Thursday, September 27, 2007

Pesanan Penulis Kepada Editor

1. Edit betul-betul.
Jangan edit semasa bergosip, mengantuk, kebuluran, sakit (termasuk sakit hati pada penulis) bergaduh dengan kekasih, suami/isteri meninggal dan lain-lain.


2.Luaskan pengetahuan bahasa dan tambah perbendaharaan kata anda.
Jangan pula yang salah tak diperbetul, yang betul disalahkan pula. Kalau perkataan ‘ban’, ‘mengetos’, ‘mendepani’ pun tak tahu, malah dianggap janggal dan salah, isy... isy... isy. Fikir sendirilah betapa ‘hebatnya’ editor itu.


3. Semak dengan teliti jalan cerita.
Jangan hanya tahu mencari kesalahan bahasa, sistem ejaan dan penanda wacana saja. Jadikan diri anda editor yang membantu penulis menulis dengan baik. (Saya paling benci editor yang tak pandai menilai karya penulis, sampaikan cerita entah apa-apa pun dia kata best! Ini jenis yang buta kayu! Macam mana orang macam ni boleh jadi editor?) Isy... kenapa pula marah-marah ni? Woi, mak cik! Ingat, bulan puasa ni. (Ingatan untuk diri sendiri). :P


4. Tolonglah jaga gaya penulisan penulis.
Setiap editor perlu peka dengan gaya setiap penulis dan nilai-nilai estetika dalam setiap karya. Tapi jangan pula tak sentuh langsung. Tolong cantikkan ayat tapi bukan burukkan lagi ayat, ya. Ingat, tugas editor juga adalah untuk mencantikkan karya penulis.


Ada tambahan lagi? Silakan menambah....
Pesanan editor untuk penulis akan menyusul. Tunggu....

15 comments:

Latiptalib said...

Assalamualaikum semoga Ainin Naufal berada dalam keadaan baik, sihat dan ceria selalu.

Satu perbincangan yang menarik. Izinkan saya hendak mencelah.

Tugas penulis menghasilkan karya. Editor pula diberi tanggung jawab bagi mencantikkan lagi karya. Kalau manuskrip sudah cantik maka dicantikkan lagi oleh editor. Kalau ada yang kurang diperbetulkan.

Kerana itu hubungan baik antara penulis dengan editor itu amat penting. Hubungan baik yang saya maksudkan ialah sering mengadakan perbincangan mengenai karya yang hendak diterbitkan. Jika ada sebarang perubahan pada manuskrip penulis telah dimaklumkan dengan ini tidak timbul rasa tidak puas hati.

Penulis mempunyai ego tersendiri, editor juga ada egonya. Kerana itu kalau masing-masing saling hormat menghormati, bekerjasama dan bersikap terbuka pasti tidak timbul masalah.

Sesungguhnya, Penulis memerlukan editor bagi membaca dan mengedit karyanya. Editor pula perlukan penulis bagi mendapatkan manuskrip untuk majikannya.

Penulis mempunyai bakat menulis editor pula mempunyai kemahiran dalam bidangnya.

Kerana itu antara penulis dengan editor ibarat aur dengan tebing. Mestilah wujud kerjasama, persefahaman dan saling bantu membantu bagi mencantikkan lagi karya.

Abang Long said...

Wahai Adinda Sifu Ainin. Pengalaman abang long, bukan seorang sahaja yang bercerita tentang hal ini, tapi ramai penulis (baru dan lama) yang memperkatakannya. Abang Long cuma menjadi 'pendengar' sahaja.

mohamadkholid said...

tolonglah... baca karya-karya sastera legenda Malaysia dahulu sebelum jadi editor...

jangan berkiblatkan kepada Barat!

Serunai Faqir aka SF said...

Aku edit karya sendiri aje ... ala kita bukan tak tau kenapa buku2 kita n kawan2 lain takda kat Kino ... hehehe malas nak cakap terus terang aje

Sastri said...

errr... akak tengan marah kat editor ke ni?

Ainin Naufal said...

Pak Latip,
Paling penting kedua-dua pihak sedar akan profesionalisme masing-masing.

Abg Long,
Mendengar tak sama macam merasai sendiri. Tapi bukan semua macam tu. Ramai juga yg bagus. Nasib-nasiblah... Saya jumpa ramai yg bagus.

Inche Kholid,
Kalau ditanya apa karya nasional pun belum tentu tahu. Kalau pun mrk berkelulusan multimedia ka, kejuruteraan ka, usuluddin ka, tapi ada minat dan rajin mengkaji karya sebegitu, alangkah bagusnya.

Sf,
aku positif. Buku aku sold out tu. hahaha.

Sastri,
Tak la. Ini teguran secara umum. Kalau ada yg terasa tu, maka sah org tu terperasan. Akak bukan cuma berurusan dgn 1 penerbit saja. Kat mana2 pun ada masalah mcm ni. hahaha...

blackpurple @ jowopinter said...

Saya cuma tumpang baca, sebab saya bukan penulis komersial. Tapi ilmu dari entri ini kan saya ambil.

