Thursday, May 03, 2007

Nostalgia

Entah kenapa tiba-tiba saya terkenang zaman saya kecil-kecil dulu. Masa tu umur saya lebih kurang lima-enam tahun. Setiap pagi Ahad, lepas bangun tidur, masa tu tahi mata pun masih lekat di hujung mata, dan mata pun masih terasa kelat-kelat, saya akan duduk di depan tangga rumah, menunggu opah lalu.
Opah akan berbasikal tua dengan palang besi di sebelah depan dan dengan sebiji keranjang terikat kemas di belakangnya. Keranjang itu penuh terisi barang jualan.

Setiap hujung minggu opah dan moyang akan berniaga di pasar minggu. Mereka jual tempe, taugeh kampung, tapai ubi dan kuih-muih. Semuanya opah dan moyang buat sendiri. Kuih-muih yang opah jual adalah rengas, keria, karipap, kuih lapis, apam, pau goreng, onde-onde dan bengkang. Kadang-kadang kuih talam pun ada juga. Selain itu opah dan moyang jual juga sayur-sayur kampung.

Pagi-pagi opah akan boncengkan moyang dengan basikal tuanya. Kemudian atuk akan tolong hantarkan barang-barang lain. Lepas hantar moyang ke pasar, opah balik semula ke rumah untuk angkut barang-barang yang masih ditinggalkan di rumah. Second trip inilah saya akan tunggu opah di depan tangga.

Bila opah lalu, saya akan jerit, "Opah, nak ikut!!!!"

Opah akan toleh kemudian jerit semula pada saya, "Mandi dulu. Kalau tak mahu mandi opah tak nak bawak!" Opah terus kayuh basikal tuanya menuju ke rumahnya.

Saya pun kelam-kabut mandi, takut ditinggalkan opah. Siap mandi, saya duduk semula depan tangga.

Bila opah lalu sekali lagi depan rumah, opah kayuh basikal laju-laju, takut saya nampak. Tapi biasanya saya akan nampak opah. he he he...

Saya akan terus jerit, "Nak ikut!"
Mahu tak mahu opah terpaksa berhenti. Dan saya terus berlari ke jalan.

Opah akan dudukkan saya di dalam keranjang yang diikat kemas di belakang basikal tuanya. Maka saya pun seronok duduk di dalam keranjang bersama-sama barang jualan opah sambil melihat-lihat sawah bendang yang luas di sepanjang jalan.

Sampai di pasar, saya akan minta soto. Depan pangkin jualan opah, adalah pangkin jualan Pakcik Ali, sepupu bapak yang berjualan soto, cendol dan pecal. Sotonya memang terkenal sedap.

Saya akan duduk di pasar itu sampai mereka habis berjualan. Sebenarnya tujuan saya ikut opah sebab nak makan soto dan aiskrim batang. Ha ha ha....

13 comments:

Anonymous said...

sedapnya tempe, sedapnya tapai ubi, sedapnya soto ngan sambal kicap.. ishhhh sedapnya, sedapnyaaaaaaaaa.

* ayumkay *

blackpurple said...

Nostalgia ek. Memang indah kalau dikenang-kenang tapi membangkitkan kesayuan juga.

Ais kerim batang tu yang mana satu ek ? Ais kerim Malaysia ke, yang dicuduk dengan lidi tu.. ? :D

Sastri said...

soto? hmm... soto mbah laa paling enak sekali... cuma bila membuatnya agak remeh sbb semuanya 'made from scratch'...

Ainin Naufal said...

kak ila, semuanya feveret saya. kecur air liur.

BP,
Memang sayu sesekali terimbau kenangan tu. Rindu pada zaman tu. Kalaulah boleh diputarkan masa...
Ais kerim batang tu yg ada lidi kat tengah. Srrruuuppp....

Sastri,
Soto, pecal dan cendol Pakcik Ali tu memang femes. sampai sekarang pun dia masih buat semuanya. Kekadang tu sesekali dtg ke rumahnya, dia akan hilang pecal atau soto. Power...
Mbah akak pun pandai buat soto. Akak pun boleh juga walaupun x berapa pandai. Untuk makan sendiri kira ok laa.

adadia said...

tempe :)

MYA MARJA said...

Pasar pagi di Kampung Parit Baharu merupakan tumpuan penduduk empat buah kampung; Kampung Teluk Rhu, Kampung Sungai Apong, Kampung Sungai Tengar dan Kampung Parit Baharu sendiri pada setiap pagi Khamis, sezaman dengan latar masa ceritamu itu. Salah satu kampung itu ialah kampungku.

Ah, teringat kembali zaman itu! Akan tetapi sebagai pembeli bersama Mak Siti, bukannya penjual yang membawa keranjang itu. Itulah waktunya membonceng basikal tua Mak Siti bersama abang; Mawi. Yang tidak dapat kulupa; cendol, pecal dan kuih bingka hangus, peh..

Ainin Naufal said...

Adadia,
Sambal tempe garing paling enak.

Kang Mya,
Kenangan itu sangat dirindukan, dan ia cuma mampu dikenang. Tiba-tiba hati jadi sayu.

Alangkah indahnya...

Abang Long said...

Salam hormat buat Adinda Ainin. Zaman kanak - kanak adalah zaman paling menyeronokkkan. Zaman remaja adalah waktu paling indah. Bila teringat pada bab makan, soto, tempe goreng dan sebagainya ... "udah meleleh air liur ku".

Rush Murad said...

nostalgic! rindu pulak pada kuih2 yg arwah mak tok selalu buat... bingka ubi, nagasari, belebat, rengas... soto - my feveret, but if only my mum n mak ngah yg buat. tempe sambal..pergghhhh.... rindu ah nak balik Kulai!

Ainin Naufal said...

Kanda Long,
Zaman itulah segala pahit dan manis akan kita kenang sampai ke tua. Yang pahit-pahit ketika itu seandainya dikenang sekarang baru terasa manisnya.

Pertemuan 'hari itu' sangat bermakna, kanda. Semoga akan ada lagi kesempatan seperti itu.

Rush Murad,
Terima kasih kerana berkunjung. Semua yang nostalgik akan terasa indah dan manis untuk dikenang. Namun hati terasa sayu mengenangkan yang sudah tiada.

Dan soto itu akan saya jejaki minggu hadapan ketika pulang ke kampung.

Abang Long said...

Wahai Adinda Ainin. Walau tidak ada n3 terbaru, Abang Long tetap nak tinggal jejak, sebab ruangan chatbox terasa sempit. 1- Nasihat Abang Long, untuk tahun depan, semua orang perlu menjalani latihan berdiri dan berjalan selama 3 jam sehari, 3 bulan sebelum bermulanya Pesta Buku. Supaya tidak menghadapi masalah kekejangan urat kaki dan tangan. 2- Abang Long adalah seorang peminat fanatik kepada (cokelat dan aiskrim), sewaktu pertemuan tempohari, sebenarnya dalam mulut Abang Long ada gula - gula, dan rasanya semua orang tidak sedar (sebab Abang Long tahu mengawal mulut) diwaktu itu.

Mersik said...

mereka seme ada lagi ke? Kalau idak bley aa pokcik berkenal2an hik hik alahaiii..

Ainin Naufal said...

Kanda Long,
3 bulan kena buat regangan otot. Masak!!! hahahaha...
Oo... punya minat yang sama. Cuma belum pandai teknik seperti yang kanda buat. Tolonglah ajarkan dinda.

Pokcik,
Moyang telah kembali ke rahmatullah 6 tahun lalu. Opah juga sudah tidak berjualan lagi. Sudah uzur.