Wednesday, June 29, 2011

Gegambar Majlis Hujung Minggu


Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan


Memenuhi ajakan sahabat penulis, Ramlah Rashid juga kebetulan mendapat undangan secara personal dari pihak penganjur Pesta Buku Selangor, saya ke SACC Shah Alam Ahad lepas. Walaupun majlis itu tidak seperti yang saya bayangkan pada awalnya, ada rasa ralat dan terkilan, sekurang-kurangnya ia memberikan sesuatu yang berharga buat saya. Biarlah gegambar bercerita.

Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said



Rakan penulis, Fatimah Rodhiah a.k.a Ummu Danial ketika sesi 15 minit membaca


Maskot Pesta Buku Selangor dan anak siapa entah.


Juga rakan-rakan penulis dari Grup Buku Karangkraf. Dari kiri; Meen Zulaikha (Nora Elena), Hani Fazuha, Iffa Zalia, Ramlah Rashid.
Atas dari kiri; Durrah Fatiha, Sri Diah.

Wednesday, June 22, 2011

Jejari Ikan Rangup. yang Terlambat




Assalamualaikum.

Wah, hari ini sudah masuk 22 Jun 2011. Nampaknya janji pada diri sendiri untuk kemas kini blog dengan selalunya, dah mula tergugat. Kemalasan mula bermaharajalela. Haa... gambar-gambar pun malas nak edit dan bubuh watermark.

Maka untuk ti
dak membiarkan blog ini berlama-lama dengan entri lama, maka dengan suka hatinya saya tepeklah salah satu resipi yang keluar dalam majalah JELITA bulan Mei lalu. Resipi ni sempoi saja. Mudah. Mak cik pun sebenarnya tak gemar dengan resipi-resipi yang rumit-rumit ni. Yang penting mudah, bahan-bahan pun tak merepek-repek mahal dan peliknya, dan paling utama sedaaaappp! Kenit dalam rumah ni kata, macam makan kat POPEYE je. Haha.


Jejari Ikan Rangup

1 keping filet ikan sutchi/dori

1 sudu kecil/secukupnya garam halus

½ sudu besar serbuk kari

(Jika suka pedas, boleh tambahkan sedikit serbuk cili atau serbuk lada hitam.)

Tepung gandum secukupnya. Tapi saya kadang-kadang guna tepung serba guna ADABI.

2 cawan/secukupnya cornflakes diramas (boleh gantikan dengan oat atau Nestum, tetapi hasilnya kurang rangup)

Sebiji telur dikocok

Cara:

1. Lumur filet ikan dengan garam dan serbuk kari

2. Potong memanjang dengan saiz sebesar ibu jari.

3. Salutkan filet dengan tepung, celupkan dalam telur dan golekkan dengan ramasan cornflakes.

4. Goreng hingga kuning keemasan.



Selamat mencoba.

TATA

Friday, June 03, 2011

Masa Berkualiti.


Boring ya cuti sekolah? Kesian anak ibu ni.


Kita tengok lautlah ya. Mesti tak boring punya.



Ajak ayah main lelayang. Angin kuatnya. Best!


Tengok matahari terbenam. Hmmm... cantiknya ciptaan Allah.

Thursday, May 26, 2011

Musim Cuti. Bahulu Senyum



Assalamulaikum.
Minggu ini sekolah mula bercuti selama dua minggu. Berapa banyak kad jemputan kahwin yang Cik Jah dapat? Gerenti dah siap bersusun atas peti sejuk tu. Minggu ni mak cik pun dah mula nak melahap kat rumah kenduri. Minggu depan pun ada lagi. Oleh kerana mak cik tak begitu popular, maka jemputan pun tak adalah sampai bersusun-susun.

Kepada yang mendirikan masjid sempena cuti sekolah ini, diucapkan selamat pengantin baru.
Kepada adik-adik yang akan bercuti, selamat bercuti. Jangan lupa isi masa dengan membaca novel-novel tulisan Kak Ainin tau!


Hmmh... oleh kerana resepi mak cik yang tersiar dalam JELITA bulan ini belum habis-habis lagi tersiar dalam blog ni, maka dengan ini mempersembahkan salah satu resepi tersebut. Resepi ni inspirasi dari satu resepi lain. Alahai... lupa pulak nama resepi tu. Tapi sempoi amat dan gebu. Gaya-gaya buat dia macam buat sponge mix saja. Nampaknya selagi semua resepi mak cik yang tersiar dalam JELITA tu tak habis-habis dipost dalam blog ini, maka selagi itulah akan ada posting resipi kat blog ini.

BAHULU SENYUM

1 cawan gula halus

1 ¾ cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu besar ovellete

2 biji telur sejuk

¾ cawan susu segar

1 ½ sudu teh esen vanila

Perasa/ perwarna:

1 sudu makan coklat emulco

1 sudu makan pes strawberi

* Boleh gunakan sebarang perisa atau warna kesukaan.


Cara –cara:

1.Campurkan semua bahan. Pukul dengan kelajuan maksima sampai adunan putih.

2.Bahagi kepada tiga bahagian. Satu bahagian campurkan coklat emulco. Bahagian kedua campurkan strawberi paste. Bahagian ketiga biarkan putih.

3 Isikan ke dalam cawan kertas dan kukus dengan api yang kuat selamat 15 minit.

* Untuk memudahkan, isikan setiap bahagian ke dalam piping beg dan paipkan ke dalam cawan kertas.

*Boleh paipkan inti kegemaran seperti jem, kaya atau coklat masakan yang dipotong kecil sebelum mengukus.

Friday, May 20, 2011

Melabel Karya. Malas tau!

Kau ingat kau hebat? Kau penulis picisan saja!

Assalamualaikum.

Sepanjang saya menulis, saya amat tidak gemar melabelkan buku-buku saya sebagai Islami kecuali benar-benar berunsur begitu. Apa yang saya tahu, saya berusaha untuk menulis yang baik-baik. Saya berasa buku-buku saya tidak berada di 'zon putih' mahupun 'zon hitam.' Saya lebih suka berada di 'zon kelabu.'

Saya buat apa saja yang saya suka asal tak melanggar batas agama.


Selagi tidak melanggar syariat, saya tetap menuliskan apa-apa yang ditegah dalam syarat menuliskan novel Islami. Terpulang kepada yang membaca mahu meletakkan atau melabelkan tulisan saya itu di tempat mana.

Biar santai-santai tak mengapa. Asalkan memberi manfaat.

Eh, apa pasal tiba-tiba cakap soal serius ni? Hah, sebenarnya saya agak muak dengan sesuatu yang sikit-sikit Islami. Sikit-sikit Islami. Apa, kalau tak letak perkataan Islami, maka bacaan itu tak Islami ke? Tak perlu dihebah-hebah pun pembaca boleh tahu akhirnya Islami atau tidak, baik atau buruknya bacaan mereka. Saya letih dan muak!
Letih tau!

Wah wah wah! Macamlah kau tulis novel hebat. Padahal kau tulis novel remaja saja noks! Eooww! Koser mak!
Sekian.

(V) TATA
(. .)
c(”)(”)