Monday, October 22, 2007

Kali Pertama


Ya, inilah kali pertama buku saya direview di surat khabar. Tarikhnya, jatuh pada hari raya pertama. Sebelum ni tak pernah tau. Emm... tapi entahlah kalau pernah, tapi saya saja yang tak tahu. Selepas mendapat sms mesra dari seseorang yang memaklumkan hal itu kepada saya, maka saya pun mula merengek-rengek manja versi mengada-ngada, minta dibelikan Berita Harian, walaupun dua surat khabar telah kami baca pada pagi itu.
Apa ulasan yang tertulis saya tak ambil peduli sangat. Paling penting adalah bintang. Tuu... bintang merah di bawah sekali tuuu.... hehehe.
Kepada adik-adik yang belum mendapatkan Budak Unik terbitan KarnaDya Solution, jangan malu dan segan, sila dapatkan di pasaran. Kepada mak dan bapak adik-adik, kalau nak belikan kepada adik-adik pun tersangatlah dialu-alukan. Sila-sila....
Terima kasih kepada KarnaDya Solution.

9 comments:

Rizyani said...

Tahniah Ila..Semoga tidak jemu utk terus berkarya..

ayumkay said...

tahniah! semoga ia akan terus membakar semangat mu utk menulis dan menulis.

waras yo :)

Mersik said...

Syabas dan tahniah daun keladi.. semoga akan dapat banyak lagi bintang2 yg bergemerlapan menyinari hidupmu..

chewahh... kekekekek

Abang Long said...

Salam lebaran wahai adinda Sifu Ainin.

Siapkan pen dirumah !

umaq_eiman said...

patutlah semangat semacam jer...
tahniah nyway.. akak memang layak dapat 4 bintang bukan Mila jer... ngeh3x

blackpurple @ jowopinter said...

Untuk adik-adik rupanya. Abang-abang boleh baca tak? :Dk

Apapun, tahniah!

Ainin Naufal said...

Kak Ida,
TQ, doakan semoga terus bersemangat.Kak ida pun apa kurangnya.

Kak Ayu,
Doakan adikmu ini. Waras... waras.

mersik,
hahaha... harap2 macam tu le. amin.

Abg Long,
Pen memang banyak dalam rumah ni. Pilih je mana satu nak.

Umaq,
hehehe... syukran. Err... sapa itu Mila? Akak kenal Milo je dik oi. ekeke...

BP,
Khas untuk adik-adik. Tapi kalau abang adik-adik nak baca pun teramatlah digalakkan. hehe.. sila-sila, jangan segan.

dEW! Sukm@ said...

Amboiii.. bukan main lagi cik kak ni.. seronok naa dpt 4*.. kaler merah lagi.. auwww! (gaya ala2 2 org budak lembik, Mirza dan Syafiq)

Ainin Naufal said...

Kak Dewi,
Aauuww... hui seronok, sapa tak seronok. hahaha.