. Puitis.....

    Menunaikan janji itu selalunya tak semanis waktu mengungkapkannya.....:)

    ReplyDelete
  4. Kak Idah,
    Selagi jasad dikandung badan, inyaAllah janji sesama manusia akan kupegang. Anadai daku terlupa, maka jangan segan menginagtkanku.

    Sastri,
    Gambar 'pasangan' Winter Sonata itu sangat halus sampai kak terpesona dan tak jemu menatapnya.

    BP,
    Betul, mengucapkan janji amat mudah. Menunaikannya belum tentu termampu. Semoga kita sama-sama menunaikan janji yang sudah terlafaz.

    ReplyDelete
  5. Pandainya Dik Nin lukis..hmm...

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Tumpang lalu ek... (sambil bongkokkan badan sikit) :)

    Siapa yang lukis ni?
    Cantiknya...

    ReplyDelete
  7. Kang Mya,
    Bukan Dik Nin yang melukisnya. Seandainya itu hasil seni jemariku, takkan daku berada di sini sebagai penulis.

    Tuan Tanah,
    Sila-sila, jangan malu lalu. Orang jauh lalu ke pondokku. Datangnya dari benua sana. Lukisan ini dilukis oleh pelukis berbangsa Cina.

    ReplyDelete
  8. Kata ditutur janji diikat
    Termateri dalam satu ijab
    Membina satu kehidupan
    Semoga dalam restu Ilahi

    ReplyDelete
  9. Kak EZ,
    Insyaallah, amin!

    ReplyDelete