Thursday, February 19, 2009

Secebis.

“Saya nak tanya awak beberapa soalan. Awak tak perlu buka mulut bagi memberi jawapannya. Awak hanya perlu mengangguk atau menggeleng,” jelas Naznin.
*
*
Kening Muna bertambah-tambah kerutannya, dan bebola matanya bergerak ke kiri dan ke kanan. Otaknya sudah tentu bekerja keras memikir kemungkinan-kemungkinan yang terjadi hasil dari sesi soal siasat yang bakal berlangsung itu.
*
*
Muna cemas tiba-tiba. Maklumlah, Naznin mampu bertukar menjadi apa sahaja yang dimahukannya. Semuanya sudah terbukti setiap kali dia melancarkan peperangan dengan Rayyan. Ada masanya dia boleh menjadi seperti Mak Lampir, kadang-kadang ada iras-iras T-rex yang mengganas. Ada waktunya dia boleh kelihatan seperti Incredible Hulk dengan muka seperti insan menderita sembelit dua tiga jam.
*
*
“Setuju?” soal Naznin sambil matanya terjojol memanah muka Muna dalam jarak 10 inci sahaja dari mukanya. Mata yang terjojol dan muka Naznin yang terlalu rapat dengan mukanya membuatkan perut Muna mengecut dengan kepantasan tidak diduga. Antara sedar dengan tidak, Muna mengangguk-angguk.
*
*
“Okey, kita mulakan sesi sekarang juga.” Naznin bercekak pinggang.
Kepantasan denyut jantung Muna sudah mencapai kadar denyutan jantung seorang pelari yang sedang memecut di balapan. Dalam hati sempat dia memanjatkan doa supaya dijauhi dari sebarang malapetaka.
*
*
“Awak suka lelaki kacak?” Soalan kuiz yang pertama meluncur dari mulut Naznin.
*
*
“Apakah gerangan soalan sedemikian?” Muna terkebil-kebil. Namun tidak lama dia terus tersengih malu, lalu mengangguk-angguk laju. Soalan itu membuatkan denyut jantungnya kembali normal. Rasa gerun tadi tiba-tiba hilang apabila Muna melihat muka Naznin menjadi berseri-seri dengan bibirnya yang melebar dengan senyuman manis lagi ayu.
*
*
“Awak nak teman lelaki kacak?” Soalan kuiz yang kedua mengambil giliran membuat anggukan Muna semakin laju. Senyuman Naznin semakin bertambah inci kelebarannya.
*
*
“Awak nak duduk dengan lelaki kacak?” Soalan kuiz yang seterusnya masih berjaya membuat kepala Muna mengangguk-angguk laju, lebih laju daripada jawapan kedua dan ketiga.
*
*
“Yihaaa!” Naznin terlompat suka. Suaranya menarik perhatian beberapa pelajar yang lalu-lalang di sekitar kawasan taman sekolah itu. Encik Tukang Kebun yang dari tadi tidak siap-siap menggemburkan tanah di dalam pasu bunga pun sibuk-sibuk menoleh ke arah mereka.
*
*
Muna hanya mampu terkebil-kebil bak cicak tertelan kapur apabila melihat aksi tidak dijangka Naznin beberapa saat tadi. Nana pula memang sejak tadi tidak penat-penat melebarkan bibirnya, membuat peragaan gigi pada waktu rehat itu.
*
*
“Nampaknya misi menjadi semakin mudah.” Naznin berbisik dengan dirinya sendiri. Hatinya girang berbunga-bunga. Dia merapatkan mukanya ke muka Muna sekali lagi.
*
*
“Kalau macam tu... tentu awak gembira...” Naznin mundar-mandir di hadapan Muna dan Nana.
*
*
Muna tidak sabar hendak mendengar sambungan kata-kata Naznin.
*
*
“Apabila... dapat duduk dengan...” Naznin masih lagi mundar-mandir beberapa kali. Sambil itu dia berdoa semoga semuanya berjalan lancar dan misinya mencapai kejayaan yang gemilang.
*
*
“Dengan siapa? Cepatlah cakap!” Tahap kesabaran Muna sudah berada di puncak tertinggi.
*
*
“Dengan... dengan... Rayyan.” Raut muka Naznin bertukar menjadi muka wanita yang menderita sengsara kerana terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikan rupa daripada mulutnya. Demi menamatkan penderitaan daripada lebih berpanjangan, mulutnya dipaksa-paksa juga mengeluarkan ayat-ayat yang selama ini menjadi kepantangannya; Rayyan kacak!
*
*
P/S: Secebis babak dari manuskrip yang hampir selesai ditekuni.

