Wednesday, June 22, 2011

Jejari Ikan Rangup. yang Terlambat




Assalamualaikum.

Wah, hari ini sudah masuk 22 Jun 2011. Nampaknya janji pada diri sendiri untuk kemas kini blog dengan selalunya, dah mula tergugat. Kemalasan mula bermaharajalela. Haa... gambar-gambar pun malas nak edit dan bubuh watermark.

Maka untuk ti
dak membiarkan blog ini berlama-lama dengan entri lama, maka dengan suka hatinya saya tepeklah salah satu resipi yang keluar dalam majalah JELITA bulan Mei lalu. Resipi ni sempoi saja. Mudah. Mak cik pun sebenarnya tak gemar dengan resipi-resipi yang rumit-rumit ni. Yang penting mudah, bahan-bahan pun tak merepek-repek mahal dan peliknya, dan paling utama sedaaaappp! Kenit dalam rumah ni kata, macam makan kat POPEYE je. Haha.


Jejari Ikan Rangup

1 keping filet ikan sutchi/dori

1 sudu kecil/secukupnya garam halus

½ sudu besar serbuk kari

(Jika suka pedas, boleh tambahkan sedikit serbuk cili atau serbuk lada hitam.)

Tepung gandum secukupnya. Tapi saya kadang-kadang guna tepung serba guna ADABI.

2 cawan/secukupnya cornflakes diramas (boleh gantikan dengan oat atau Nestum, tetapi hasilnya kurang rangup)

Sebiji telur dikocok

Cara:

1. Lumur filet ikan dengan garam dan serbuk kari

2. Potong memanjang dengan saiz sebesar ibu jari.

3. Salutkan filet dengan tepung, celupkan dalam telur dan golekkan dengan ramasan cornflakes.

4. Goreng hingga kuning keemasan.



Selamat mencoba.

TATA