Hujung minggu lalu merenung pantai. Ewah, merenung pantai konon. Sempena cuti Hari Wilayah, kami balik kampung. Minggu lepas dah puas bercuti di KL, maka minggu ini kami balik kampung dan menyibukkan diri, meramaikan lagi suasana di Pantai BNO ni.
Bot-bot nelayan berarak pulang ke jeti dan si pengail masih setia dengan jorannya walaupun mentari hampir melabuhkan diri ke peraduan.
*
*
Kami sampai waktu air pasang. Macam-macam ragam dan pemandangan yang menarik hati waktu ini. Melihat laut dan pantai, melihat kehidupan di pesisirnya. Menyaksikan setianya ombak dan pantai, melihat camar-camar yang terbang, melihat manusia-manusia yang bergantung hidup pada laut, pengail, batu-batu. Tak lupa, menyaksikan kebesaran Tuhan; tika matahari terbenam pada titik horizon nun di sana. Semuanya menimbulkan keinsafan andai dihayati.
Ketika ini hajat hati ingin melihat matahari betul-betul terbenam. Tapi hujan pulak tiba-tiba turun. Dan laksa sedap di gerai tepi pantai ini pun bukan menjadi rezekiku pada petang itu.
Untuk akhirnya, sila layan video pendek yang sempat dirakam. Video bot-bot nelayan yang berarak balik ke pantai bersama hasil laut masing-masing. Di sini kebanyakkan nelayan ialah orang-orang Cina.
17 comments:
renung jgn tak renung. sib baik tak jumpa ikan temenung, ekekeke.
pergghhh cantik arr shot matahari terbenam tu. terserlah keamaturannya :)
waah !
lawanye pmndgn !!
terpikatt !
cantiknya pemandangan 2.....apa pon x sabar nk tunggu melah melia 3....
cantiknya pemandangan 2.....apa pon x sabar nk tunggu melah melia 3....
-eyrah-
kak ayu,
kalau amatur pun dah terserlah, bila jadi pro nanti camne ek? wakaka.
iman,
subhanallah, memang lawa siot!
Eyrah,
Dah ada di kedai buku. Cepat pergi beli! Err, cari kat kedai buku tau. Kalau cari kat jual kain memang tak jumpa. "P
Aduhai... subhanallah! cantiknya alam, apatah lagi panorama senja di kaki langit, sifatNYA cukup menusuk ke sukmaku.
Hmm... seorg jurufoto amatur ke arah pro! lain kali, letaklah lagi gambar2 spt ini ya!
dah ade ke!!!cpt cpt ......excited ni......x sabar nk bace......
-eyrah-
wohohohoho ... dah beli kamera slr ke kau ni? ni yg gue geremmmm ni ...
DS,
Insya Allah, doakan ke arah pro tu. hihi
Eyrah,
Cepat-cepat ajak kawan serbu kedai buku. Jangan terlewat nanti.
SF,
Belum daaa. Teknik shoot tu penting walaupun kamera kompak je. hihi. gawat ni, bajet tadak.
ye la kak ainin x pi semua kawan srh sy yg beli dh dia org pinjam.....bukan nk beli sendiri baru la buku melah melia 3 ni jadi top seller kn.....dan....sy setiasa akn menjadi peminat buku melah melia!!!
-eyrah-
tersilap dh 2 tukar dan
-eyrah-
Eyrah,
Itulah, kesian akak kan? hihi. Nanti Eyrah kasi ceramah sikit kat kawan betapa bestnya membeli sendiri sebab boleh buat koleksi.
sy dh ckp dh......mereka kata mahal...mane ade kn....sy pun ade buat koleksi buku2......banyak sangat....bm dan english.Bila pi kedai buku mesti nk beli semua buku.....kalau pergi kedai buku x lebih RM100 mng x sah....he he he....ape pon sy akn pakasa kwn2 sy beli buku melah melia.....
-eyrah-
Terima kasih Eyrah. Bagus bagus bagus (ikut intonasi Upin n Ipin)!
21 Mac nanti kita jumpa kat MPH Mid Valley nak? Ajak kawan-kawan sekali. hihi
Wahh, syok nyer melihat pantai. Sure bertimbun2 gitu ideanya datang hik hik
21 mac alamak!!!sy pergi kl 1/3....ala cam mane ni....ala.....nk jumpa kak anin.....teringin sngt nk jumpa muka yg menulis buku kegemaran sy....hehehe......kak aini dtg la kt MPH jaya jusco ipoh,perak.....baru blh jumpa...
yang kecewa,(hehe)
-eyrah-
cantiknya gambar matahari terbenam... subhanallah...
Post a Comment