Tuesday, April 08, 2008

Nanti Orang Ambil....

Dalam keriuhan ulat-ulat buku (dan ulat-ulat bulu), seorang gadis cilik lagi manis sedang berdiri bersandar di surau luar PWTC. Ketika itu saya baru usai solat asar. Manusia yang kecil itu terus-terusan saya perhatikan. Lama sekali. Dia sedar agaknya mata tajam saya yang tak lepas memerhatikannya. Tak karuan dia jadinya. Dia juga memandang saya. Hati saya terdetik sesuatu. Pantas fikiran saya mengimbau tragedi menyayat hati seluruh manusia di bumi Malaya ini. Mulut saya terbuka untuk menyatakan sesuatu.

Tiba-tiba, terjulur kepala seorang lagi gadis kecil, juga manis wajahnya. "Adik tunggu kat situ diam-diam tau. Jangan ke mana-mana," dia berkata.

Fahamlah saya mereka adik-beradik. Tak lama, si kakak dalam lingkungan usia 10 tahun itu masuk semula ke dalam surau. Ibunya di mana? Ayahnya tak ada?

Saya jadi ngeri. Mulut saya ringan melontarkan suara, "Adik masuk ke dalam, ikut kakak." Gadis kecil itu diam tak menyahut. Kelihatan serba salah, mungkin takut dimarahi kakaknya. "Dik, masuk dalam. Jangan tunggu kat sini sorang-sorang. Nanti adik kena ambik orang tau," kata saya lagi.

Si kecil itu mula bergerak, tapi tetap tidak masuk ke dalam surau.

"Pergi masuk ikut kakak. Duduk kat dalam. Nanti orang ambik adik," kata saya lagi.

Kali ini gadis cilik yang manis itu tanpa tunggu-tunggu dengan pantas masuk ke dalam surau. Lega hati saya melihatnya ditelan perut surau itu.

Persoalan yang berlegar dalam kepala saya waktu itu, tega sungguh orang tua mereka melepaskan anak-anak kecil lagi manis begitu lepas bebas tanpa pengawasan di tengah suasana hiruk-pikuk manusia yang tak ketahuan hati budi mereka. Tragedi demi tragedi yang silih berganti terjadi umpama perkara biasa yang tak mampu menembus rasa cuai dan alpa. Bila sudah terhantuk, barulah terngadah terpekik terlolong tak ingat dunia. Minta bantuan sana sini. Yang dijaga dan ditatang pun boleh hilang ghaib bagai ditelan bumi, inikan pula yang lepas bebas tanpa pengawasan. Aduhai....

10 comments:

CerminDiri said...

salam kehidupan,

masih selamat....itu keadaan kanak-kanak di sini. masih lagi boleh berseorangan berjalan di tengah pasar. malaysia?....

~mama ranggie a.k.a eira~ said...

dorang ni kebanyakkan x ambil peduli..dah jd baru tau langit ut tinggi rendah!

khairyn said...

alhamdulillah kau ada. Keprihatinan kau mungkin telah menyelamatkan seorang lagi mangsa cilik. Tahniah.

oh Tahniah juga atas 'kemenangan' Melah hehehe

Yang bernama Siti said...

Ada riwayat, orang tu nak sembahyang, jadi dia tawakal je biar unta dia lepas. Sebab dia kata dia nak sembahyang, tentu Allah jaga. Mungkin mak budak tu ingat macam tu kut?

Sebenarnya ramai mak ayah yang biarkan anak-anak bebas ni. Bukan yang berpendapatan rendah je, yang pendapatan tinggi pun juga. Tak taulah. Mujur dulu akak kena pinggit. Tu yang masih ada dan cun ni ha, he he he...

Ariyatna Adri said...

kak, hari-hari pi pesta buku ker? bestnya. Mana gambar tu? Nak la...huhuuuu

Ainin Naufal said...

cermin,
lain padang lain belalang.

mama,
itulah dia, tak beringat. harap2 kita pun tak terlupa/cuai.

khairyn,
aku cuma membayangkan kalau itu anak aku. aku ngeri. terima kasih, harap terus di situ sampai bila2 (mungkinkah?)

kak siti yang cun,
unta manakan sama dengan anak manusia.

hmm... kadang2 bukan sengaja, cuma ada masanya tercuai seketika kot.

ariyatna,
sabtu ahad je pergi. akak dah emel pun gambar tu.

Nazmi Yaakub said...

tak mustahil kita akan sampai pada satu zaman, kita terpaksa penjarakan mangsa utk elakkan daripada diragut pemangsa.

Serunai Faqir aka SF said...

macam kau tu tak kuat makan! hehehe

ayu_mkay said...

ntahlah.. tak takut agaknya dengan cerita2 yang sudah terpampang di dada akhbar. tak amik iktibar. harap2 kita juga tidak lalai seperti mereka2 itu.

tahniah di atas kejayaan si melah :)

Ainin Naufal said...

nazmi,
saya nampak kamu di gerai pts.

SF,
kurang sikit daripada ko. hahaha

Kak Ayu,
Belum kena memang macam tu. Sori kak, belum pos lagi bukunya. ;P

Terimas,moga dia terus cemerlang.