Thursday, April 30, 2009

Lagi Lagi Pesta Buku!

Pesta dah selesai. Tapi rasanya kisah-kisah di pesta masih diperkatakan. Saya kurang kerajinan nak bercerita panjang. Cerita pendek saja pun okeylah. hihi.
*Ralit sekejap tengok demonstrasi ni. Terlebih rajin pulak masa tu menemuramah kakak ni. Minat benda ni dah lama, cuma cat ni susah nak cari. Hanya kedai tertentu je ada jual.
Harta karun yang ditemui ketika meronda selama 4 hari di pesta buku. Paling banyak berhabis untuk DVD pendidikan. Makan ratus juga. Satu buku dah usai, sedang menghayati Fitrah Kimiawi pulak.Jejaka yang tak pernah ketinggalan menambahsesakkan pesta buku setiap tahun. Jumpa lagi tahun depan ya. ;)
*
Sabtu - 25 April.
Jalan-jalan dengan Kak Ramlah dan Kak Zalisa. Meriah bila golongan ibu berjalan sakan. Jumpa lagi ramai penulis-penulis lain; Nas Alina Noah dan Siti Rozilah. Sempat bertukar-tukar cerita. Mereka ramah sangat. Macam dah lama kenal.
*
Cari Serunai Faqir, tapi lubang hidungnya tak nampak-nampak. Rupanya kena jaga pejabat. hihi.
*
Ahad - 26 April.
Saya turun sebelah petang. Malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Petang tu agak selesa nak berjalan sebab orang mula berduyun-duyun balik.
*
Jengah lagi Pekan Ilmu nak khabarkan sesuatu kepada Serunai Faqir. Pun dia tak ada. sibuk meniup khabarnya. Tak apa, apa-apa hal emel boleh, kan?
*
Jumpa Ariyatna dan kekasihnya yang tak lupa mengusung 'senapang'. Ronda-ronda dengan beliau cari harta karun di gerai DBP.
*
Mersik telefon. Katanya ada di gerai NB Kara dengan novelis-novelis dan pengulas buku tersohor di alam maya.
*
Saya, Mersik, Ariyatna dan kekasihnya turun nak jumpa Abang Long. Sementara menunggu insan berkenaan tiba, kami borak-borak kosong depan gerai Karangkraf.
*
Abang Long datang dan kami borak lagi. Hahaha, menghalang laluan pula. Orang pun tak ramai, jadi tak ada masalah sangat.
*
Kami borak pun tak lama, walaupun sebenarnya nak lebih lama lagi. Hari dah petang sangat. Masing-masing dah penat.
*
Pesta buku bukan hanya medan untuk para penerbit menjual dan mempromosi buku-buku, tetapi merupakan satu medan pertemuan para penulis, blogawan dan pembaca untuk bertemu sesama sendiri dan menambah rangkaian kenalan baru.
*
Banyak pertemuan yang tak mampu dikisahkan. Gembira bertemu Kak Kamsiah Abu yang ceria, Ebriza, Kak Wan Amalyn dan Kak Nor (Ulat Buku), Bikash Nur Idris, Khairon di KarnaDya dan Aisyah, editor Buku Prima. Moga jumpa lagi tahun hadapan.
*
*
*
TATA

5 comments:

Abang Long said...

Salam sayang wahai adinda gadis pingitan yang pemalu.

Rasanya foto itu tersilap, si jejaka yang ber-t-shirt putih itu yang menghalang laluan.

Terima Kasih DITERIMA. Ada dua buku 'oren' dalam simpanan. Tapi tak nak bagi pada sesiapa. Nak buat koleksi, kalau ada yang berminat, beli sendiri.


Rasanya, tahun depan kita kena CULIK blogers dan penulis, dan masukkan kedalam McD. Baru kita sembang puas - puas. Kena ada unsur PAKSAAN ! HAHAHAHAHAHAHAHA

Ainin Naufal said...

Ooo ada dua ye? Tak apa, dah rezeki Abang Long.

alias derais said...

ainin gadis pingitan yang pemalu?

hairannya.

kenapa dengan aku ko tak pernah malu?

hairannya.

yang penting, ko dengan aku sekarang ni ada satu persamaan-kita sama2 ada buku jibam. hehe.

Mersik said...

Rasanya sekarang ni dah start wat appointmentlah.. Hari apa nak jumpa sy di pesta buku tahun depan.

Maklomlah, kut tahun depan lagi sibuk ka. kekekekek...

Eh, kita tak ngeteh2 ek thn ni? alahaii..

Ainin Naufal said...

Lias,
bukan aku yang cakap. Pengomen atas tu yang cakap. Jibam tu aku baca masa budak2 dulu. kali ni aku saja beli sebagai koleksi.

Mersik,
Awak tu buat2 lupa nak ajak ngeteh. Daripada awk ngeteh dgn Abg Long, baik le awk ngeteh dengan saya. ngehehe,