Tuesday, January 19, 2010
Tajuk Suka Hati
Monday, January 11, 2010
Permulaan Tahun Baru
*
Okey-okey, nak cerita pasal semalam tapi termelalut. Semalam saya ingatkan balik diri sendiri untuk terus prolifik. Untuk cari rezeki. Untuk meneroka sesuatu yang baru. Sampai bila nak macam ni? Balik-balik buat benda yang sama, benda yang orang nampak kecil. Yang orang rasa kalau saya buat, buatlah. Kalau saya tak buat, orang akan kata, "ada aku kesah?"
*
Setelah seminggu lebih, baru terhegeh-hegeh keluar dari 'kelubung' dengan menyibuk-nyibukkan diri di bengkel penulisan skrip drama anjuran AVA. Saya enjoy dengan input-input baru, berkenal-kenal dengan satu lagi cabang penulisan. Yang paling best, dua pembimbing ialah makhluk-makhluk tuhan yang berbakat amat dalam bidang tersebut. Shahrul Ezad dan Sofia Rhyland.
*
Sofia Rhyland
*
Siapa pernah tengok Awan Dania? Itu Sofia Rhyland punya temberanglah. Hahaha. Bukan saya yang cakap beliau temberang, melainkan beliaulah sendiri yang mengatakannya. Banyak soal teknikal yang disentuh oleh beliau. Saya tak kelip-kelip tengok muka beliau bila beliau bercakap (tipuuu, saya kelip-kelip jugak!). Bukan! Bukan sebab muka beliau ada jerawat batu, tapi sebab cuba menghadam apa yang beliau cakapkan. Hasilnya= separa faham. Huhuk! Ops, muka beliau tak ada jerawat batu okey! Apapun, yang bagusnya nanti beliau akan emelkan contoh format yang dah siap. Yeehaaa!
*
Shahrul Ezad
Hey, kamu pernah tonton kisah si Jibek dengan Saerah? Atau Tari Tirana yang 'now showing' kat tivi3? Atau Cinta Si Penggali Kubur? Atau Sindarella? Itu semua garapan skrip dan arahan Shahrul Ezad di bawah terbitan produksinya sendiri, Radius One. Wah, memang gila kuasa! Ahakz. Suka hati beliaulah kan? Slot kedua lebih banyak gelak-gelak. Minah depan saya, Err... Kaseh kot nama beliau, ewah ... gelak sampai nak putus urat kentut gayanya. Merah padam muka beliau. Saya agak tentulah beliau senak perut waktu tu bila tuan director bercakap dengan aksi gaya selamba lagi spontan. Yang pasti banyak ilmu baru yang dapat dicerna walaupun dalam sesi yang santai. Best! Yang tak bestnya, asyik nak terkucil. Uhuk!
*
Hmmm, okey. Doakan saya lebih prolifik dan lebih kaya daripada tahun lepas. Hehe.
** Gambar diciluk dari blog AVA.
Thursday, December 31, 2009
Selamat Untuk Semua!
Tuesday, December 15, 2009
Duka. Gembira. Yang Mana?
Novel kanak-kanak terbitan Buku Prima.Adik perempuanku; antara sedih dan gembira. Dan aku tahu, dia banyak menangis ketika persiapan majlis besar itu.
*
6 Disember
Genap 15 hari kematian ayahanda, adik perempuanku melangsungkan perkahwinan. Waktu ini teringat aku saat-saat ayahandaku menangis teresak-esak bercucuran air mata di WAD 2D ketika menjalani kemoterapi (ketika itu aku menemaninya). Dia kesal dan ralat kerana tak dapat menyempurnakan dan membiayai majlis itu. Dia minta selepas upacara nikah, diadakan majlis tahlil. Dan benar, selepas akad nikah adik malam itu, tahlil diadakan. Untuknya.
Sedih dan gembira bercampur-baur. Namun kedukaan lebih menyerlah walaupun senyum tetap menguntum.
Wednesday, October 28, 2009
Melah Melia kembali!
Siang tadi saya selesai pruf reading naskhah novel ini. Dan petang tadi juga saya terima contoh sampul novel ni. Saya tak pasti adakah ini finalise untuk novel terbaru saya ni. Mungkin juga akan ada final touch-up sikit-sikit. Tapi kalau ini finalisenya pun cantik kan? Menyerlah gitu. Selepas sampul Melah Melia2, inilah cover yang paling cantik saya pernah ada.TATA