Saturday, September 01, 2007

5 Sahaja.

5 benda dalam beg saya
1. Dompet.
2. Handphone Motorola.
3. Bedak dwi fungsi
4. Lip balm
5. Barang rencam entah hape-hape. Sampai screw almari yang dah tercabut tu pun ada juga. Hehehe...


5 benda dalam dompet saya
1. Mykad
2. Lesen memandu kelas B2, D yang dah setengah tahun mati.
3. Kad Maybank
4. Kad klinik.
5. Resit-resit ATM dari zaman bila tah. Duit langsung tak ada dalam dompet tu. Uhuk!

5 benda kegemaran dalam bilik istimewa
1. Lemari baju.
2. Meja solek (perlu untuk tengok cermin je)
3.Tilam jenama Getha. Tak suka guna tilam spring. Dari kecil dah biasa guna tilam getah ni. Dulu ada brand Dunlop. Tilam getah ni pun harganya sama macam tilam Vono tu. Eh, apa merapu cerita pasal tilam ni?
4. Bantal kekabu import dari kampung. Buat sendiri tau.
5. Kipas syiling.

5 perkara yang ingin dilakukan
1. Balik kampung.
2. Buat rumah kat kampung.
3.Jadi ahli kariah kampung. Benci duduk kat tengah KL ni. Aku budak kampunglah!
4. Pergi Mekah sekeluarga
5. Cuba semua genre penulisan

5 perkara yang sedang dilakukan
1. Menaip.
2. Pandang monitor
3. Bersila atas kerusi
4. Hembus-hembus nafas melalui mulut, sebab hidung sumbat.
5. Mengelip-ngelipkan mata.

Itulah jawapan untuk Tag yang diberi oleh dua penulis KD, Syima Syawal dan Dewi Sukma. Layan....

12 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Boleh tak Dik Nin tambah lima lagi?

5 manuskrip yang sudah dihantar kepada penerbit, 5 manuskrip yang sedang ditulis, 5 karya sendiri yang paling disukai, 5 orang guru yang paling disukai sewaktu di tingkatan enam dahulu dan ehemm 5 jenis ikan yang selalu dimakan sewaktu balik kampung. Asal balik kamupung je cari ikan.

Terima kasih.

MYA MARJA said...

Salah eja pula.. kampung la bukan kamupung...

Achik_Sufi said...

salam,
moga c hat slalu...
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

dEW! Sukm@ said...

Salam AN,
Eh, biar betul ada screw almari? Kalaulah boleh, entah2 dgn almari2 sekali disumbat ke dlm beg tu?! Hehehe.. kat mana ada jual tilam Getha tu? kita nak ode satu le, tilam spring tu lama2 buat sakit badan aje, kan? Sesekali tidur beralas bantal kekabu di atas tikar mengkuang pun best gak mcm kat kampung dulu2!
Hidung dah ok? Kesian.. dah nasib tinggal di tengah ibukota, tentulah byk pencemaran.. sabar ajelah k, take care!

Sastri said...

wow... banyaknyer barang dalam beg tu... skru pun ada ek... :p

Abang Long said...

Wahai Adinda Sifu Ainin. Abang Long rasa, ada lagi benda dalam beg tangan yang tidak dimaklumkan.

Ainin Naufal said...

Kang Mya,
5 yang lain-lain tu rasanya tak de. tak mampu lagi. hehehe. minggu ni balik kampung lagi dan cari ikan lagi. :P

Achik,
Memang sentiasa ingat. tapi manusia yg satu ini terlalu lemah dan sering alpa. Oh, Tuhan...

Kak Dewi,
Itulah dia, kalau blh memang nak sumbat segala macam benda, macam poket doraemon tu. hahhaa...
Tilam Getha tu ada jual kat kedai perabot. tak ada masalah nak cari tu. tilam getah sejuk dan tahan lama. dulu brand Dunlop, dari kecik pakai sampai skang masih ada lagi kat kampung.

Sastri,
macam2 ada. minyak angin, paper clip, getah rambut, buku nota, paku, butang baju yg tercabut, hmm... byk lagi la, sampai x lalu nak sebut. huhu

Abg Long,
Tak larat nak sebut. Tag minta 5 benda je, tp sebenarnya mmg byk lagi nk disebut. ekekeke...

khairyn said...

oh saya pun suka tilam getah. Arwah pakcik pernah beri satu tilam getah single untuk saya. seronoknya tidur.. err atau saya memang suka tidur.
lalala

Serunai Faqir aka SF said...

Apa 5 perkara yg kau tak suka dalam penulisan? Hahaha

Latiptalib said...

Satu perkara yang saya harapkan

Pesta buku Tahun 2008 jumpa Ainin Naufal di booth PTS kita sama-sama romosikan buku hehe.

Ainin Naufal said...

khairyn,
Tilam getah memang best dan tahan lama. sejuk jeeee.


Sf,
1. kena ikut teori itu ini. ini tak boleh, itu tak boleh. ekekeke

2. penerbit yg cakap mcm kaf lam ya nga.

3. nak menulis tp diserang sakit M.

4. tiba-tiba mati akal, hilang akal dan hilang ingatan masa menulis.

5. tiba-tiba blackout. wakakaka...


Pak latip,
Ya, mudah-mudahan kita akan jumpa bookfair thn depan.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam,

Iklan Motorola ekk... :D

Kalau tak simpan dalam dompet, duit simpan di mana pulak ekk..Tak Musykil..

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak!