Saturday, May 07, 2011

Memasak, Terapi Minda.


Jelita terbitan Mei 2011


Assalamualaikum.

Saya suka masak. Saya pernah bercita-cita nak jadi chef. Sekarang saya tak suka masak. Masak sudah bertukar jadi hobi saja. Tambah memalaskan saya untuk memasak sejak saya menghida
p sakit belakang. Saya rasa kalau dulu saya betul-betul dapat jadi chef, tentu sekarang saya dah pencen. Saya memang tak boleh berdiri terlalu lama. Allah Maha Mengetahui. Sekarang, saat-saat kepala jammed, baru saya bereksperimen di dapur untuk mencuba menu baru. Hari-hari biasa, mak cik masak sayur bening saja uols! Ahaks!


Saya juga suka fotografi. Sebab? Saya suka tengok gambar yang cantik. Jadi bila tengok gambar-gambar cantik, saya pun menyibuk juga kononnnya nak hasilkan gambar yang cantik. Padahal, bukannya cantik sangat pun gambar saya tu. Perasan amatlah kau Tipah oi.

Front cover segmen resepi

Memasak dan fotografi adalah cabang-cabang dalam seni. Saya suka seni. Saya sukakan kreativiti. Kerjaya saya juga kini melibatkan seni dan kreativiti. Pendek kata mak cik pun tergolong dalam insan seni juga cik.


Oleh kerana mak cik tak berapa gemar tulis entri panjang-pan
jang, maka dipendekkan cerita, mak cik nak umumkanlah resepi dan gambar milik mak cik tersiar sudah dalam majalah Jelita bulan ini. Terima kasih kepada Kak Lily kerana beri peluang. Kepada Kak Lily, all the best! Katanya ini yang terakhir beliau melaksanakan tugas ini. Jadi resepi mak cik ni adalah penutup katanya.


Sekian.

(V) TATA
(. .)
c(”)(”)



No comments: