Sepanjang-panjang cuti kali ini, semuanya bagai tiada rasa. Tawar. Sendi-sendi sakit dan lenguh. Batuk-batuk mula ramah bertamu. Tekak perit dan pahit. Sup tulang, daging, gear box tak sedikit pun mengumpan selera. Cuma ubat-ubatan menjamah kerongkong.
Lapan hari bercuti tak memberi keseronokan. Udara desa percuma saja di luar rumah tanpa dapat dinikmati. Ketika tubuh mula berpeluh lencun, perut pula mula merombak-rombak ingin menghamburkan isinya. Sepanjang beberapa hari selepasnya, begitulah… perut tak mampu menerima apa-apa yang mengenyangkan. Tubuh menggigil terketar tanpa tenaga, kepala pusing dan pandangan berpinar tanpa ketahuan punca.
Setelah kaki menjejak di bumi Kuala Lumpur ini pun, tubuh masih juga terketar-ketar dan pening-pening lalat masih ada. Syukur kerana perut telah mampu menerima bahan-bahan penyumbang zat dan tenaga. Batuk-batuk nakal masih juga tertinggal menggaru-garu kerongkong.
Aku jadi lesu dan malas!
Hey, perempuan! Jangan nak buat alasan. Kerja!

9 comments:
Assalamualaikum,
Lapan hari duduk di kampung? Puaslah makan ikan segar dan ikan bakar. Itu sebab perut memulas.
Atau pun Si Ainin dan Si Naufal bakal mendapat adik baharu?
Alhamdulillah...
salam AN,
memang tak syok bila balik kg tanpa ada rasa. tetapi klu itu sudah ketentuanNYA, banyakan sabar. mudah2an segera sembuh.
:)
Saya doakan akak cepat sembuh. amin.
Sekarang memang musim kesihatan meragam. Saya juga begitu. Mujur ada bawa bekalan dadah actifed :)
tu tandanya kau kena belanja aku makan KFC .... sebab dah kayo!
Wahai Adinda Sifu Gadis Pingitan Ainin. Adakah ini tandanya 'tanda' sudah ada ?
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008. Apa azam tahun 2008 ?
Kang Mya,
Ah, ada-ada saja kakang ni.
Kak Ayu,
Terima kasih.
Hakim,
Terima kasih kerana sudi singgah. Terima kasih juga atas doa.
BP,
Dadah itu sudah puas kutelan.
SF,
Belum lagi, bang. Hehehe...
Kanda Long Teruna (?) Pujaan Dinda,
'Tanda' apa tu? Tanda-tandanya... lalalala... hahaha.
Bekal ubat ku di sini masih mantap. Alhamdulillah. Tapi ada satu ubatku rasanya mungkin takkan dapat dicari disini kalau dah abis. Ubat batuk cap ibu dan anak huhuhu. Mujarab nih!
Ryn,
Ubat batuk itu kurang serasi dengan tekakku. Tak tahu kenapa. Kenapa ek???
Post a Comment