Friday, May 20, 2011

Melabel Karya. Malas tau!

Kau ingat kau hebat? Kau penulis picisan saja!

Assalamualaikum.

Sepanjang saya menulis, saya amat tidak gemar melabelkan buku-buku saya sebagai Islami kecuali benar-benar berunsur begitu. Apa yang saya tahu, saya berusaha untuk menulis yang baik-baik. Saya berasa buku-buku saya tidak berada di 'zon putih' mahupun 'zon hitam.' Saya lebih suka berada di 'zon kelabu.'

Saya buat apa saja yang saya suka asal tak melanggar batas agama.


Selagi tidak melanggar syariat, saya tetap menuliskan apa-apa yang ditegah dalam syarat menuliskan novel Islami. Terpulang kepada yang membaca mahu meletakkan atau melabelkan tulisan saya itu di tempat mana.

Biar santai-santai tak mengapa. Asalkan memberi manfaat.

Eh, apa pasal tiba-tiba cakap soal serius ni? Hah, sebenarnya saya agak muak dengan sesuatu yang sikit-sikit Islami. Sikit-sikit Islami. Apa, kalau tak letak perkataan Islami, maka bacaan itu tak Islami ke? Tak perlu dihebah-hebah pun pembaca boleh tahu akhirnya Islami atau tidak, baik atau buruknya bacaan mereka. Saya letih dan muak!
Letih tau!

Wah wah wah! Macamlah kau tulis novel hebat. Padahal kau tulis novel remaja saja noks! Eooww! Koser mak!
Sekian.

(V) TATA
(. .)
c(”)(”)

3 comments:

syimasyawal said...

mak pun tak kuasa nak... nanti mak dikatakan hipokrit pulak... mak dikatakan tulis cerita begitu tetapi hati busuk hahahahahaha... mak tak kisah nak....

Unknown said...

sabar. setiap kerja ada cabaran. mari sama-sama bertabah ya.

Ummi said...

umi pun setuju kata-kata Ainin ..yang penting dipenghujung tu mesej apa yang perlu kita sampaikan difahami oleh semua kan..