Tuesday, February 03, 2009

Belajar Dari Pantai

Hujung minggu lalu merenung pantai. Ewah, merenung pantai konon. Sempena cuti Hari Wilayah, kami balik kampung. Minggu lepas dah puas bercuti di KL, maka minggu ini kami balik kampung dan menyibukkan diri, meramaikan lagi suasana di Pantai BNO ni.
Bot-bot nelayan berarak pulang ke jeti dan si pengail masih setia dengan jorannya walaupun mentari hampir melabuhkan diri ke peraduan.
*
*
Kami sampai waktu air pasang. Macam-macam ragam dan pemandangan yang menarik hati waktu ini. Melihat laut dan pantai, melihat kehidupan di pesisirnya. Menyaksikan setianya ombak dan pantai, melihat camar-camar yang terbang, melihat manusia-manusia yang bergantung hidup pada laut, pengail, batu-batu. Tak lupa, menyaksikan kebesaran Tuhan; tika matahari terbenam pada titik horizon nun di sana. Semuanya menimbulkan keinsafan andai dihayati.
Ketika ini hajat hati ingin melihat matahari betul-betul terbenam. Tapi hujan pulak tiba-tiba turun. Dan laksa sedap di gerai tepi pantai ini pun bukan menjadi rezekiku pada petang itu.


Untuk akhirnya, sila layan video pendek yang sempat dirakam. Video bot-bot nelayan yang berarak balik ke pantai bersama hasil laut masing-masing. Di sini kebanyakkan nelayan ialah orang-orang Cina.









Wednesday, January 28, 2009

Musim Gawat!

Al-kisah, cuti Raya Cina menghabiskan masa di KL saja. Zaman-zaman gawat ni kalau tak balik kampung, memang duduk rumah saja yang paling sesuai. Walau macam mana pun kena keluar juga untuk membeli barang keperluan.
*
*
Tiba-tiba mati akal sekejap apabila semua pasar raya tempat kami selalu membersihkan poket; berbelanja segala keperluan tutup semuanya. Sudahlah semuanya barang-barang penting yang nak dibeli. Lampin pakai buang emak dan anak, tepung, susu anak-anak, barang-barang dalam peti ais, dan lain-lain lagi. Punyalah 2-3 kali kami pusing kawasan dekat-dekat sini, tapi cuma ada pasar mini yang tak mencukup semua yang diperlukan. Malang betul kita sebab terpaksa bergantung pada satu kaum tu saja. Bila mereka tutup kedai, kita yang menangis. Hmmm...
*
*
Oleh kerana semua tempat berbelanja sedang tutup, kami pun terpaksa menyibukkan diri ke gedung membeli belah di tengah KL yang setiap masa asyik ada jualan murah saja. Rasanya tak ada hari yang tak ada jualan murah. Pelik betul.
*
*
Dan....
*
*
Di ruang legar, tempat segala barang jualan murah dilonggokkan, punyalah ramai insan-insan yang sedang mencuci poket. Wah, banyak betul duit orang-orang ini! Dan, majoritinya Melayu. Ish, ish. Anda tahu apa dalam fikiran saya? Lu fikirlah sendiri. hihi.
*
*
Saya terus turun ke tingkat bawah; tempat yang sepatutnya saya tuju. Beli itu ini yang tak seberapa pun dah dekat RM100 melayang-layang. Itu baru barang perlu. Cuma fikir kalau saya pun menyibukkan diri di celah-celah kelompok manusia di ruang legar sana, mau berkepuk-kepuk melayang. Saya rasa kalau tak kerana cuti panjang, mau tersesak-sesak kaum kita di situ.
*
*
Musim gawat ni, nak membeli barang perlu pun teragak-agak. Ini baru kami; keluarga yang agak kecil. Bayangkan macam mana denga keluarga yang ada 4-5 orang anak yang sedang membesar.
*
*
Moga-moga semuanya cepat pulih dan orang kita pun ada kesedaran berjimat-jimat zaman gawat ni.
*
*
Diam-diam, sebenarnya risau juga dengan jualan novel yang akan terbit beberapa hari ni. Ya Allah, murahkanlah rejekiku! Amin.
*
*
Adik-adik, musim-musim macam ni kena berbelanja secara berhemah. Lupakan dulu pakaian berjenama, minyak wangi, gadjet baru dan lain-lain. Tolong ibu bapa jimatkan belanja. Kalau nak habiskan duit untuk derma masjid ke, derma Palestine ke, sangat dialu-alukan. Dapat pahala lagi.
*
*
Tapi, errr... jangan lupa beli novel Melah Melia3 tau. hihi.

