Monday, September 19, 2011

Remove dari Facebook. hmmm...

Seorang sahabat bercerita kepada Kiah mengenai dirinya yang diremove dari Facebook salah seorang sahabatnya. Berkerut dahi Kiah. Terkejut ada, tak percaya pun ada. Biarlah Kiah namakan watak-watak sahabat-sahabat Kiah ini sempena watak anime Jepun kegemaran ramai. Sahabat ini Kiah namakan sebagai Shizuka sahaja. Seingat-ingat Kiah, Shizuka dan Giant memang berkawan baik. Dengan Sinyu pun mereka berkawan baik juga. Sebab itulah Kiah terkejut ungka dibuatnya.

Kisahnya, suatu hari Shizuka kecil hati dengan Giant kerana sebuah program yang Giant anjurkan. Sebenarnya Shizuka bukanlah hendak sertai sangat program itu. Namun sebagai tanda sokongan, Shizuka sengaja mahu ambil tahu. Tiba-tiba si Giant kata, "Eh, dah penuhlah. Kau masuk lain kali." Padahal Shizuka tidak kata pun dia hendak masuk program tu.

Tidak berapa lama kemudian, dalam FB pertubuhan Giant itu, ada diuar-uarkan mengenai kekosongan tempat yang masih banyak. Maka Shizuka yang memang kadangkala agak gatal jarinya mula menaip komen, "Eh, bukan ke hari tu kata dah penuh. So?" Begitulah menurut kata Shizuka bagaimana komennya di FB pertubuhan milik Giant itu. Dia tidak niat lain, sekadar ingin tahu jawapan kenapa sebelum ini cakap lain, sekarang cakap lain? Shizuka memaklumkan kepada Kiah, dia selalu tolong iklankan program-program anjuran Giant pada kawan-kawan lain. Dia buat kerana ingin sokong dan tolong kawan. Jadi dia perlu tahu info-info yang berkaitan. Dia tak minta apa-apa balasan pun.

"Puan ada register melalui e-mail?" Begitulah lebih kurang jawapan Giant. Shizuka pun sudah rasa semacam. Sebelum ini kata sudah penuh. Jadi kalau dia berminat pun tentulah dia tidak akan daftarkan diri sebab dah penuh. Kalau dia beria-ia nak juga daftar sedangkan sudah penuh, nanti orang kata dia tak reti bahasa pula. Padahal waktu itu Shizuka tak berminat pun nak sertai program itu. Agak tercalar jugalah hati Shizuka dengan sikap Giant yang semalam cakap lain, hari ini cakap lain itu. Namun Shizuka diamkan saja. Sebelum ini pun dia ada juga berkecil hati dengan Giant. Begitu juga dengan Giant dan sahabat-sahabat lain. Biasalah adat berkawan. Sekejap saja berbaik semula. Namun tidak sangka pula makin meleret jadinya. Padahal Shizuka tidak ambil hati sangat pun.

Beberapa minggu selepas itu, Shizuka dapat jemputan untuk mengendalikan satu program. Namun dia tidak percaya mendapat kepercayaan itu kerana dia bukanlah pandai atau terkenal sangat dalam bidangnya. Lalu dia minta seorang lagi sahabatnya, Sinyu untuk bertanya pendapat dan pandangan. Sebenarnya antara Giant dan Sinyu, Shizuka lebih rapat dan biasa dengan Sinyu. Jadi kepada Sinyulah Shizuka minta buah fikirannya. Malangnya, Sinyu melayannya dengan acuh tidak acuh, malah menyindir-nyindir dan memerli sesedap rasa. Kalau apa yang dikatakan oleh Sinyu itu betul tak apalah. Yang menyakitkan hati Shizuka, Sinyu menuduhnya dengan bermacam dakwaan. Menurut Shizuka, waktu itu sakit dan kecewa sungguh hatinya. Air mata tidak segan-segan meleleh. Sedangkan waktu itu dia amat perlukan sahabat. Lain diharap, lain pula yang dapat.

Kata Shizuka, selama beberapa tahun mereka bersahabat, bukan sekali dua Sinyu buat begitu padanya. Pernah dia dimarah macam marah budak-budak kecil disebabkan dia tersebut perkataan 'bah' di dalam komennya di FB Sinyu (hah, FB lagi?) Namun Shizuka merajuk sekejap saja biasanya. Maklumlah, adat berkawan. Sedikit sebanyak, sesekali tentu ada terguris rasa. Sinyu pula sekiranya ada masalah, Shizuka juga tempat dia mengadu. Sampai kadang-kadang dia merasa sudah jadi kaunselor peribadi pula pada Sinyu. Kalau minta yuran, tentu sudah lama kaya. Namun sejak Sinyu bergaul dengan orang-orang terkenal, Shizuka dapat rasa mereka sudah makin jauh. Sesekali Shizuka menegur pun, Sinyu buat acuh tak acuh. Dia tidak kisah semua itu. Bersahabat ada pasang surutnya. Namun ketika Shizuka meminta buah fikiran pada kali terakhir itu, dia memang betul-betul perlukan seorang sahabat untuk mendengar. Bukan buah fikiran bernas yang diperolehi melainkan sindiran, melainkan perlian dan dakwaan-dakwaan tidak benar serta sikap acuh tidak acuh Sinyu yang diterimanya.

