Tuesday, November 21, 2006

Orang Korea Main Batu Seremban?

Petang, saya terasa kebosanan. Entah kenapa tangan ni terasa gatal pulak meng-on tv. Hmm… elok sangatlah sesekali menonton. Otak pun dah naik berkarat ni. Dah beberapa hari tak menonton kecuali siaran berita pada waktu malam.

TV 2. Drama bersiri Korea.
Heh! Biar betul? Orang Korea pandai main batu seremban? Saya yang pada mulanya berdiri sambil bercekak pinggang, akhirnya duduk di depan tv.

Betullah, orang Korea sedang main batu seremban! Adegan yang sedang ditayangkan adalah gelagat seorang remaja perempuan yang mungkin adalah heroin sedang bermain dengan datuknya. Siapa yang kalah akan mengemas rumah dan memasak.

Nampaknya bukan orang melayu saja yang pandai main batu seremban, orang Korea pun sudah pandai main permainan tradisional kita. Tapi mungkinkah batu seremban juga adalah permainan tradisi orang Korea? Saya garu-garu kepala memikirkannya. Tak lama kemudian saya dapat jawapan apabila remaja perempuan itu meminta supaya seorang remaja lelaki menyertai mereka bermain. Tapi remaja lelaki itu hanya terpinga-pinga. Kemudian remaja lelaki itu bertanya kepada rakan sekerjanya pula sama ada dia tahu bermain batu seremban atau tidak. Dan rakan kepada remaja lelaki tadi juga terpinga-pinga. Jelas permainan itu bukan permainan tradisi mereka. Kalau tidak, tentu ramai remaja Korea yang tahu dan bangga main batu seremban. Remaja kita masih mahukah bermain batu seremban? Entah-entah batu seremban pun mereka tak kenal!

p/s: Lebih elok menonton drama Korea daripada drama latin. Terasa geli nak menonton drama latin. Terlampau banyak pameran ‘buah-buahan’ dan budaya-budaya yang tidak bermoral. Tolonglah

5 comments:

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Bak kata Tuan Faisal Tehrani, lagi banyak telenovela lagi benarlah gambaran negara itu punya pola pemikiran yang rendah. Heheheh

Ainin Naufal said...

ohhh... ada benarnya Zamri. Orang asyik membuai angan. Telenovela itu pula banyak memaparkan babak bertentangan dengan budaya dan agama kita. Terasa muak menontonnya.

ayu_mkay said...

setuju..! telenovela latin mmg tak senonos.. orak nggenah tenan... tak elok utk anak2 kecil..

drama korea pendedahan buah2annya mmg tak de tapi ayor matanyer... omak aiiii.. ngan teman teman sekali ngalir... hehehe

Ainin Naufal said...

Kak Ayu,
Kekadang tu timbul rasa semangat bila menontom drama Korea. kebanyakkannya memaparkan kegigihan dan semangat berjuang. Bagus untuk memotivasikan diri kita.

MaNiQ KaYaNgaN said...

setuju kak.. saya lebih selesa tgk citer korea yg jiwang tue dari telenovela latin.. cam hampeh jer.. yg pelik makin berlambak masuk kat stesen tv kiter... hohoho.. org malaysia suka tgk buah-buahan kot.. ekekkeke

Saya terrer main batu seremban masa kecik2 dulu.. hehehe