Tuesday, January 20, 2009

Tag 2009; sebagai entri baharu.

1.Do you think you are hot?

Hot? Bukannya muda lagi nak hot-hot ni. Tak tahulah kalau ada yang kata hot pulak. :P

*

*

2. Upload your favourite picture of you.

*

*
3. Why do you like that picture?
Sebab ini salah satu kegemaran saya. Soto dengan resepi original dan harga pulak tersangat murah. Rasa, not bad lah Kak Bedah! Satu lagi alasan kenapa tampal gambar ni, sebab nak kamu semua terliur. wehkekeke.
*

*
4. When was the last time you ate pizza?
Emm, lamaaa dulu. Pertengahan tahun lepas kot.

*

*
5. The last song you listened to?
Cuba - Faizal Tahir. Sebab lagu ni ada dalam blog ni.
*

*
6. What are you doing right now besides this?
Buat tag ni.

*

*
7. What name would you prefer besides this?
Alamak, Mari kita tengok, siapa yang kena!
1) Melah Melia.
2) Yani-Fairy Kiut
3) Nana Husna
4) Mutmainnah
5) Amran

*
8. Who is no. 1?
Watak utama dalam siri Melah Melia. Ops, sorry!
*

*
9. No. 3 is having relationship with?
Tak. Tapi dia comel.
*

*
10. Say something about no. 5.
Budak nakal! Saya akan jadikan watak ni nakal selalu.
*

*
11. How about no. 4?
Dia suka menulis dan nak jadi penulis. Chaiyok!
*

*
12. Who is no. 2?
Mentee kot. Tapi layak ke jadi mentor ni? :P

Monday, January 05, 2009

UPDATE: Cerita-cerita Bergambar


Tarikh terbit : 26 Januari 09.


Cover Melah Melia3 yang akan terbit bulan ini, insya-Allah. Comel kan? Janganlah segan untuk mensahihkan kecomelannya. :P

.

.

Penghujung Disember, buat pertama kalinya dikurnia anak saudara. Alhamdulillah. Adam Syafwan namanya. Gelaran sebelum diberi nama, Mat Setu Minggu. Gasaklah.











Setengah hari cuti tahun baru 2009 dihabiskan di zoo. Budak-budaklah yang paling seronok. Punyalah lama tak ke zoo. Zoo penuh sesak.




Ada budak yang tak nak balik! Haru betul....




Sekolah bermula. Dua budak ni dah masuk sekolah tadika.






Tak ada kena-mengena. Cuma nak suruh anda mengintai dalam laci di studio kerja saya. Haha. Terima kasih kepada encik yang sudi menaja penyedap mulut iteewww.