Wednesday, April 15, 2009

Hebahan

Bermula minggu ini sehingga hujung minggu depan, pesta buku kembali lagi. Macam-macam aktiviti yang mengujakan dah tersedia. Rasa nak pergi semua. Mampu ke agaknya? Minggu pertama ni semua aktiviti yang seronok itu berlangsung, dalam masa yang sama banyak pula berjanji dengan kawan-kawan penulis yang lain. Fuh, padat gila jadual minggu pertama tu. Harap-harap kudrat masih kuat nak menyibuk-nyibukkan diri pada majlis-majlis minggu ni.
*
Dengan gembiranya juga, ingin saya memaklumkan saya juga akan menyibuk-nyibukkan diri di gerai PTS One pada tanggal 25 April, dari pukul 11.00 - 12.00 tengah hari. Ada aktiviti kuiz. Kalau dah ada kuiz, tentulah ada hadiahnya kan? Jadi janganlah malu dan segan memenuhi gerai PTS One hari itu ya. Oh ya, saya akan duduk sambil bersenggol-senggolan dengan kawan lama saya, Kak Ezee Rahmani. Nampaknya hajat saya nak jumpa beliau akan tercapai. Lama betul tak jumpa beliau.
*
Oh, ada satu lagi nak dihebahkan di sini. Esok, saya akan ke udara di Asyik FM. Siapa yang nak dengar suara serak-serak kering yang tak berapa rock ni, boleh buka radio dan dengarkan Asyik FM pada frekuensi 91.1 untuk Lembah Kelang. Selamat mendengar luahan hati dan pengalaman pahit manis saya pada zaman dahulu kala sebelum menjadi penulis kecil seperti sekarang ini.
*
*
*
Jadual adalah seperti berikut:
*
Khamis (esok) di Asyik FM
Jam 6.15 - 7 malam.
*
*
*
Pesta Buku
Tempat - PWTC
Tarikh - 17 - 26 April 2009
*
*
*
Bersama Ainin Naufal dan Ezee Rahmani
Tempat - Gerai PTS One, PWTC
Tarikh - 25 April 2009
Masa - 11.00 - 12.00 tengah hari.
TATA


6 comments:

Mamamanja said...

dah lama x p pesta buku

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Begitulah adatnya penulis dah banyak buku. Saya menyorok je dulu.. :D

EyRaH said...

yahoo.......sy pi pesta buku 25 ari bln....boleh jumapa kak ainin........

Ainin Naufal said...

Mama,
Tahun ni datanglah beramai-ramai. hihi. best tau.


Kang Mya,
Dulu saya ada 1 buku pun bukan main seronok lg bila tgk buku ada kat pesta buku. :)


Eyrah,
Yey, jumpa Eyrah kat sana!

kasutsaiz4 said...

kak.. kite nak ke pesta buku.. tak tau biler.. nanti akan dimaklumkan dalam hebahan akan datang.. nguhahah..

perghhh.. suara rock yang sedu-sedan.. ramai puji.. menarik dan terharu.. hehhehe..

Ainin Naufal said...

hish, sapa le yang suka membazirkan air liur memuji tu. hihi.

Jumpa kat pesta buku nanti. call akak kalau sampai nanti ya.