Monday, August 06, 2007

Budak-budak

Budak Bandar Balik Kampung.
Anak : Mama, nak be**k!
Mama : Pergilah ke tandas.
Anak : Tak pandai. Nak tandas duduk.
Mama : Pakai 'pampers'. Be**k dalam tu je.
Budak Kampung Pergi Bandar.
Anak : Mak, nak be**k!
Mak : Pergilah ke tandas.
Anak : Tak pandai. Nak tandas cangkung.
Mak : Pakai 'pampers'. Be**k dalam tu je.
Kalau seminggu di kampung/bandar, seminggulah juga anak 'melepas' dalam lampin pakai buang.
Ibu-ibu hilang akal sekejap.

11 comments:

blackpurple said...

Anak-anak tak apa pakai 'pampers'. Jangan emaknya, dahlah...... ha ha!

Anonymous said...

Kadang2 aku fikir kenapa ya anak2 sekarang tak pakai kain lampin mcam dulu2 ek? Aku tanya mak aku, dia kata orang sekrang pemalas! Hehehe tak tau ler aku takda anak lagi...

SF

khairyn said...

hmm.. bonda saya pernah 'siksa' kakak dan kami salin lampin kain anak2 kakak saya.. adeh! Letih, tapi kelakar sebab masing2 tunjuk skil ikat plastik 'water proof' hehehe

Abang Long said...

Setuju dengan blackpurple, kalau si emak pulak yang pakai 'pampers', macam mana pulak ?

Penggunaan 'pampers' jauh lebih baik dari segala segi, berbanding penggunaan kain lampin.

Teringat diawal tahun 70'an, terpaksa bawa timba dan gayung ke dalam tandas, nun jauh dibelakang rumah, sesekali ditemani suara burung hantu .... alahaiiiii

Sastri said...

dah besar2 nak ke diaorang pakai pampers? :p

Ainin Naufal said...

Bp,
Kalau maknya, mmg terlampaulah tu. ehehe...

SF,
Sebab sekarang lampin pakai buang dah banyak, dan rumah sekarang susah nak masuk matahari. Bayangkan le rumah tinggi yang aku duduk ni, sidai kain pun dalam rumah. huhu...

khairyn,
saya dulu pun biasa pakaikan lampin adik2 dgn kain lampin dan plastik tu. Tak jadi masalah tu. Kira expert gak la. hahaha...

Sastri,
Ni kes budak2 umur 3-4 tahun yang tak pandai guna tandas cangkung (budak bandar)dan tandas duduk (budak kampung). Sekarang sedang mengalami masalah ni...

Abg Long,
Hahaha... betul tu. Dulu mana ada 'pampers' macam sekarang. Itulah yang paling haru kalau balik kampung. Nasib baik tandas di rumah kampung sekarang dah ada dalam rumah. Cuma masalahnya adalah tandas cangkung. Budak bandar tak retilah. Kalau si nenek pergi ke bandar pulak, satu hal. Tak pandai guna tandas duduk. Aduhai... sbb tu si nenek nak cepat balik je. huhu.

©Opah De said...

Betul cakap SF. Orang sekarang malas dan suka membazir. Kalau pakai kain lampin yang jarang-jarang tu, sahih lepas sepuluh tahun (tiga orang anak lerrr), duit beli pampers tu boleh beli banglo sebijik...huhu. Pastu, kalau basuh kain lampin tu, tak payah bayar yuran gym utk dapatkan tangan macam Madonna... ekekekekekee... cakap orang yang tak ada anak. Tapi.. jangan main-main, masa kecik akak basuh lampin tiga orang adik tau... siksa... huhu. Bayangkan sehari, 30 helai lampin. Kalau semuanya air, tak apalah jugak... uwekk kita dibuatnya... huhu. Sihat?

Anonymous said...

Pin untuk lampin 'tradisional' ada jual lagi ke sekarang? Pin besar yang comel-comel. Ada pin kepala beruang, gajah, kucing, unta. Eh, unta ada ke? Pak Arab dulu-dulu mungkin pakai pin kepala unta.
-kangaq

zalisa maz said...

Lampin pakai buang ek? Hmm... Anak2 kak dah besau2. Dulu macam nilah masalah yg kak lalui

Ainin Naufal said...

kak Opah,
Bukan malas faktor utamanya. Tapi faktor rumah di bandar yang tak ada ruang sidai. Rumah yang tak nampak cahaya matahari pun banyak.
Anak sulung dulu mmg pakai kain lampin. Tp susah betul nak sudai. maklumlah rumah tinggi. huhu.
Bg mak-mak yang bekerja tu, satu hal. Rasanya tak ada baby sitter atau nursery yang sanggup tukar ganti lampin kain tu... huhu. Kalau di kampung rasanya tak ada masalah, kecuali kalau nak berjalan jauh je.

kangaq,
Pin tu ada jual lagi. Anak aku guna pin tu lagi. Gambar unta x pulak aku jumpa. hahaha...

Kak Za,
Anak-anak dah besar mmg la tak pakai dh. ha ha ha...
Kalau nak guna tandas cangkung ke, tandas duduk ke, x de masalah juga.

ayu_mkay said...

heheheh penah suatu ketika diriku juga melalui situasi iteww. tapi skang alhamdulillah semuanya under control :).

harap mak2 banyakkan sabar ye.