Monday, December 03, 2007

Senangnya Nak Cari Duit.

Peristiwa 1.

Petang yang masih teramat muda, saya ke stesen LRT seorang diri. Tiba-tiba seorang pemuda menegur.

Pemuda : Kak, saya nak minta bantuan akak ni. Tak kisahlah akak nak cakap apa pun. Tapi saya betul-betul perlukan pertolongan. Saya ni student Uitm Melaka. Saya kena pukau. Tiba-tiba je baru saya sedar saya ada kat sini. Sekarang saya tak ada duit nak balik. Boleh tak akak kasi duit. Nak balik pun saya tak tahu macam mana.

Saya kerutkan dahi, pandang pemuda itu dari atas ke bawah. Badan gempal. Gigi kuning macam tak pernah gosok. Peluh meleleh-leleh. Badan bau hapak! Untuk pertama kalinya, saya tak mampu/dapat menilai orang di depan saya. Masa berlalu pantas dan saya sudah terlewat sebenarnya. Sepatah kata pun belum keluar dari mulut saya ketika itu.

Pemuda : Tak apalah, akak kasi saya duit tambang pun cukuplah.

Apa? Duit tambang?

Saya memang nak cepat waktu itu. Malas nak dengar rayuan dan cerita pemuda itu, yang entah betul entahkah bohong. Saya buang keraguan saya dan anggap dia betul-betul dalam kesusahan. Saya belek-belek dompet, dan yang ada waktu itu not RM5 dan not yang besaaaar. Dengan pasang niat nak tolong (walaupun dalam hati ragu-ragu), saya hulur not RM5 tu.

Saya : Ambik ni buat tambang. Awak beli tiket LRT sampai Masjid Jamek. Lepas tu awak tukar tren, pergi ke CM pulak. Dah dekat dengan Pudu tu.

Pemuda : Ooo.. kena naik kat sini, ya?

Saya cuma angguk. Saya naik escalator cepat-cepat kerana telah terlewat. Bila saya toleh ke belakang semula, pemuda itu dah tak ada. Kalau tak tahu nak naik LRT, kenapa dia tak ikut saya saja?

Peristiwa 2.

Petang itu, saat sendirian di rumah ketika senja ramadhan membawa ke maghrib, seorang lelaki Arab memberi salam. Saya sedang bersiap-siap menyajikan juadah berbuka meski pun ketika itu saya sendirian di rumah.

Pak Arab : Beli buku-buku agama.

Saya : Buku-buku saya pun ada banyak yang belum terbaca. Maaf.

Lelaki itu menunjukkan judul-judul buku berkulit keras yang memang saya kenal dan masih tersimpan elok dalam almari saya. Takkan saya nak beli buku yang saya dah ada.

Pak Arab : Tolonglah, Ramadhan.

Dia buat muka kasihan sambil mula keluarkan hadis-hadis. Saya mula naik bengang. Ini sudah jadi kes mempergunakan ‘warisan suci’ untuk mencari untung!

Saya : Maaf, saya tak ada duit.

Saya berterus terang saja. Saya mahu dia cepat pergi kerana waktu itu azan telah berkumandang dan tiba saat iftar. Lelaki itu mula marah. Mukanya masam mencuka.

Pak Arab : Tadi buat apa? Tidur saja?

Sambil itu dia beristighfar berkali-kali sambil tepuk-tepuk dahi. Kononnya saya ni buruk perangailah, puasa-puasa begitu asyik tidur. Tak ada kerja lain boleh dibuat. Yang si Pak Arab ni pulak, sudah pun masuk waktu iftar, tapi apa kes masih terconggok depan pintu rumah orang? Mengganggu waktu iftar orang lain pulak. Helo… nak berniaga atau nak kena pelangkung Pak Arab ni?

Tapi entah kenapa tangan saya terasa berat nak menghempaskan pintu waktu itu.

Kemudian Pak Arab itu tunjukkan poster Ayat Kursi dan paksa saya membelinya.

Pak Arab : Ikhlas… ikhlas berapa pun.

Dia bercakap sambil menjeling menyampah kepada saya.

Dengan hati yang panas, saya ke dapur dan mencari RM2 di dalam bekas duit syiling, lalu saya serahkan kepadanya.

Saya : Maaf ya. Ini saja yang saya ada.

Waktu itu mulut saya masih boleh berbaik bahasa lagi, walaupun api marah menyala-nyala. Elok saja saya serah duit, Pak Arab terus pergi tanpa ucap terima kasih pun.

Saya urut dada dan beristighfar beberapa kali. Bulan puasa…

Mungkin rezeki, Tuhan sengaja menduga saya ketika itu.

Kalau diikutkan, banyak lagi cerita lain. Jenuh kalau nak dikisahkan satu per satu.

Apa pun, sesuatu yang amat berharga telah saya pelajari.

