Tuesday, April 07, 2009

Ovenku sayang....

Aduiiii! Oven dah dua minggu rosak. Kali terakhir oven ni berfungsi, masa bakarkan ayam teriyaki untuk Kak Siti. Rezeki Kak Siti datang hari tu. Kalau datang lepas hari tu, alamatnya jilat bibir sajalah. Banyak request dari Kak Siti. Mujur dia datang masih belum terlambat.
*
Bila oven rosak ni terasa mati akal sekejap. Biasanya kalau malas masak, campak sajalah ayam ke, kentang ke, roti ke dalam tu, mesti dalam masa tak sampai satu jam, adalah benda yang boleh disantap oleh ahli keluarga. Ini kes orang malaslah ni. hihi. Bila oven tak ada, semua kerja kena buat atas dapur yang semestinya kena tunggu sampai benda yang dimasak tu sesuai dimakan. Oleh kerana tak ada oven yang boleh menjadikan kerja memasak lebih mudah, terpaksalah mencari cara yang paling mudah nak makan. Beli! :P

Donut Big Apple, beli di Jusco Wangsa Maju. Lupakan diet buat sehari dua ini. hihi.



Singgah kat gerai kuih talam Penang yang dah jadi fave ni. Lama dah tak pekena. Suji coklat ni best. Yup, diet yang gagal untuk hari itu.

Hari Sabtu hantar oven ke kedai untuk repair. Tanya punya tanya, periksa punya periksa, oven tu rosak pemanas sebelah atasnya. Sebab itulah api atas tak nyala. Untuk ganti alat kosnya RM48 + RM15 upah pasang. Herk??? Kalau tambah RM150 lagi dah boleh dapat oven baru cap ayam macam yang saya pakai ni. Fikir punya fikir terpaksalah rajinkan diri cari kad jaminan yang entah di mana kucampak tu. Oven biar saja melepak dengan seronoknya di dalam kereta. Alah, sapa nak curi oven cap ayam yang rosak tu kan?
*
Esoknya pergi ke Cheras, nak tengok seorang hamba Allah yang baru nak masuk dua bulan menjengah dunia ni. Disebabkan tak biasa dengan kawasan tu, maka terpaksalah berpusing-pusing dan tersalah jalan berkali-kali, juga bertelefon berkali-kali bagi mengenal pasti lokasi. Pening jugalah sebab jenuh berpusing-pusing. Mujurlah tak lama lepas tu nampak seseorang berbaju biru di tepi jalan, dan sosok tubuhnya memanglah kukenali.

Inilah hero Serunai Faqir, Sufi. Weh, baby macam tak sudi digambar. Mengelak-ngelak jer. Lepas tu dia nangis. Tapi akhirnya berjaya juga dapat sekeping yang okey sikit gambarnya. Yang lain-lain tu kabuuurrr sebab dia mengelak dari fokus kamera. hihi

*
Balik dari sana, hujan lebat gila babas. Tapi alang-alang dah berada atas jalan, maka adalah lebih afdal diteruskan juga niat menghantar oven ke kedai saya membelinya dulu. Lamaaaaa tunggu mamat dan minah di sana cari resit pembelian saya. Almaklumlah, resit yang patutnya saya simpan tu entah dimakan lipas ke, entah dimakan tong sampah ke, tidaklah diketahui. Akhirnya sebab dah malas agaknya nak menggeledah fail, mereka pun memutuskan menerima oven saya tu untuk diservis dengan kad jaminan tu.

*
Oven kusayang, diamlah kau elok-elok di sana sampai sakit kau sembuh yek. Harap-harap orang-orang di sana sudilah merawat engkau agar aku tak payah keluar duit, atau tak payah aku memaksa diri menggantikan khidmat kau dengan khidmat kawan kau yang lebih mahal. Aku menderita nih! Huhu.

11 comments:

EyRaH said...

kecian oven 2.....lebih baik kak ainin beli yg baru....boleh dapat yg latest punya lagi pon nanti oven yg kene repair 2 pun kemunkinan akn rosak balik.....hehehe...x pi kene la keluarkan banyak duit....hehehe

EyRaH said...

sape baby 2 ek?sedapnya Donut Big Apple 2.....geram sy tengok....eheeeeee

ieNNah haNNie said...

NAK SIKIT...

syimasyawal said...

Huawawawawa... tak merasa ler akak kek ke, apa jek ler dari air tangan ko yek kekekkekekeek harap2 oven tu siap cepat ...

sf said...

hehehe ... baby aku pemalu macam abah dia gak ... Terima kasih datang melawat hari tu. :)

Ainin Naufal said...

Eyrah,
Selagi boleh dapat baiki free, akak guna je. Gawat, kena jimat. Tapi sanggug keluar duit nak beli kuih tu. hihi. Baby tu anak penulis Serunai Faqir.


Iennah,
Dah selamat... hihi


Kak Syima,
Yang bukan bakar2 boleh kot. Jumpa nanti yek.


SF,
UWEEEEKKK!

Sastri said...

waah... kak ainin kata malas, tapi pemakanan sihat tu... semua dipanggang/dibakar dalam oven... :)

tahniah buat saudara serunai faqir... comelnya anak dia...

Ainin Naufal said...

comel mcm mak dia tu.

ayu_mkay said...

alaaa beli je baru. kali ni beli cap itik pula... takpun cap lebah gerenti menyengaaaattt hasilnya :P

ieLa @ chayuntx ! ! said...

akk , npew saya anta rumusan n sin0psis kt writer@karnadya.com.my
tp , ta de mkl0m blas ..
sy j0int yg mncari bakat2 baru dlm pnulisan ..
saya ada s0h blas ..
tp ta bls ..
dh dkt 3 buln la ..
akk blas kt bl0g saya eyh ~

syakirah said...

akak..
btul boleh anta karya kt sini ke?
kalau cerpen2 boleh ak ke?