Monday, January 05, 2009

UPDATE: Cerita-cerita Bergambar


Tarikh terbit : 26 Januari 09.


Cover Melah Melia3 yang akan terbit bulan ini, insya-Allah. Comel kan? Janganlah segan untuk mensahihkan kecomelannya. :P

.

.

Penghujung Disember, buat pertama kalinya dikurnia anak saudara. Alhamdulillah. Adam Syafwan namanya. Gelaran sebelum diberi nama, Mat Setu Minggu. Gasaklah.











Setengah hari cuti tahun baru 2009 dihabiskan di zoo. Budak-budaklah yang paling seronok. Punyalah lama tak ke zoo. Zoo penuh sesak.




Ada budak yang tak nak balik! Haru betul....




Sekolah bermula. Dua budak ni dah masuk sekolah tadika.






Tak ada kena-mengena. Cuma nak suruh anda mengintai dalam laci di studio kerja saya. Haha. Terima kasih kepada encik yang sudi menaja penyedap mulut iteewww.







Tuesday, December 23, 2008

Masuk Kilang

Bukan, bukan saya masuk kilang. Melah yang masuk kilang. Bukan, bukan Kak Melah. Tapi Melah Melia 3. Harap-harap kali ini tak ada apa-apa masalah lagi setelah seminggu lalu diri ini teramat panik, kejang otak, kelabu minda memikirkan masalah teknikal yang timbul kerana berada di luar kawasan dan jauh dari keupayaan Internet. Fuh, sungguh dasyat pengalaman itu. Hampir-hampir bertukar menjadi igauan ngeri. Mujur dengan bakat kreatif (silakan muntah dengan sopan-santun kalau anda teringin melakukannya) pihak di sana dan di sini, masalah yang memang mengejangkan otak itu mampu diatasi walaupun nyaris-nyaris kedua-dua pihak gugur akibat kekejangan.
*
*
*
Semoga Melah Melia3 selamat terbit dan dapatlah diri ini menyambut tahun baru dengan satu produk baru juga. Jadi, kepada adik-adik dan kawan-kawan, tunggu kemunculannya, insya-Allah sekitar Jan 09 nanti, okey.
*
*
*
Buat adik-adik yang sedang pecah kepala memikir nak masuk sekolah mana, jangan susah hati. Belajar di mana pun tak apa-apa asalkan dapat belajar dengan sempurna. Benih yang baik, kalau dicampak ke darat menjadi gunung. Kalau dibuang ke laut menjadi pulau. Tak caya, tanya mak. hehehe. Apa-apapun, jangan lupa dapatkan Melah Melia3 dan siri-siri sebelumnya walau di mana anda berada.
*
*
*
*
TATA!

Tuesday, December 02, 2008

Tayang Hasil

Layan gambar-gambar saja ya. Hasil keras tangan Sabtu lepas, untuk hantaran. Abaikan saja mana-mana yang menyakitkan mata tu ok. Amatur!

Kek cawan yang baru siap dimekap. Atas dulang lagi.


Baru masuk dalam kotak

Kek coklat dengan tulisan yang herot-berot. Sakit tapak tangan sebab paipkan coklat cair yang masih panas. Krim mentega sudah habis!



SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!









Wednesday, November 26, 2008

Serabut Cuti Sekolah

Ah, rasa sungguh malas memasukkan entri baru. Apa-apapun, layan ....


Cuti sekolah
Rumah bersepah
Hati resah
.
.
.
.
Langit mendung
Dapur pun kosong
Di mana keropok losong?
.
.
.
.
TV terpasang
Tiada tenang
Kalender kuhilang
Mengira hari untuk pulang

Wednesday, November 12, 2008

Cuti Panjang

Pejam celik, celik dan pejam balik ... sekolah akan tutup bermula Sabtu ini sehingga awal tahun depan. Amboi, adik-adik bukan main suka lagi eh. Ops, tapi ada seorang budak bernama Sara tu, dia tak suka cuti panjang tau. Dia suka pergi sekolah. Hari-hari dia nak pergi sekolah. Rajin sungguh dia kan? hehehe. Jangan maraa, gurau-gurau manja eh. Apa rancangan sepanjang cuti? Duduk rumah main internet? Main game? Tengok TV? Melancong? Jalan-jalan tengok wayang? Jalan-jalan cari makan? Apa-apa pun rancangan anda, lakukannya secara 'sihat' agar semua orang seronok. Yeah!


Yey, sekolah dah nak habis!



Untuk adik-adik yang bakal meninggalkan persekolahan rendah, selamat datang ke alam remaja. Jadilah remaja yang berwawasan. Err, dah minta maaf dengan guru dan kawan-kawan? Dah puas menangis kesedihan kerana akan berpisah? Haih, tiba-tiba teringat kembali nostalgia lama zaman kanak-kanak riang dulu. Esh, sedih ....


Boleh terbongkang dengan bantal busuk lebih lama dari kebiasaan!



Cikgu-cikgu pun bukan main seronok lagi. Setelah memerah tenaga dan minda untuk menjadikan anak-anak murid sebagai 'manusia,' kini tibalah masa beristirahat bersama keluarga, bercuti panjang merungkai kembali urat-urat minda dan otot yang tersimpul selama setahun ini. Bagi cikgu-cikgu merangkap penulis, agaknya inilah masa yang sesuai untuk mencari ilham dan pulun manuskrip untuk terbitan tahun depan. Cikgu Mya Marja, Cikgu Alias, Cikgu Zahida dan Ustaz Shahrul, dah ada ilham?


Bagi kaum ibu suri sepenuh masa, alamatnya sakitlah anak tekak menjerit apabila rumah berkecah. Berbuihlah mulut akibat berleter bila anak-anak bergaduh, berebut saluran TV, berebut komputer, berebut KFC yang cuma tinggal seketul. Dapur pun sudah jadi macam dapur restoran, beroperasi sampai mata semua penghuni rumah tertutup. Peti ais kena sentiasa penuh dengan makanan. Haih!


Apa-apa pun, selamat bercuti kepada mereka yang akan bercuti.