Seandainya tidak ikhlas, jangan memberi. Seandainya kita memberi, jangan fikirkan sama ada si peminta bercakap benar atau menipu atau memaksa-maksa. Yang penting, Dia yang di atas sana tahu niat kita.

17 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Ada sambunganlah pulak.

Saya pernah terkena di Puduraya 90an dulu-dulu. Tapi kesnya lain sikit. Katanya dia penuntut UKM. Mintak duit dari saya nak beli tiket balik ke Batu Pahat kerana katanya dompetnya hilang. Siap nak bagi 'cagaran' kamera dia lagi. Tapi saya tak dapat tolong. Bukan kerana kedekut tapi kerana sayapun sengkek masa itu :D

khairyn said...

hehehe

oh diriku pun pernah terkena juga. lelaki mengaku tertidur di surau di Pudu Raya. Minta duit sebab dia nak balik ke UPM (tak silap) tapi saya kata 'maaflah bang, saya budak sekolah, duit pun cukup2 tambang balik jer'

hehehe.. sori bang ek?

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Cerita terkena seperti ini memang banyak, malah sangat banyak. Dik Nin boleh kumpul dan tulis buku tentang itu.

Sewaktu jadi warga KL dahulu pun pernah juga saya terkena, yang saya ingat tiga sahaja; di bangunan Dayabumi-pemuda, di hadapan Central Market-lelaki pertengahan umur berkopiah, di perhentian bas-mak cik. Buat muka selamba saja, tetapi dengan mak cik itu hulur juga beberapa RM. Lelaki-lelaki itu apabila tidak dihulurkan wang, marah-marah; heh, peduli apa!

Unknown said...

BP,
Hahaha... waktu terkena tu pun saya sengkek juga. Kalau ada not yang lagi kecik, memang nak beri. Tapi yang paling kecik not RM5 tu aja. Yang besaarr tu pulak nak beli susu hero.

khairyn,
mudah betul kan?

Kang Mya,
Di KL ni macam-macam ada. hahaha.

Achik_Sufi said...

cireta tipu nie...achik penah gak lalui..

masa tue kat masjid jamek...datangla sorang tue,die kate baru keluar penjara,jadi x de duit n nak mintak duit tambang kat achik...mula tue kesian gak...tapi,tetiba terpandang kat sungai gombak...ramainyeerrr penagih...terus hilang niat achik nak bagi, rupenye penagih daa...

Sastri said...

isk isk... alhamdulillah, setakat ni tak terkena lagi...

Unknown said...

Achik,
Macam tu la. Macam-macam cara la dorang ni.

Sastri,
hehehe... alhamudlillah selamat. Jaga-jaga tau.

Anonymous said...

buat wat novel gak ni ... fenomena biasa kat KL ni ainin ...

Anonymous said...

ai....senangnya...cam 2 pn bley caya ke..xkn la...ke kne pukau juge kot..pukau org xde kehidupan..
jgn mudah sgt kn main...nsht yg bgs srh je pemuda tu wat report polis...akak pn slamat...xpe la anggap je rm5 2 sedekah...

Unknown said...

SF,
Dunia... dunia.

Tam,
Tau dah. Tapi malas nak fikir. Ikhlaskan saja.

Mazza Homemade Cookies said...

rasanya kita kena sentiasa berwaspada..lebih2 lagi dirumah dan bersendirian..anything can happaned..

blackpurple @ jowopinter said...

Eh! Ada Peristiwa Dua rupanya.

Pokok-pangkalnya hati. Ya, 'ikhlas' kata kuncinya.

Salam Aidil Adha. Selamat 'berkorban'.

Achik_Sufi said...

salam,
masuk buat kali kedua...

hanya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha,semoga berbahagia disamping keluarga...amin.

Unknown said...

myfisol,
betul tu. Rumah sendiri pun bukan tempat yang selamat lagi.

BP dan Achik,
Salam Aidul Adha juga untuk anda berdua.

ManjLara said...

Hmm...tula, kalau tak diberi kesian pulak, niatkan memberi kerana Allah sudahler. Kite pun selalu juga didatangi org2 camni, selalunya hati kite jadi berbelah-bagi, manalah tau, kalau tak diberi, entah2 dia betul2 susah/memerlukan pulak kan? Salam Eidul Adha!

DeeN said...

Owh! Penah org macam ni datang opis. Kununnya nak mintak tolong derma duit nak balik kelantan. Hmm.. walhal saya mmg cam muka dia sebab dia penah datang mintak derma duit nak balik ke tempat yg sama. Ceh!!

kucinghitam said...

korang nk duit..tkan je cni,korang xpyah modal,sign up free..pstu korang akn dberi keje..kejenye hnye jwb soaln n promote website..just click je..wa da mkin kaye ni..kih3..korang nk,jst tkan link ni..
http://www.cash88.com/pages/index.php?refid=azmis1 http://adbux.org/?r=900629115301