Monday, December 31, 2007

Tahun Baru Itu Apa?

Tahun baru? Apa itu tahun baru? Yang saya tahu, beralih ke tahun lain (hahaha). Bermakna semakin bertambah tualah sekalian makhluk dan penghuni bumi yang masih bernyawa.

Ucapan tahun baru? Entah! Suka-suka mulut mengucapkan selamat, dan tangan menaipkan Happy New Year! pada blog atau SMS atau ruang sembang atau apa-apalah. Sedar tak sedar satu budaya asing meresap menular membiak mengalir bersama darah dalam tubuh kita. Apatah lagi tahun baru yang disambut itu bulan-bulannya digelar Januari, Februari ila akhir, dan bukannya Muharram, Safar ila akhir.

Mujur juga tahun baru yang sepatutnya disyukuri itu hanya jarak beberapa hari dari tahun baru yang ‘ini’.

Maka dengan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada kamu semua.

Azam? Heh… jangan ditanya fasal azam, kerana setiap bulan saya akan berazam. Awas! Anda dilarang mentertawakan azam-azam itu. Antara azam ‘bodoh’ saya setiap bulan:

*Kurangkan lemak-lemak yang semakin menimbun dalam badan.
*Kurangkan berangan dan berkhayal.
*Kurangkan membebel.
*Kurangkan tidur. Huuarrghh… mengantuklah pulak!
*Kurangkan mengumpul habuk-habuk pada buku-buku yang berderet tak terbaca.
*Kurangkan malas!



Sebelum mengakhiri entri ini, ingin diwarwarkan di sini bahawasanya buku penutup bagi tahun 2007 telah pun terbit.


Ceritakan kisah-kisah menarik dan penuh teladan kepada si kecil anda sebelum mereka tidur.
Terbitan: PTS One.
Harga : RM49.90




Sekian, terima kasih dan jumpa lagi.

Saya nak layan bunga api tahun baru. Tak jauh. Tu... tepi jendela rumah jer.

11 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Tahun baru hanya tarikhnya baru. Kita tetap berkurang umur. Semoga makin berjaya.

Jadi warga KL, puas ya tengok bunga api.

Achik_Sufi said...

selamat tahun baru 2008,semoga diberkati oleh allah...amin.

p/s:baru untuk yang baru bermula lama untuk yang sudah bermula...

Sastri said...

memang sudah menjadi acara tahunan menyambut tahun baru omputeh ni kan? sas sekadar tengok bunga api kat rumah jer, tak pernah lagi menyertai sambutan secara 'live' seumur hidup ni... :D

Unknown said...

Kang Mya,
Umur makin kurang, angkanya terus bertambah. hehehe. Semoga kita semua semakin berjaya.

Achik,
Selamat juga untuk Achik. Belajar sungguh-sungguh.

Sas,
Akak pun tak pernah. Rimas nak bersesak-sesak. Tak kuasa youuu.

Anonymous said...

Jangan kau tidur sama dah ...
SF - hehehe

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tahun baru, 2008.

Di negara Islam Hadhari, biasalah. Sambut tahun baru dengan pesta-pestaan, bunga api di sana-sini. Huh!

Semoga semakin kreatif dan produktif ya. :)

Qaseh Bidadari said...

selamat tahun baru...

semoga ape yg di cita tu berjaya...

Unknown said...

Bro SF,
hehehe... aku suka itu macam.

BP,
TQ atas doa anda.

mamaraggie,
Selamat juga untuk mama. Semoga sentiasa ranggie dan sukses.

mohamad kholid said...

umur makin kurang, azam pun semuanya kurang-kurang juga ya...

khairyn said...

salam

yuu huuu

selamat tahun baru gregorian dan selamat tahun baru hijrah

hehehe

Unknown said...

Inche Kholid,
Ya, kurangkan yang negatif. hehe

Khairyn,
Selamat juga untuk kamu. Waah, masih beku ye?