Haih, tarik nafas panjang Kiah apabila dengar cerita luka Shizuka ni. Shizuka sambung cerita, waktu itu dia menangis. Tak sangka Sinyu begitu menyakitkan hati. Kalau pun malas nak layan luahan masalahnya, tak perlulah dia sindir-sindir atau buat dakwaan yang menyakitkan hati begitu. Mulai hari itu, barulah Shizuka sedar tidak ada gunanya ada sahabt begitu. Waktu susah dia datang mencari, waktu Shizuka susah, sahabatnya bukannya membantu tetapi sengaja menyakitkan hati pula.

Kata Shizuka, selepas berfikir panjang yang selama ini sudah berkali-kali dia diperlakukan begitu dan masih bersabar, tetapi tidak kali ini. Maka dia terus membuang Sinyu daripada list sahabatnya dia FB, YM atau di mana-mana saja yang ada nama Sinyu di situ, kecuali nombor telefon. Oleh sebab Shizuka ada dua akaun FB, satu bersifat personal dan satu lagi untuk urusan kerja, maka dia hanya membuang Sinyu dari dalam akaun FB personalnya. Di dalam akaun FB rasmi, Sinyu masih ada. Baginya, selepas ini dia dan Sinyu hanya akan berhubung atas sebab kerja/profesional sahaja dan bukan lagi sebagai sahabat macam dulu-dulu. Shizuka percaya, mereka tetap akan tertembung muka di mana-mana kerana mereka berada di bidang yang sama. Mungkin suatu masa nanti mereka berdua akan bekerjasama, siapa tahu? Sekiranya itu terjadi, Shizuka tiada masalah untuk berhubung dan bekerja bersama Sinyu atas batas-batas profesional..

Nak dijadikan cerita, menurut Shizuka, selepas dia membuang Sinyu dari akaun FB personalnya, dia mula meluahkan kesedihan, terkilan dan terlukanya pada status-status FB personalnya. Namun bukanlah dalam luahan caci maki atau bahasa kesat. Dia hanya berkias-ibarat seperti, 'kalau dulu, tidak dapat rotan, akar pun berguna, kini sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.' Kias-kias begitulah yang Shizuka guna. Sinyu pun bukannya dapat baca statusnya lagi apabila sudah dibuang daripada senarai kawan. Dia sengaja nak luah perasaan saja. Tup tup, ada pula orang lain yang tak ada kaitan langsung dengan kejadian itu yang sentap dan perasan! Siapa lagi kalau bukan Giant. Agaknya dia perasan tahap dewa yang Shizuka menyindirnya. Maka dia buang dua-dua akaun FB Shizuka daripada list kawan FBnya. Dalam akaun FB pertubuhannya pun nama Shizuka tidak ada. "Sungguh tak matang. Nampak sangat kebudak-budakan, padahal dah nak masuk 40 tahun depan," kata Shizuka.

Shizuka kata, dia pelik sangat. Dia tidak tahu apa salahnya pada Giant, sedangkan dia yang terasa hati dengan Giant pada mulanya. Orang yang ditujukan kiasan-kiasan itu pula langsung tak sedar diri, malah menurut Shizuka beberapa kali dia terjumpa Sinyu dan malas nak layan. Namun Sinyu pula yang terlebih-lebih sengih dan kadang-kadang mengekorinya. Malangnya tanpa disangka-sangka, Giant yang tak ada kena-mengena pula yang sentap-sentap dan perasan tak memasal!

Kata Shizuka ketika mengakhiri luahan perasaannya, "Kalau dia dah ambil keputusan nak buang aku, aku terima sajalah. Apa lagi yang aku mampu buat? Lagipun aku tak rugi kalau hilang kawan yang suka sentap, perasan nak mampus, syak wasangka tahap langit ketujuh, kuat merajuk mengalahkan perempuan macam tu. Ini kawan yang tak sedar diuntung. Aku nak tengok, dengan sikap perasan dan syak wasangkanya tu, setinggi mana dia boleh pergi? Kalau terserempak dia di mana-mana, aku buat-buat tak kenal saja sebab memang itu yang dia nak. Bukan salah aku."

Jadi dalam kes ini Kiah dapatlah simpulkan, maka berakhirlah persahabatan antara Shizuka dengan Giant dan Sinyu. Namun dengan Giant habis terus. Dengan Sinyu masih boleh bercakap-cakap tetapi hanya dalam lingkungan kerja saja, tiada lagi istilah sahabat macam dulu. Hmmm... Facebook ada baik dan buruknya. Membuang kawan dari senarai kawan FB sama seperti membunuh terus persahabatan itu. Kiah pun banyak juga membuang kawan FB Kiah, tetapi kebanyakannya yang Kiah buang itu adalah peniaga atau entah siapa-siapa yang Kiah sendiri tak kenal. Mereka add Kiah semata-mata nak menunjuk kononnya mereka ramai kawan agaknya.

Seperkara lagi, jangan suka syak wasangka yang bukan-bukan. Main teka-teka, terjah-terjah saja, akhirnya diri yang rugi.

Sekian gosip untuk hari ini daripada Kiah Rawks.

3 comments:

Mama QS said...

memang ada kebenaranya ...

Ainin Naufal said...

itulah dia hakikatnya...

Puteri Daluwarsa said...

salam, bila masa lak kak jadi Kiah Rawks..hehehe..rindu kat kak la..mmuaahhhh.