Saya cuma menulis blog, menulis Bill of Quantities, menulis dokumen kontrak, menulis Method Statement. Kadang-kadang menulis memo untuk staf yang bingai. Jadi, tak perlu editor. Pembaca pruf pun tak perlu.

[Maaf, ulasan saya terkeluar dari topik]

©Opah De said...

Salam Halle...
Tahniah. Akak setuju dengan kata-kata Halle tu. Sebagai penulis dan editor, Halle pasti tahu bagaimana editor bekerja dan apa yang diharapkan oleh penulis akan dilakukan oleh editor. Harap, pihak editor akan membuka mata dan berfikira terbuka bila membaca teguran seperti ini. Berfikirlah secara profesional.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Ada editor kadang-kadang buat tidak tahu sahaja emel yang kita hantar. Emel itu sama sahaja dengan surat. Sudah dapat surat, balas, jangan tidak-tidak. Setakat emel mudah pun tidak mampu hendak balas...hmmm. Tidak sampai lima minit pun jika mahu membalas emel, jawab sahaja soalan atau kekeliruan yang menjadi persoalan.

Terima kasih Puan Editor Ainin.

Dik Nin, pergi duduk semula di kerusi editor itu..

Ainin Naufal said...

BP,
sekarang yang baca pruf adalah penulis sendiri. Itupun adakalanya final pruf tak sampai2. tau-tau buku dah terbit. huhu.

Opah De,
Salam. Saya melihat dari sudut pandangan seorang penulis walaupun saya juga editor (terima kasih kepada individu yg mengajar saya dulu.huhu). dan ini juga adalah ingatan utk diri saya sendiri. Paling penting editor tahu tanggungjawab mereka.

Kang Mya,
Waalaikumsalam. Rungutan ni pun biasa saya dengar dari penulis. saya pun tak pasti kenapa. Kang, kalau saya duduk di kerusi tu lagi, err... memang saya masih duduk di kerusi tu sebenarnya. hahaha.

Lepas ni kawan2 editor saya pula akan tenyeh kepala saya.

Yang bernama Siti said...

Salam,
Soram sojuk den baco entri ni.

Jadi editor bukan mudah. Lebih-lebih lagi jika ia karya yang diterjemah. Macam-macam pendapat tentang apa yang patut disampaikan dan adakah yang hendak disampaikan pengarang asal masih dikekalkan. Editor perlu memastikan tak ada yang tinggal disamping membetulkan tatabahasa.

Tentang tidak mengubah, akak bila mengedit, siap akak ubah habis-habisan. Entah mengapa selalu dapat yang menterjemah ikut sedap rasa dia. Dah tu tak buat semakan ejaan. Kalau dopan den, memang den cemat (rotan).

Dan yang paling kami, penterjemah, bengang, apabila terjemahan kami di'betul'kan dengan menukar tatabahasa yang sudah betul kepada yang salah.

Tak sabar nak tau apa kehendak editor pula. He he.

Ainin Naufal said...

Kak Siti,
Ada bezanya mengedit karya asal dengan karya terjemahan. Kalau karya asal, penulis yg akan berperang dengan editor dan rasa sakitnya. Tapi kalau karya terjemahan, penulis asal tak tahu pun terjemahannya jadi macam mana. Yang berperang adalah editor dan penterjemah. Kalau editor bikin hal pun, sakit hati penterjemah tak sesakit penulis karya asal. hehehe...

Saya edit karya terjemahan tu Ok kan? hehe.. kalau tak Ok, mesti job tu saya tak dapat. TQ, duit raya tu.

Pesanan editor kepada penulis, tunggu lepas raya. Lebih panaaasss...

Anonymous said...

assalamualaikum, saya sudah mengalami peristiwa ini. memang marah sangat. memalukan! human error hanya satu alasan! sudahlah karya yang saya buat itu karya sulung. kurang memuaskanlah.

encik P

Anonymous said...

percaya atau tidak ada editor yang tidak tahu apa itu syiling apa itu siling. punyalah (off record)! lepas itu pula hendak berbicara mengenai professional. (off record)!

-Encik sibuk menulis-

Ainin Naufal said...

encik P dan Encik sibuk menulis,

Itu biasa. Mereka tu mungkin bukannya minat sangat dengan kerja mereka. Tapi sebab dah tak ada kerja lain, maka terpaksalah buat/ terima saja tawaran yang ada. Dah tu, kalau kita persoalkan kesalahan dia, dia akan jawab, "Biasanya kami mmg buat macam ni" atau, "Si polan tu kata kena buat macam ni." Dia boleh bagi alasan macam tu? Jadi selama ni dia cuma ikut-ikutan sajalah! Bukan dari pengetahuan atau kepakarannya sendiri! Bila dah sedar kesalahan, tak pula minta maaf dan memang tak mahu minta maaf. Profesional ke macam ni??? eh... kenapa aku tiba-tiba berasap ni? sabar... sabar... nak raya ni (sambil urut-urut dada).