Friday, May 11, 2007

Kisah di Pesta Buku (Episod Akhir)


Disebabkan waktu yang benar-benar mengekang, Adik Comel memohon diri daripada Abang, mewakili Kakak dan Adik Ketot, yang pegun-pegun tegak terpacak, bagaikan tapak kaki terlekat pada lantai.

Akhirnya keempat-empat blogger itu pun memaksa-maksa diri, bersusup-sasap di celah-celah ulat-ulat buku yang diamuk ghairah.

Namun tatkala pasang-pasang kaki nan gontai itu baru melintasi sempadan dan lembah yang mengundang segala macam ulat-ulat buku itu, tiba-tiba....

Puan A : Ahh... Puan Kakak. Bagus, datang dengan suami.

Mata Puan A tepat menyeluruhi wajah Abang yang kebetulan beriring-iringan dengan Kakak. Adik Comel pandang Kakak. Adik Comel pandang Abang. Adik Comel pandang Adik Ketot.

Abang tergamam. Kakak terpempan. Adik Comel terdiam. Adik Ketot terkemam.

Kakak : Eh... ini bukan suami saya, puan.

Wajah Kakak tenang-tenang saja. Riak Abang, hmmm... tak tahu nak kata. Adik Comel senyum-senyum cuma. Adik Ketot sengih tersungging saja. Puan A? Entahlah, susah nak cerita. Bergaya sakan dengan kasut sport Batanya.

Kalau diikutkan, gelak Adik Comel hampir tercicir. Kalau nak turutkan, senak perut Adik Ketot tak boleh ditahan. Kalau dilayan, semput Kakak menahan tawa.

Setengah jam tadi, Abang sangka Adik Ketot suami Kakak. Kali ini, giliran Abang pula yang disangka teman hidup Kakak. He he he...

Akhirnya, Kakak, Adik Comel dan Adik Ketot tinggalkan Abang berbual-bual dengan Puan A.

SEKIAN, WASSALAM.


Barisan Pelakon :

Pelakon Utama;
Abang.

Pelakon Bersama;
Kakak
Adik Comel

Pelakon Pembantu;
Adik Ketot

Pelakon Mak Pacak;
Puan A

4 comments:

Abang Long said...

Pelakon Utama - hahahahaha.
Pelakon Bersama - hik hik hik
Pelakon Pembantu - kah kah kah kah.
Mak Pacak - (nak report kat stp ufis).

Dalam ceritera ini dapat disimpulkan bahawa - Pelakon Bersama itu memang hebat !!!

DeeN said...

Wah, barisan pelakon yang hebat. Bila nak amik saya plak berlakun? Nak gak jadik pelakun Utama. Tapi kalau tak dapat, Mak pacak pun jadiklah. Janji leh interprame. Hak, hak, hak.

blackpurple @ jowopinter said...

Ooo.... macam tu.

Nasib baik saya tak turut berlakon dalam drama pendek itu......hehehe...

Unknown said...

Abang Long,
Para pelakon yang manthop, berkaliber, berbakat dan berdedikasi. heheheh...

Beri tepukan gemuruh untuk mereka, bintang-bintang yang semakin menyinar di persada blog. ekekeke...

nuraddeen,
Boleh saja. Isi je borang. Banyak kekosongan pelakon. Hehehehe... tak perlu uji bakat. Bakat yang dicari adalah pelakon yang boleh berlakon tanpa skrip. Silakan mengsisi borang.

BP,
Saya memang teringin menjemput anda berlakon sama. Anda ada potensi untuk jadi pelakon yang lemak berkrim disukai ramai. ekekeke...