Wednesday, August 09, 2006

Islam Terancam

Kontrovesi Lina Joy @ Azlina Jailani mengingatkan saya kepada peristiwa lima tahun lalu. Ketika itu saya masih bergelar Minah Kilang.

Di jabatan saya ada berbagai bangsa dan agama. Melayu, India, sedikit Cina, bangsa Indonesia, suku kaum-suku kaum dari Sabah dan Sarawak semuanya bercampur di situ.

Saya ingin menceritakan perihal rakan sejawatan yang bernama A, yang tidak pernah saya kenali. Ini kerana saya bekerja di tingkat atas dan dia di tingkat bawah. Tambahan pula pekerja di situ memang ramai dan bekerja mengikut syif.

A berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Dia memakai tudung dan tidak pernah membuka tudungnya di hadapan rakan-rakan yang lain. Dia seorang yang suka menyendiri dan pendiam. Sudah mempunyai teman lelaki yang berasal dari Sabah.

Pada satu hari, rakan sebilik A (A tinggal di hostel kilang) mengesyaki sesuatu yang aneh pada A. Gerak-geri A sangat mencurigakan. Setiap hujung minggu dia sentiasa lesap.

Entah bagaimana rakan sebilik A terlihat Bible di dalam almari A. Mereka benar-benar terkejut dengan apa yang mereka lihat. Dengan segera mereka melaporkan kejadian itu kepada Pengurus Sumber Manusia. A segera dipanggil ke Jabatan Sumber Manusia. Soal siasat dijalankan dan almari A di hostel di geledah. Hasilnya sebuah naskhah Bible ditemui. Apabila tudung A dibuka, terlihatlah salib tergantung di lehernya.

Jabatan Agama Islam Selangor segera dipanggil dan A diserahkan kepada mereka. Jabatan Sumber Manusia juga memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa A di Kelantan. Teman lelaki A hilang lesap entah ke mana (seorang penganut Kristian dan bekerja di jabatan yang sama).

A diminta mengucap shahadah tetapi malangnya dia gagal. Lidahnya keras kejung gara-gara holy water.

Sampai sekarang saya tidak tahu apakah akidah A berjaya dipulihkan ataupun tidak.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah sentiasa melindungi akidah kita dan saudara-saudara kita yang lain.

8 comments:

umaq_eiman said...

sian A... berhati hati dalm bercinta...

Unknown said...

Orang sanggup menjual agama kerana cinta. Dunia sudah nyanyuk!

umaq_eiman said...

cinta itu lebih jelas dari agama bagi yang tidak beriman,.. berkata baginda,,, katakanlah aku beriman dengan Allah maka beristiqamahlah...

ayu_mkay said...

nauzubillah.. simpati pd A, mak pak dia apatah lagi... sbb tu org selalu kata cinta itu buta... tapi yg bercinta itu sebenarnya tlh membuatkan cinta itu buta.. lupa diri

Unknown said...

Umaq,
Iman senipis kulit bawang, itulah puncanya.

Ayu,
Begitulah penangan cinta... sedih.

ZaKiN said...

Ermmm... terkedu saya!!

Unknown said...

Zac, jgn tak caya. Kisah benar tu.

MDM FARAH FAIZURA said...

Islam terancam kerna orang islam itu sendiri