Tuesday, January 31, 2006

Hari Ini Bermula.....

Sepulangnya saya dari Kuantan, terpanggil terus untuk 'matrix', istilah seorang teman yang bermaksud 'menjengah' ke dunia tanpa sempadan ini.
Berziarah ke blog Sifu cukup membuatkan saya mendesak diri agar 'mengcreate' blog seperti teman-teman lain. Alasannya? Desakkkan teman-teman semasa Bengkel Storyboard tempoh hari. Ransangan semakin bertambah apabila teman-teman dan sifu sendiri terus mendesak di kala saya menjengah ke blog Sifu.
Dan inilah hasilnya.
Buat teman-teman dan para penziarah, sila berikan tunjuk ajar kepada saya dalam mengendalikan blog yang serba kekurangan ini (maklumlah... belum terror lagi. Sesapa yang terror tu bagilah tips camne nak cantikkan blog)
Teguran dan tunjuk ajar kalian amat dihargai.
(Ceh! Macam surat rasmi la pulak.)

4 comments:

cenderawasih said...

dah cukup baik pun blog halilah ini. tahniah akhirnya terkabul juga hasrat hati nak tengok blog ini wujud:D

Nanti akak link ke blog akak ya. setuju?

Puan Ainon Mohd. said...

Puan Halilah,

Haaaa! Macam inilah yang bagus! Tahniah, cepat belajar! Baca doa penerang hatikah sebelum buat?

Ariyatna Adri said...

ye...kak halilah dah ada blog. nanti kalau dah ada chat box boleh borak..gaduh..gurau..hehehe

Panaharjuna said...

Matrix ?,The Matrix ker ?, matrix revolution ker atau Matrix reload?