Tuesday, April 15, 2008

Pesta-pestaan!

Pesta buku sudah pun berakhir. Manusia-manusia yang terlibat dalam dunia buku; penerbit, penulis, ulat-ulat buku, sudah boleh mengurut-urut kaki dan betis yang lenguh-lenguh kejang, merungkai-rungkai urat hijau yang tersimpul-biol. Penerbit tersenyum lebar dapat laba berganda (agaknya), penulis tersengih bila mencongak royalti yang bakal dipungut. Ulat-ulat buku pun gembira (dalam tangisan kot) sebab berjaya menjinjit berkoyan-koyan buku dengan potongan harga (ada yang betul-betul rendah dan ada yang hanya sekadar ada less).

Saya? Tiada yang lebih menggembirakan bila dapat bertemu rakan-rakan, sama ada penulis mahupun blogger. Kehadiran saya di pesta hanya kerana dua perkara; mencari beberapa buah buku dan bertemu rakan-rakan. Aktiviti lain sepanjang pesta, saya sertai sebagai acara sampingan.

Terukkan saya? Orang lain sibuk menunggu gerai dari pagi sampai petang, tapi saya lebih suka merayau-rayau menambahsesakkan keadaan yang sedia sesak itu.
Dan didasari oleh niat saya itu, berjumpalah saya dengan rakan-rakan yang sebelumnya cuma bertegur sapa di ruang maya. Tapi saya sedikit ralat kerana belum pun lama (rasanya) kami berbual mesra seperti telah terlalu lama mengenali, mereka seperti tidak sabar-sabar ingin meninggalkan tempat 'ngeteh' itu. Dan sekali lagi mereka cepat-cepat ingin kembali ke gerai apabila diajak ronda-ronda.

"Buku akak masih banyak lagi tu," katanya. Erk? Hehehe, tak apalah. Akak terkejut ek? Ok, saya faham.


Dan pulangnya saya mendapat cenderahati yang emmm... sangat 'masuk' dengan blaus saya yang berwarna peach itu. Kole comel itu pula pasti membuatkan saya teringat dia, kalau susu suam setiap pagi itu saya bancuh di dalamnya. Terima kasih daun keladi. Dari saya, cuma barangan kecil yang sangat murah nilainya. Harap mereka juga akan mengingati saya apabila memandangnya.


Pesta tahun hadapan, saya harap dapat bertemu mereka lagi, tapi bukan dalam keadaan yang serba gopoh seperti kali ini.

Kakak-kakak, harap-harap tahun depan kalian sudah hilang kejutan itu, ya.
Dan, kepada rakan-rakan lain, saya belum puas bersama-sama kalian. Kerana saya fikir, masing-masing sibuk terkejar-kejar ke sana ke mari. Sampaikan waffle yang dijanjikan kepada saya pun tak nampak bayang. Jangankan bayang, baunya pun jaaaauuuh... hahaha (merajuk ni tau).

Tahun ini saya tidak beli walau sebuah pun novel romantis, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Pembelian saya cuba berkisar kepada keperluan kerja-kerja saya saja (kes poket kempis). Juga beberapa novel yang ingin saya pelajari cara pengolahannya. Ya, saya masih jauh ketinggalan dan cetek ilmu dalam bidang kerja saya.


Kawan-kawan, semoga tahun depan pertemuan kita jauh lebih meriah daripada tahun ini.


13 comments:

syimasyawal said...

salam Ainin...

hahahahha terasa den... heheheheheh InsyaAllah next year ikut timer yang betul... lepas tu kita round2 key.. terima kasih jugak hadiah tu gan buku melah tu... dah start baca dah...

TQ.. TQ.. TQ hehehehehe

dEW! said...

sabar aje ler! jauh meronda, lebih banyak yang menggoda.. itu yang sebetulnya! tak pasal-pasal kena ngap dgn salesman yang berkeliaran mencari mangsa.. hehe!

CerminDiri said...

salam kehidupan,

apa buku menarik yg boleh dikongsi, nampak macam best aje.
buku ramlee awang murshid yg terbaru ada tak?...

MYA MARJA said...

Assalamualikum,
Sikitnya beli buku... Ooo buku sendiri pun dah banyak (banyak tak terbaca kot..he he)

Ainin Naufal said...

kak syima,
ronda2 sampai pengsan? hahaha.
harapa akak suka buku tu.

Kak Dewi,
kena goda? apa nak takut, buat je muka selamba. Ada salesman tanya, "Puan ada anak kecik?"
Saya jawab, "belum kawen." hahaha.

Cermin,
Buku tu untuk dikaji isinya, juga untuk menambahkan ilmu yg terlalu cetek ni. buku RAM yang terbaru tak beli. Bukunya tahun lepas beli 2, tapi cuma baca satu. huhu..

Kang Mya,
Itu cuma bahagian paling atas. Dalam plastik ada lg. ;P (saja nak eksen)

syimasyawal said...

Ainin... suka banget... dah baca separuh dah menarik dan kelakar hehehehehehe.... patut ler bebudak suka...

EyesOfNabil said...

wahhh..bilalah nak jumpa T_T

khairyn said...

kalaulah aku berkemampuan baca semua buku-buku sekolah yang bersusun di tepi meja ini, alangkah nikmatnya! Tapi malas itu mengatasi segala-galanya. Op! Tapi aku dah berjaya habiskan 2 buku sekolah. yay!

Ainin Naufal said...

kak syima,
hehehe... suka? hmm...

Nabil,
Ada rezeki kita jumpa le.

Ryn,
Yang ni pun entah bila nak habis. 'Projek' kau yg paling bawah tu, Terowong.

fadz said...

wah, banyak jugak tu... nampaknya berat2, boleh habis setahun ni? heheh..

Sastri said...

wow... penulis buku ni pun banyak membeli buku juga...

waffle? dimamam dengan honey and butter masa tengah panas, uhhh... sedapnyerrrr...

en_me said...

me pun gi jugak ke pesta buku pwtc ittewww.. me pun x beli satu buku pun.. bukan pasal poket kempis.. ahaha

Ainin Naufal said...

fadz,
tak sebanyak tahun lepas. tahun ni bajet kecik la. huhu.

sas,
penulis lagi le kena baca-baca, sbb nak cari modal tulis. haha

en me,
rugi tak beli buku klu poket tak kempis.