Tuesday, October 10, 2006

Hubaya-hubaya

Jangan dekati bom berangkai itu.
Jangan cari nahas!
Ia bakal meledak bila-bila masa.
Sumpah!
Bom berangkai itu tidak akan kudekati lagi.
Aku serik!
Tika pertama kali ia meledak di sisi ku,
Puing-puing kaca dan besi bertebaran,
Sipi-sipi merenggut degup nadi,
Dan semangatku hampir punah berderai.
Sumpah ia tidak mungkin kudekati lagi!

5 comments:

MaNiQ KaYaNgaN said...

uiksss..bom berangkai aper nih.. cam periuk api jerk.. huhuhu.. kat maner kak.. bak sini saya tolong musnahkan.. wakakaka..!!

FAIZUL BIN ATUK KAMARUDDIN BIN A. MANAN BIN K.H BENDAR(sebab dah ada dua orang cucu tau) said...

tersiratnya....................

umaq_eiman said...

ermm bom berangkai ngan periuk api???
kat mana nih???\
ker kanak kanak yang sedang buat bom pakai belerang dalam mercun>??

ayu_mkay said...

dalam makna bait² kata tu AN.. tapi hubaya hubaya tu apa..?

Ainin Naufal said...

zac,
'bom berangkai' adalah simbolik. Cubalah teka?

pezul,
pandainya adik akak! Anak sapa nih?

Umaq,
kanak-kanak yang buat bom pakai belerang? Ohhh... kanak-kanak itu memang bijak dan kreatif.

Kak Ayu,
Dalam... memang dalam. Hubaya-hubaya = waspada = hati-hati = berjaga-jaga.