Tuesday, March 26, 2013

Setelah 3 tahun. Akhirnya....

Akhirnya hari ni aku update blog setelah 3 tahun. sampaikan blogspot dah bertukar layout banyak kali pun aku dah tak ambik pusing. Ambik kau! Jadi sesungguhnya hari ini dalam sejarah sebab tergerak hati nak update blog. Tak ada apa-apa yang memelikkan sepanjang diri ini bersenyap-senyapan dari dunia blog. Nak kata ada novel baru, tak juga. Aktiviti masak-masak tetaplah rancak, cuma malas nak tertonggeng-tonggeng ambil gambar.


Ni kek coklat tahun bila entah. Resipi diberi oleh rakan pejabat Incek Cintaku.



Ini kek yang aku buat bebaru ni. Diambil dari SINI. Masih berbaki sikit lagi dalam peti sejuk. Sedap, tapi lain kali kena kurangkan karamelnya. Manis giler bagi aku. 



Budak kecik ni Ammar, anak saudaraku. Budak ni paling membuat family kami tak lena tidur sejak dia lahir. Sekarang dia nak genap setahun umurnya. Asalnya doktor tak beri harapan untuk dia. Berbulan-bulan tidur tak sedarkan diri kat IJN nun. Sampailah ada pakar jantung yang sanggup ambik risiko bedah dia walaupun peratusan kejayaan tu sangat tipis. Berkat doa semua, budak ni makin membesar sampai ke hari ni. Syukur alhamdulillah. 



Akhirnya mak cik bongsu kami kahwin semula setelah hidup menjanda lepas kematian suami 9 tahun lalu. Akulah bidan terjun yang jadi jurugambar majlis ni. Tengoklah, entah apa-apa angle yang aku ambik ni. Nasiblah.


Sepanjang tempoh ini, banyak peristiwa suka dan duka. Tapi biarlah semuanya berlalu. Move on katanya. Marilah sini tengok tayangan-tayangan gambar saja. 

2 comments:

Anonymous said...

Tiga tahun? Akak 5 tahun... SHB

Ainin Naufal said...

Hahaha. Kalahlah saya macam ni,