Tuesday, February 24, 2009

Alamak, macam mana ni?

Hari ini dengan tidak begitu seronok saya menghantar manuskrip baru. Setiap penulis yang berjaya menyiapkan manuskrip dengan jaya, tentu gembira kan? Tapi tidak bagi saya.
*
*
Al-kisah,
Ketika manuskrip ini sudah 70% dalam pembikinan, saya terdengar satu iklan di radio akan adanya satu drama baru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Dalam iklan itu siap diselitkan sedikit sinopsis yang sedutan-sedutan menarik dalam drama tersebut. Terkesima saya yang ketika itu sedang gigih menaip cerita baru tu.
*
*
Macam mana saya tak kejang otak kalau apa yang diiklankan tu temanya sama sebijik dengan manuskrip yang sedang gigih ditaip oleh saya. Adui! Ini satu dejavu atau mimpi ngeri atau petanda? Entahlah, saya tak mahu fikir masa tu. Saya harap semuanya tak jadi nyata atau saya harap hanya berhalusinasi. Saya teruskan usaha menyiapkan manuskrip itu.
*
*
Dan, ketika manuskrip ini telah siap dan sedang membuat semakan terakhir, drama yang diiklankan itu pun ditayangkan. Hari Ahad malam Isnin lalu saya dengan penuh debaran menonton drama yang sudah masuk episod ke-2 atau ke-3 itu (saya tak pasti sebenarnya dah sampai episod berapa). Ya, memang sah temanya sama dengan manuskrip novel saya tu. Malah watak dan perwatakannya pun sangat mirip. Cuma plot dan jalan ceritanya saja yang lain. Hmm, macam mana ni?
*
*
Saya risau nanti orang kata saya tiru idea dari situ. Ada juga kes macam ni ya. Patutlah seorang tokoh penulis tersohor negara pernah cakap, ada orang kata karyanya macam cerita di TV, macam idea dari buku sekian-sekian. Tokoh penulis yang saya kagumi ni cuma gelak saja bila novelnya diulas begitu. Katanya, cerita itu pun dia tak pernah tengok, dan buku sekian-sekian itu pun dia belum pernah baca. Nampaknya kes professor ini pun sudah berjangkit kepada saya. Cuma bezanya dia tulis novel serius, tapi saya tulis novel pop remaja.
*
*
Akhirnya saya dah tak rajin nak fikir semua itu. Sedangkan tokoh besar pun pernah alami hal yang sama, inikan pula penulis kecil macam saya. Maka saya pun kuatkan hati dan terus buat semakan.
*
*
Hari ini tanpa berlengah saya hantar terus kepada editor. Harap-harap manuskrip itu tak ada masalah dan diterima. Dan harap-harap janganlah ada yang cakap saya tiru drama itu. Hmm...
P/S :Adik-adik yang suka chating, bolehlah ajak kawan-kawan borak apa saja di ruang chat yang baru akak sediakan. Tapi chat jangan sampai lupa buat kerja sekolah okey.

7 comments:

ahmadyani said...

Bukan soal skrip saja, kadang-kadang ulasan atau rencana tentang sesuatu yang ingin kita tulis dan bagaimana cara ingin kita tulis jangan ditanguhkan. kalau ditangguh, dalam sehari dua atau seminggu dua, apa yang ingin ditulis dan cara penulisannya telah dibuat orang. Seperti orang itu telah membaca fikiran kita. Ini dejavu juga ke?

Anonymous said...

tahniah kerana berjaya menyiapkan manuskrip terbaru. tentang drama tu.. kebetulan jer tu.. harap2 tidak adalah orang yang akan berkata. kalau ada pun.... biarkan mereka dengan cerita2 meraka.. yang penting niat kita tidak ke arah 'peniruan' itewww.

okeeeyyy... jgn risau2.

Anonymous said...

jng risau la kak anin.... je.....yg penting kita x tiru...drama 2 kebetulan...releks je akka ...tanpa di sangka....dan harap2 manuskrip akka 2 di terima...kn?kita sama2 berdoa...

Anonymous said...

je 2 tersilap

ina :) said...

akak...

sy doakan manuskrip akak ok ok jer...


x pe, sy tahu akak x tiru...

okeyh kak!
jgn risau...

akak boleh!
ganbatte! ganbatte!
chaiyo!

Unknown said...

Ahmad Yani,
Mungkin dejavu kot. Sebelum ada juga kebetulan macam ni, tapi tak ketara sangat. Tuhan nak menguji kot.

Kak Ayu,
Saya cuba berfikir macam tu. harap2 orang pun fikir macam tu, walaupun tipis harapannya. haha.

Eyrah chan dan Inah chan,
Amin. Arigato ne!
Ganbate kusadai untuk diri akak sendiri. chaiyok!

Unknown said...

dalam dunia ini mmg banyak kebetulan. satu drma yg sudah tersiar membuatkan kak garu kepala juga :D