Thursday, May 26, 2011

Musim Cuti. Bahulu Senyum



Assalamulaikum.
Minggu ini sekolah mula bercuti selama dua minggu. Berapa banyak kad jemputan kahwin yang Cik Jah dapat? Gerenti dah siap bersusun atas peti sejuk tu. Minggu ni mak cik pun dah mula nak melahap kat rumah kenduri. Minggu depan pun ada lagi. Oleh kerana mak cik tak begitu popular, maka jemputan pun tak adalah sampai bersusun-susun.

Kepada yang mendirikan masjid sempena cuti sekolah ini, diucapkan selamat pengantin baru.
Kepada adik-adik yang akan bercuti, selamat bercuti. Jangan lupa isi masa dengan membaca novel-novel tulisan Kak Ainin tau!


Hmmh... oleh kerana resepi mak cik yang tersiar dalam JELITA bulan ini belum habis-habis lagi tersiar dalam blog ni, maka dengan ini mempersembahkan salah satu resepi tersebut. Resepi ni inspirasi dari satu resepi lain. Alahai... lupa pulak nama resepi tu. Tapi sempoi amat dan gebu. Gaya-gaya buat dia macam buat sponge mix saja. Nampaknya selagi semua resepi mak cik yang tersiar dalam JELITA tu tak habis-habis dipost dalam blog ini, maka selagi itulah akan ada posting resipi kat blog ini.

BAHULU SENYUM

1 cawan gula halus

1 ¾ cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu besar ovellete

2 biji telur sejuk

¾ cawan susu segar

1 ½ sudu teh esen vanila

Perasa/ perwarna:

1 sudu makan coklat emulco

1 sudu makan pes strawberi

* Boleh gunakan sebarang perisa atau warna kesukaan.


Cara –cara:

1.Campurkan semua bahan. Pukul dengan kelajuan maksima sampai adunan putih.

2.Bahagi kepada tiga bahagian. Satu bahagian campurkan coklat emulco. Bahagian kedua campurkan strawberi paste. Bahagian ketiga biarkan putih.

3 Isikan ke dalam cawan kertas dan kukus dengan api yang kuat selamat 15 minit.

* Untuk memudahkan, isikan setiap bahagian ke dalam piping beg dan paipkan ke dalam cawan kertas.

*Boleh paipkan inti kegemaran seperti jem, kaya atau coklat masakan yang dipotong kecil sebelum mengukus.

7 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Salam Ainin...

Salam kenalan. Terujanya saya bila tuan punya resepi sudi masuk blog saya. Bukan calang2 orang pula tu.. penulis novel terkenal lagi. Terima kasih yer sudi jenguk blog saya & terima kasih resepi yg dikongsikan. Nanti saya link kan blog ni pada sumber resepi baulu senyum tu yer. Baulu tu memang sedap! :-D

Unknown said...

Terima kasih Madiha sudi jengah sini. Alah penulis buku teen yang tahap suam-suam je. hahaha.

Terima kasih sudi cuba resepi ni.

Unknown said...

salam ziarah.. dan kenalan... sedapnya nampak bahulu senyum tu... nanti boleh cuba..

iYda Juhar said...

salam sis,

saye telah menyalin resipi dan insyaallah akan mencubanye. he he

;)

Anonymous said...

slm...kalau tiada ovalet, boleh diganti dengan apa ye?

Unknown said...

Anon,

saya rasa tiada masalah kalau tak ada ovelette, cuma mungkin kurang lembut. sbb bahan tu ialah agen pelembut.

Norasikin said...

Sedapnya.. saya suka kuih tu. Dulu jiran saya selalu bagi kat saya bila dia buat.