Sunday, May 28, 2006

Jiran

“Datanglah rumah akak petang ni. Ada makan-makan sikit,” Kak Bedah tersenyum-senyum di depan pintu rumah saya.

“Eh... apa sesapa nak buat demo ker?” saya tersenyum-senyum juga. Saja-saja pasang perangkap (dah boleh agak dah).

“Ha’ah. Ada orang bawa barang Butyfly. Boleh kuruskan badan.” Kak Bedah senyum-senyum. Tak boleh nak elak.

Saya tersenyum-senyum. Kak Bedah pun senyum-senyum juga.

“Tak janjilah, kak. Petang nanti saya nak keluar.” (Taktik nak mengelak le tu)

“Sekejap aje. Lepas asar. Ada makan-makan sikit.” Kak Bedah ulang lagi ‘ada makan-makan sikit’ tu.

“Kalau cik abang saya kata tak jadi keluar, saya datanglah.” Saya masih juga senyum-senyum. (Harap-harap cik abang cepatlah balik. Cepatlah keluar...)

“Datang ye. Jangan tak datang.” Kak Bedah berlalu pergi sambil tersenyum penuh harapan.

Saya pun masih lagi tersenyum. Lega sebab Kak Bedah sudah berlalu ke rumah jiran sebelah pulak.

Jam 5.00 petang, cik abang tak balik lagi. Kak Bedah dah tercegat di depan pintu rumah.

“Marilah ke rumah akak.” Kak Bedah sudah tidak senyum lagi. Kak Bedah buat muka kesian pulak.
“Alahai... kak. Cik abang saya on da way nak balik ni. Maaflah, kak.” Saya pun buat muka kesian juga.

“Ye? Tak apalah...” Muka Kak Bedah semakin sedih.
“Maaflah, kak. Memang tak boleh.” Muka saya pun makin sedih (sebab terpaksa hampakan harapan Kak Bedah yang menggunung-gunung tinggi tu).

Kak Bedah berlalu dengan kecewa.

p/s : Ada sesiapa boleh beri cadangan cara-cara nak mengelak dari menghadiri acara ‘party-party’ dan acara ‘demo-demo’ ni?


6 comments:

norza said...

Mudah aje nak mengelak party/demo tapi kena ikut keadaan jugak. Kalau dijemput utk barangan kuruskan badan, cakaplah bentuk badan sedia ada dah okey, atau cik abang suka macam ni... Kalau dipelawa utk tupperware ke atau barangan lain, kata kena jimatkan belanja nak ke Mekah, contohnya. Mesti lama-lama jiran tak mahu jemput lagi dah...(nanti orang kata sombong pulak...?).

norza said...

Satu cara nak mengelak dari dikata sombong, bila buat kuih, buatlah lebih sikit dan bagi pada jiran, tentu mereka appreciate...hehehhe!

norza said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ainin Naufal said...

Ye.. ye... memang cadangan yang sangat bernas. Kuih untuk jiran tu memang ada bila lapang. ;D

Aina Emir said...

Akak pun tak pandai nak mengelak. Asyik terkena aje. Tapi akak lagi suka kalau yang jemput tu terus terang aje. Kalau cadang nak jual, beritahu awal-awal, dan apa jenis produknya. Kalau tak...memang seksalah bila orang terperangkap, terutama bila tak ada budget untuk barang-barang yang nak kena beli tu.

Ainin Naufal said...

Ya, Kak Aina. Memag betul. Saya selalu je terkena rasa serba salah. Sebab kesian.