Wednesday, December 27, 2006

Baru Terbit : Alunan Hidup



Terus terang saya katakan, novel jibunsyi ini adalah satu percubaan. Saya tidak tahu bagaimana penerimaan pembaca. Namun saya sudah melakukan yang terbaik. Walaupun harapan untuk melihat buku ini terbit sangat mengujakan pada awalnya, namun kemelut dalam penerbitan novel ini membuatkan saya putus harap untuk menunggu kelahirannya. Walaubagaimanapun sekarang saya bersyukur kerana ia telah pun terbit walaupun ia sudah tidak mengujakan lagi. Terima kasih kepada yang terlibat.

Alunan Hidup mengisahkan perjalanan hidup seorang Minah Kilang bernama Adilah. Walaupun dia berkelayakan untuk menyambung pengajian, tapi di atas beberapa sebab, hasratnya terpaksa dilupakan begitu sahaja.

Namun Adilah gagahkan diri meredah kehidupan dengan status minah kilang yang sering dipandang rendah dan dipandang serong masyarakat. Baginya bukan semua minah kilang 'berkepala kosong.'

Harapan saya, semoga kelahiran novel ini mampu menangkis tanggapan negatif terhadap golongan penjana ekonomi negara ini. Jangan sesekali merendahkan mereka. Kejadian-kejadian yang berlaku di dalam cerita ini adalah peristiwa benar.

Tunggu kemunculannya di kedai-kedai buku berhampiran anda.

4 comments:

Unknown said...

Tahniah Halle, semoga novel Alunan Hidup akan menjadi bestseller dengan segera. Mungkin ada hikmahnya di sebalik kelewatan itu (jangan terus sesalkan apa yang telah berlaku).

Unknown said...

Terima kasih kak. Saya harap pun macam tu juga. Tak kesal sebenarnya, tapi sedikit ralat.

ayu_mkay said...

walau tak de dlm pasaran lagik nak ucap tahniah gak..!

ermmm tak sabar nak baca...jgn lupa war2kan ye bial dah kuar & kat mana leh dptkannya.

Unknown said...

Kak Ayu, rasanya dh ada di pasaran. Paling lambat pun mungkin bulan ni. Carilah di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berhampiran.