Wednesday, August 30, 2006

Drama berbabak-babak.

TV #
Rancangan Luahan Perasaan Awik dan Dina

Dina : Saya tak boleh lupakan cinta pertama saya.
Awik: Semuanya dah diselesaikan dengan cara baik. Sekarang tak ada apa-apa lagi.

Siaran iklan : Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan.

Naufal : Makeka! Makeka! Makeka!
Ainin : Ateta! Ateta! Ateta!

Tukang pegang remote control : KLIK!

TV Biru, Merah dan Kuning.
Persandingan Terhebat Abad Ini.

Tema : Perkahwinan Dalam Taman.
Perbelanjaan mengimport bunga-bunga segar dari luar negara : RM puluhan ribu.

Orang yang duduk sebelah tukang pegang remote control : Nak tengok yang mana? Kang aku tutup kang tv tu!

Tukang pegang remote control : KLIK!

TV #
Rancangan iklan selesai.

Dina : Penawar Rindu padamu seorang!
Awik: Saya terima dia sebagai teman artis sebab sekarang dia pun dah jadi artis juga.


P/S : Dina, tak payahlah mimpi nak jadi penyanyi. Simpanlah hasrat murni kamu itu.


10 comments:

ZaKiN said...

hehehe... takpe!! beri peluang dia rasa dunia glamer camaner.. ekeke..

Unknown said...

Suara dia tak sedap! Itu sebab paling utama.

Cik Tat said...

salam ainin..
mmg tak sedap ker suara dia..? camana org leh offer jd penyanyi..?

umaq_eiman said...

menynyi di mesia suara no 2... yang penting publisiti.. media sokong naiklah media bangkang turunlah...

Unknown said...

Dah dengar suara dia nyanyi dalam youtube. Memang tak sedap......adei!!! cam manalah nak jadi penyanyi tu. Pulak, manja bebenor suara bercakap dgn Rosyam Nor tu...

Unknown said...

mama singa,
diorang tu semua cuma nak menangguk di air keruh. Kesian budak Ina tu dieksploitasi. Saya rasa dia sendiri tak tau dirinya dieksploitasi.Kesian....

Umaq,
Itu betul juga. Tapi kesian pada dia yang tak sedar dirinya jadi mangsa. Sedih betul la.

Yus,
Itulah hakikatnya. Wah... orang UK pun tengok juga. Nampaknya memang mereka pasangan paling popular, lebih popular dari pengantin mewah ada ini tu, ye.

cenderawasih said...

entry kali ini kreatif betul. kak suka baca

Unknown said...

Kak Zalisa,
Suka ker? hehehe.. nak cuba teknik baru.

umaq_eiman said...

teknik itu ada kena mengena dengan etnik ..
teknik baru menghasilkan etnik kreatif..
sekolah teknik
pusat etnik.

Unknown said...

Umaq,
Ye ker? Baruku tau. Satu pelajaran baru, hehe.