Wednesday, July 26, 2006

Menulis Untuk Apa?

Dulu saya selalu tertanya-tanya, mengapa saya menulis. Apa tujuan utama saya menulis?

Ada seorang rakan berkata kepada saya, “Akak nak mula menulis ni. Nak kaya cepat!”
Jawab saya, “Saya tak pernah fikir nak jadi kaya.”
“Eh, inilah peluangnya nak jadi kaya. Akak nak tulis banyak-banyak, nak cari duit banyak-banyak. Janganlah fikir nak zuhud saja. Kita perlu kaya supaya boleh bersedekah dan beramal jariah.” Lebih kurang begitulah rakan saya itu membalas kata-kata saya.

Ya, saya tidak menyangkal pendapat rakan saya itu. Tapi pada saya, bukan orang kaya saja yang boleh beramal jariah dan bersedekah. Rakan saya itu mungkin lupa, penulis yang tak kaya pun boleh buat sedekah, buat amal jariah. Harga buku yang sekian-sekian itu apalah sangat jika dibandingkan dengan sesuatu yang bermanfaat yang kita sumbangkan dalam penulisan kita. Oleh itu, pastikan apa yang ditulis itu nilainya lebih besar daripada harga buku itu.

Bukan itu sahaja, penulis juga boleh meniupkan semangat jihad melalui penulisan! Macam yang Faizal Tehrani buat tu. Jangan lupa, mata pena lebih tajam daripada mata pedang!

Kalau tak mampu hulur wang ringgit sebagai sedekah, kita buat amal dengan tenaga kita. Malah, senyum pun sedekah juga.

Sebenarnya saya tidak pernah terfikir menjadi kaya dengan menulis. Walaupun memang diakui ramai penulis yang menjadi kaya, tetapi itu bukan tujuan saya. Namun seandainya ditakdirkan saya kaya kerana menulis, alhamdulillah saya menerima segala rezeki dan kesenangan yang dikurniakan olehNya.

Pada saya cukuplah saya seronok apabila orang seronok membaca karya saya. Cukuplah apabila orang mendapat manfaat daripada hasil penulisan saya. Saya cukup puas hati seandainya hasil titik peluh saya menulis, dapat membantu keluarga saya. Saya tidak pernah terfikir hendak mewah dengan menulis. Cukuplah sekadar hidup selesa.

Tulislah sesuatu yang bermanfaat. Selamat berjuang. Selamat beramal jariah.

11 comments:

umaq_eiman said...

saya sangat sangat bersetuju... sebab lebih banyak org kurang kaya bersedekah dari org yang sangat kaya... dan kebanyakan orang bakhil itu bila berharta,,
eh kalau tak salah saya bersetubuh dengan isteri juga dalam kategori sedekah... jangan salah erti ini dari hadis nabi.. rujuk hadis 40.

Rizyani said...

Bersedekah macam-macam cara..menulis juga sekiranya niat yg suci dan murni, dikira sedekah juga..teruskan wahai adinda...

Unknown said...

Umaq, memang betul tu. Janganlah tunggu kaya baru nak sedekah.

Unknown said...

Betul tu kanda Ida. Macam-macam cara kita boleh beramal. Mari kita teruskan perjuangan!

Unknown said...

erk...ainin ni penulis ker?? Novel ker??? Bolehlah saya cuba dapatkan nanti karya ainin naufal. Apa ek tajuk karya terbaru??

Unknown said...

Yus, yg terbaru akan terbit tak lama lagi. Tunggu ye...
Yang lama blh dpt di MPH. Tapi rasanye kat UK belum ada... hehehe

ayu_mkay said...

byk cara nak beramal jariah kan.. tak semestinya kena tggu kaya baru nak beramal... setuju ngan AN.. yg penting keselesaan dlm kehidupan

Unknown said...

Ye ye, Ayu. Memang betul. Kalau nk tunggu kaya, alamat tak beramal lee.

Faizul bin Kamaruddin bin A. Manan bin KH Bendar said...

saya ingin menjadi penulis untuk berkongsi cerita,imaginasi dan yang paling penting mereka gembira dengan cerita saya

Unknown said...

Ye.. ye... Faizul. Buat org lupakan kesedihan pun amal jariah juga, kan?

Kay said...

salam... bleh tau tak... tajuk novel ainin naufal?? tak pun guna nama pena apa yek??