Assalamualaikum.
Huh, memang dasar hangat-hangat taik ayam betullah. Akhirnya blog ini jadi blog berhantu lagi. Dah berbulan tak update. Sungguh kurang ketekunan. Malu sangat pada kakak-kakak geng masak yang begitu gigih update dengan selalunya, siap dengan gambar-gambar yang mencairkan air liur. Tahniah untuk yang masih memiliki kerajinan dan kegigihan tahap tinggi itu. Salute!
Kali ini tak ada cerita dapur. Nak cerita sikit berkenaan percubaan diri untuk menggigihkan diri dalam satu lagi aktiviti penulisan blog, iaitu e-novel. Alah... tulis novel sikit-sikit, lepas tu muat naik dalam blog. Benda ni dah lama. Cuma saya ni macam yang semua sedia maklum, sungguh azab dalam bab-bab blogging. Mungkin sebab dah blogging sejak tahun 2006 lagi. Maka keterujaan untuk blogging dan blog hopping sudah tak menggebu-gebas macam dulu.
Apapun, disebabkan kerja-kerja cari makan, iaitu sebagai novelis, maka perlukan menggigihkan diri dan melawan kemalasan yang sangat tebal dalam diri ini. Maka bermulakan proses pembuatan e-novel.
Kepada kawan-kawan yang suka baca kisah-kisah yang santai, boleh masuk ke blog e-novel saya tu. Cuma sedikit peringatan dari saya, novel yang sedang giat saya usahakan itu bukanlah jenis yang jiwang-karat-leleh-tak-hengat. Memang tak ada lentok-lentok, nangis-nangis bagai. Tulisan saya tulisan gaya brutal dan rock-kapak-sampai-tercampak. Ahaks.
Sesiapa yang berminat boleh masuk sini Keyboard Meracau.. Sekarang novel yang saya karang dah masuk bab ke-8 yang dimuat naik. Sebenarnya dah banyak bab pun saya tulis. Cuma saya muat naik sikit-sikit dulu. :D