Wednesday, May 09, 2007

Kisah di Pesta Buku

Satu hari di pesta buku. Perjumpaan beberapa blogger dengan seorang lagi blogger dalam situasi tidak dirancang.

Abang, Kakak, Adik Ketot, dan Adik Comel terserempak di tapak sebuah gerai buku.

Abang : Ini suami Kakak?

Abang tunjuk ke arah Adik Ketot. Adik Ketot tersenyum-senyum cuma. Adik Comel sudah teringin menghamburkan tawa.

Kakak : Ya, Allah, Abang. Anak Kakak dah besar-besar. Rupa dia ni ada macam bapak orang ker?

Kakak tunjuk ke arah Adik Ketot yang masih tersengih-sengih. Tawa Adik Comel sudah berderai-derai.

Tidak tergambar riak wajah Abang tika itu. Cuma yang pasti Abang tenang-tenang saja. Namun di dalam hati…

Adik Comel : Abang, ini adik saya.

Adik Comel sedaya mungkin menahan tawa yang masih terasa rajin menyenakkan perut, sambil menunjuk ke arah Adik Ketot.

Abang : Oh.. adik-beradik?

Riak pada raut wajah Abang sekali lagi bertukar. Percaya. Adik Ketot tidak habis-habis sengih. Sepatah bicara pun tidak menggetarkan peti suaranya sejak tadi. Adik Comel mula dikelubung rasa bersalah. Terasa diri mempersenda kelurusan Abang. Terasa diri kurang ajar, sementelah Abang jauh lebih berusia.

Adik Comel : Muka kami ada persamaan ker?

Hampir senak perut Adik Comel menahan tawa. Namun digagahkan juga agar tawa itu tidak pecah berderai-derai seperti sebelumnya, lantaran rasa hormat kepada Abang. Adik Ketot dan Kakak diam-diam berdiri pegun di kordinat masing-masing.

Adik Comel : Kami semuanya adalah blogger juga. Tetapi kami sudah lama kenal kerana sering menghadiri kelas bersama-sama.

Abang angguk. Kakak tunduk. Adik Ketot langut. Adik Comel hampir senggugut.

Kemudian mereka bla bla bla bla….
Belum puas bertukar cerita, masih ingin berkongsi gembira, masing-masing sudah diburu masa.

Bersambung…

9 comments:

Abang Long said...

Salam hormat wahai Adinda Naufal. Bak kata Pak Pandir Alaf Baru. "macam biasa dengar cerita ini, tapi dimana ya ?". Dan teringat lagi pada kata - kata seorang teman tapi mesra "itulah lawak terhebat seduania". Sudahlah kekanda ketawa tanpa henti selama 120 saat. Kini bersambung lagi, sebab "pecah" satu lagi cerita "ada pula yang bernama Adik Ketot dan Adik Comel", adakah Adik Ketot itu saudara Minah Ketot dalam cerita P. Ramlee ?.

Anonymous said...

Kreatif cara penyampaian u. Menarik. Teruskan sambung cerita yg lawak ini :D

~zalisa maz~

Anonymous said...

Kira-kiranya yang jadi watak Abang kena goreng tu

ez

nUr@dDeEn said...

Oh, inilah Ainin Naufal, penulis buku 'Alunan Hidup'... maaf saya belum familliar lg dgn karya saudari. Tapi saya akan cuba dptkan di pasaran [kat pesta buku hari tu, tak sempat nak beli].
Saya dpt tahupun dari laman Blackpurple. Trimas!

Ainin Naufal said...

Salam juga untuk Kanda Long,
Ya, cerita ini memang sekarang sedang biasa didengar. hehehe...
Dan dinda pun masih semput menahan tawa. ekekeke..
Adik Ketot itu nama sebenarnya adalah 'Jejaka Pipi Kembang.' Dan tiada kaitan dengan yang sudah arwah mahupun dan masih bernafas. hehehe...

Kak Za,
Beberapa hari lagi akan disambung, bagi memanaskan semula acara yang sudah tamat. TQ

Kak EZ,
Ya, Abang hampir kena goreng. hehehe... tapi kami adik-adik yang baik. Tak macam si Pezul, budak nakal tu.

nuradden,
Alahai, belilah buku remaja saya. Itu lebih berbaloi.

blackpurple said...

Siapa 'beberapa blogger' itu, siapa pula yang 'seorang lagi blogger'..?

Sambungannya..?

:)

Achik_Sufi said...

ha..ha..lawak2, lawak pasal achik x fhm cite nie...nntla achik ulang sekali lg...

Sastri said...

wah wah... bertemu rakan2 blogger ya... siapakah gerangan mereka itu agaknya? :D

Ainin Naufal said...

BP,
Tunggukan saja sambungannya. Tulis panjang-panjang nanti orang malas nak baca. hehehe...

Achik,
Cerita ni bersambung. Tanpa membaca sambungannya mmg takkan faham.

Sastri,
Seronok jumpa mereka. Identiti mereka terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Kui kui kui...