Friday, October 13, 2006

Gagal Sekali Lagi.

“Ada tiket menuju ke puncak?” suara nyaring konduktor bertanya.
“Ada.”
“Oh... tiket ini tidak melayakkan kamu ke puncak!” suara sinis si konduktor menerjah-nerjah gegendang telinga

Hari ini dia ketinggalan lagi
Platfom 1 itu sudah tertutup
Hari ini sama seperti semalam
Dia ketinggalan bas menuju ke puncak
Diam-diam dia menangis
Tiada siapa yang tahu

Sepasang mata bundar putera dan puteri
Jernih menatap naif
Tangan-tangan halus menarik-narik manja
Menagih seribu harapan
Yang semakin pudar

Kali ini dia melangkah
Menjauh dari platfom 1
Pergi sebagai petualang yang meresahkan
Sambil memimpin putera dan puteri

Kaki kanan memulakan langkah
Bismillahirrahmanirrahim
Semoga di platfom 2 masih ada kekosongan

Dia percaya
Jalan menuju puncak masih terbuka
Sepasang mata bundar putera dan puteri
Jernih menatap naif
Penuh pengharapan


8 comments:

5er_dragon said...

Hai kak Ainin!saya sedang membaca buku melah melia...buku kak Ainin memang best!nama saya ialah dalila saya berumur 9 thn.kalau nak tau lagi, hantarlah email kat elanadzri@yahoo.com.my atau layari blog saya http://5erdragon.blogspot.com

ZaKiN said...

huhuhu.. puncak apa kak?? uikss akak nih dalam misteri kekadang tue.. hahaha

Unknown said...

InsyaAllah, platform 2, 3, 4 dan seterusnya akan membawa adinda ku ini ke puncak. Akak doakan sentiasa. Amin. Jangan menangis di dalam hati lagi ya... mwah.

umaq_eiman said...

ermmm kenapa tak sahaja merentas angkasa?

apakah agaknya perasaan tangan tangan kecil itu?

semoga lain kali mencari tiket ke puncak lebih awal. ermm puncaknya di mana ya?

ez said...

Ainin,

Jangan putus asa. terus melangkah ke platform seterusnya... InsyaAllah puncak akan berjaya diterokai
Salam Edul Fitri

Unknown said...

Salam Dalila.
Terima kasih kerana memberi sokongan. Jangan lupa beli lagi buku akak di masa akan datang. Terima kasih sekali lagi. Muahhh...

Zac,
setiap manusia ada misteri tersendiri. Termasuklah Zac juga.

Kak Raina,
Terima kasih atas sokongan akak. Sokongan dari Austrlia tuuuu...

Umaq,
Gantung cita2 setinggi langit rumah dahulu, supaya senang di capai. :P

Kak EZ,
Terimah kasih atas sokongan.

ayu_mkay said...

puncak itu tetao di situ.. berusaha lagi... pandangan putera & puteri begitu mendamaikan... pandangan itu yg meniup semangat utk ke puncak itu...

jgn sesedih ye... nak raya kan :)

Unknown said...

Kak Kila,
Terima kasih. Muaaahhh...