Sunday, May 15, 2011

Nampak Rumit Tapi Sempoi. Brownana Cheese Cake.

Brownana Cheese Cake


Bahan brownies:

2 biji telur

1/3 cawan tepung gandum

½ cawan gula

¼ minyak sayuran/jagung

½ cawan serbuk koko

1 cawan walnut dicincang kasar

2 biji pisang berangan ranum dipotong serong

1 sudu kecil esen vanila

½ sudu teh garam

Cara:

1. 1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, kecuali pisang. Gaul rata.

2. 2. Lenserkan minyak pada tin pembakar saiz 7 inci. Masukkan adunan. Susun pisang di atasnya. Biarkan ke tepi.

Bahan kek keju :

2 biji telur

250 gram krim keju

½ cawan gula

1 sudu besar parutan lemon

1 ½ jus lemon

Cara :

1. 1. Pukul telur dan gula hingga kembang.

2. 2. Dalam mangkuk lain, pukul krim keju sampai kembang.

3. 3. Campurkan kedua-dua adunan, parutan lemon dan jusnya. Pukul lagi hingga sebati.

4. 4. Dengan berhati-hati, tuangkan sedikit demi sedikit adunan kek keju ke atas adunan brownies tadi.

5. 5. Bakar dengan suhu 160 celsius atau mengikut oven masing-masing selama 40 minit atau hingga masak.




3 comments:

♥ Pia-Yaya ♥ said...

Wow, it's super delicious! By the way, saya suka gila semua buku akak! Teruskan berkarya!

Sudi2kanlah utk menjenguk blog sy! http://ipiyaya.blogspot.com/

Ainin Naufal said...

terima kasih dik. ^_^

Hanim said...

nampak sedap nih kalau berkaitan ngan cheese saya suke :) CnP recp ek...