Sunday, August 19, 2007

Brownies dan Mountain.


Petang beberapa hari lalu, tiba-tiba demam coklat menggempur rasa. Ah... nakalnya perasaan!
Sabar... sabar. Buat-buat bodoh, buat-buat tak reti.

Seminit, dua minit. Bertahan.
Sejam, dua jam. Boleh tahan.
Empat jam, lima jam. Tak boleh tahan.

Cekatan di dapur, klentang-klentung....

Akhirnya,
Jeng jeng jeng!

Brownies!
Melimpah ruah dengan rasa dan aroma koko. Mewah, kaya, penuh dengan cip coklat.
Wallaaah!

Lebihan adunan dituang ke dalam acuan mini muffin. Dan, bila masak...

“Ibu, abang nak makan ‘mountain’.”

Hek? Perkasa tahap petala bumi jejaka kecil ini! Nak makan ‘mountain’?
Dua tiga biji brownie mini lesap! Hahaha... ‘mountain’.
Terlebih serbuk penaik agaknya, sampai jadi macam ‘mountain’.

Apapun, yummy!
Menanglah perasaan. Puaslah hati.
Nyampah!

10 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

Wow kau pun suka makan coklat ya? Lu sama dgn gua lah beb! Hehehe
Patutlah sihat ..akekeke

©Opah De said...

Alahaiiii yong... ekekekeekeke... dah puas makan baru menyampah. Sabo je aku. Napa tak pos seketul brownies tu ke sini? Huhu... teman pun tengah demam cokelat ni hah tapi malas nak masak.

Abang Long said...

Wahai Puan Sifu Ainin. Nanti, bila Pesta Buku, Abang Long akan berikan coklat dari luar negara. Memang sedap.

Latiptalib said...

Ainin Naufal,

Apa khabar? Semoga sihat dan ceria. Boleh hantar emel dan no hp Ainin ke emel saya? senang nak bertanya khabar hehe

abdul_latip@hotmail.com

khairyn said...

hoho muffin

tripple coklat muffin - 4 for a £ hahaha. BEST!

Ainin Naufal said...

Sf,
sukeee... tak kisah le 'sihat' pun. makan 'sihat' tak makan pun 'sihat' gak. baik makan je. huhu.

Opah,
tu la pasal. makan dulu, dh puas baru la nyampah. ekekeke

Abg Long,
tunggu pesta buku? lambat lagi tu. hmmmmm...

Datuk Latip,
Ok nanti saya emel, ya. terharu rasanya... ;D

Khairyn,
uuiiii... bestnya. kat sini lagi murah kot. hehehehe.

ayumkay said...

fuyyoooo brownies tuuuu.. nak ler skit yang. oooo ske coklat ekkk. bila besday AN? nak bagi coklat :)

Sastri said...

salam kak... wow... buat muffin yaa... sas sekarang kena kurangkan coklat... tapi bila akak citer pasal coklat ni, teringin plak nak mamam... dah lama rasanya tak mamam Patchi...

blackpurple @ jowopinter said...

xnlpKalau saya nak order boleh?

He he he.

Ainin Naufal said...

Kak Ayu,
Nak kasi coklat? Alahai, tak payah la tunggu besday. Nak tunggu besday, thn depan le gayanye.

Sastri,
Oo... larangan makan coklat ek? Oh, sedapnya coklat! srrrupp!

BP,
Nak order? Alahai, belum layak terima order le.