Monday, July 18, 2011

Pecel Lele (keli masak lemak cekur)



Masakan ni memang kegemaran saya sejak kecil. Kalau pergi rumah opah dan ada masakan ni, gerenti terus ambil pinggan dan bersila bulat-bulat, isi perut sampai santak. Tapi mak jarang masak menu ni. Mungkin mak tak suka kot. Saya selalu buat pedas-pedas sampai naik meleleh hingus time makannya. Kena pula dengan kerabu, atau paling koman pun kuluban. Perghh... mak mertua pengsan pun silap-silap aku tak perasan. Hahaha.

Pecel Lele


2 ekor ikan keli sederhana besar, dibersihkan.
5 biji cekur. *
5 biji bawang merah.*
2 ulas bawang putih.*
10 biji cili padi (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa).*
1 sudu makan udang kering.*
1 ½ sudu makan jus asam jawa
1 cawan air
1 ½ cawan santan pekat
Garam secukup rasa.

Cara :
1. Panggang ikan keli sehingga separuh masak.
2. Tumbuk bahan yang bertanda bintang.
3. Masukkan bahan tumbuk (*) ke dalam periuk dan campurkan air. Masukkan ikan keli yang sudah dipanggang. Didihkan beberapa ketika.
4. Masukkan jus asam jawa dan santan pekat. Didihkan sebentar dan perisakan dengan garam.

ps: boleh ganti ikan keli dengan ikan lain spt pari, talapia, sepat. ganti dengan ayam pun boleh.

5 comments:

Sari said...

muahh..mmg feveret teman..tetiba rasa nak buat ptg ni..heheh..tq

Anonymous said...

Mmg sedap n selalu mak masak asal anak dia ni nak balik (zmn2 belajar dulu2 la)

Ainin Naufal said...

kegemaran sampai bila2 ni. terutama utk anak2 jawa. :D

Norasikin said...

wow.. nie favourite saya ni masa kecik. Tolong mak panggang ikan pari. Lepas tu mak masak pecel. huhu.. sedapnya.

Annis said...

sedapppp kan..?
feberet Annis ni ;)
sehingga menjilat jari
lupa kejap lelemaksss yang bakal munculss hihihik