Thursday, November 02, 2006

Malu Tapi Mau Meow Meow.

“Saya malu. Tak ada bakat.”
“Cerita saya tak sedap. Mesti tak ada orang nak baca.”

Itulah ayat-ayat yang sering keluar dari mulut saya apabila disuruh menulis.
Dulu saya tak pernah menulis karya kreatif walaupun sebenarnya ada keinginan ke arah itu. Semasa bersekolah dulu saya cuma menulis apabila cikgu suruh kami buat karangan. Itupun karangan dalam bentuk esei dan karangan berformat. Kata cikgu senang nak lulus. Pendek kata saya hanya menulis apabila dipaksa. Saya menulis kerana nak lulus periksa.

Percaya atau tidak, di sekolah dahulu selama empat tahun saya berada dalam aliran sastera. Daripada tingkatan empat sehingga ke tingkatan enam atas. Macam-macam buku sastera sudah saya kaji. Anafora, metafora, personifikasi dan entah apa-apa lagi istilah itu semuanya saya pelajari (sekarang semua dah lupa). Tapi percaya atau tidak, selama itu jugalah saya tidak pernah menulis sebarang karya kreatif. Saya tak ada bakat. Saya malu. Imaginasi saya tak bagus. Saya tak ada cerita sedap.

Tapi percaya atau tidak, selepas lebih 10 tahun meninggalkan pengajian sastera, saya mula menulis. Kalau semasa bersekolah dulu saya terpaksa menulis untuk lulus periksa, tetapi kini saya dipaksa menulis oleh seorang novelis yang bergiat aktif dalam bidang ini.

“Saya malu nak bagi orang baca hasil tulisan saya.”
“Saya rasa saya tak ada bakat.”

Itulah jawapan saya apabila si novelis itu bertanya mengenai hasil tulisan saya. Semakin hari dia semakin mendesak. Saya jadi serba salah dan segan. Maklumlah... dia orang terkenal. Pada suatu hari, saya memaksa diri saya untuk menulis sebuah siri kanak-kanak.
Tanpa diduga pengurus di sebuah penerbitan sukakan hasil sentuhan pertama saya itu. Dari saat itulah saya mula mengasah bakat yang rupa-rupanya selama ini tersembunyi jauh... jauh... jauh... dan jauh di dalam diri saya.

Rupa-rupanya dengan paksaan, saya melihat sesuatu yang selama ini saya tidak nampak. Sekarang barulah saya nampak apa yang ada dalam dunia penulisan. Kata orang, belum cuba belum tahu. Tak kenal maka tak cinta.

Sekarang, semakin ramai pula yang mendesak dan memaksa saya supaya menulis... menulis... menulis... menulis... menulis....

“Ada buku baru tak?” Saudara di kampung.
“Mana skrip baru?” Kak N**, Pengurus P** O**.
“Buku ni ada sambungan tak?” Pembaca.
“Bila aku nak tulis buku baru ni?” Diri sendiri.

Jadi kepada sesiapa yang merasa ada keinginan henda menulis, jangan malu dan segan. Teruskan niat anda. Selagi tidak mencuba, selagi itu kita tidak tahu kemampuan kita. Ada orang yang memang mempunyai bakat semula jadi. Tetapi ada juga bakat yang perlu digilap dan diasah dahulu. Cuba jangan tak cuba. Siapa tahu rezeki anda ada dalam bidang ini?

Oh, ya... saya terlupa sekarang saya sedang memaksa seseorang supaya mula menulis. Ya, saya akan paksa dia habis-habisan!

13 comments:

ayu_mkay said...

oooo camtu ke AN... kena paksa ekkk.. tapi saper nak paksa? diri sendiri ke?

akak minat menulis tapi bila sekerat jln rasa cam tak de mood.. ada 2/3 citer yg tersangkut di tgh jln...

saper yg jd mangsa paksaan AN nih..? harap2 pancing mengenaaaaaaa

Unknown said...

Kak Ayu,
Pancing nak mengena dah. Lepas ni nak pancing Kak Ayu pulak. Awas!!!v

Unknown said...

paksa, jangan tak paksa. sebab kak sendiri mmg suka paksa org kalau bab-bab mengejar cita2 nih! biar sampai dia rimas! huhuhu

Amiene Rev said...

agaknya kalau ada laptop dengan pc desktop, mana lebih menarik untuk tulis menulis ni...

Mersik said...

Yg penting adalah minat..segala rasa malu2 atau rendah diri tu boleh diatasi kemudian2nya..

alahaiii

ZaKiN said...

uiii.. paksa erkk.. wakakkaka.. akak,napa saya tak reti berbahasa dengan baik.. kalo saya tulis musti bahasa pasar.. uwaaaa.. hingga akhirnya citer tue jadi tak sedap.. huhuhu..

harap2 bukan saya insan yg dipaksa itu.. tak sanggup menghampakan org.. wakakaka!!

Unknown said...

Kak Zalisa,
Kalau tak paksa memang tak menjadi. Tapi paksa biarlah ikut acuan yang betul.

Amin,
Tak kira sama ada laptop atau pc. Sama saja kedua-duanya. Yang penting usaha, pasti berhasil.

Mersik,
Ya, betul tu. Pokcik mersik bila lagi? Nak saya paksa juga ker? hehehe...

Zac,
Agak-agaknya siapakah gerangan yang akak paksa tu ye? Cuba fikir-fikir, hehehe... akak menunggu nih.

ZaKiN said...

tiba2 saya rasa teruja apabila dipaksa... huhuhu.. saya kena duduk kelas bahasa melayu semula la kak.. tatabahasa saya dah bertaburan.. ekeke..!!

Mersik said...

Alahai Ainin , pokcik toksah dikira, toksah dipaksa2. Kalau hendak memaksa pun biarlah dgn "paksa rela" hik hik..alahaii

Amiene Rev said...

salam,

selamat hari raya.

Unknown said...

Zac,
Cepatlah hantar ceriyta tu pada akak. dah lama akak tunggu ni. Ni paksalah ni....

Pokcik Mersik,
Ni pun dalam senarai nk dipaksa gak ni.

Amin,
Selamat semuanya. Selamat bertesis.

Yin Areesa said...

Assalamua'laikum. salam zairah kak AN...

Unknown said...

shafriza,
Waalaikumsalam.Terima kasih kerana sudi berkunjung.