Tuesday, November 06, 2007

Terapi Minda

Selesai semua tugasan dan penulisan, terasa ingin melupakan sebentar hal-hal rutin yang meletihkan kepala otak. Minda pun perlu direhatkan, walaupun sebenarnya bukanlah berat sangat hal yang difikirkan hari-hari (tak berat ke?)

Kebetulan esok kami akan berziarah ke rumah mak cik-mak cik kami. Hasil dari terapi minda saya ni boleh juga dijadikan buah tangan untuk mereka, apatah lagi kedua-dua mak cik kami punya anak-anak yang masih kecil.


Taadaaa! Inilah hasil pertama. Yang ini sedia dibawa ke rumah mak cik kami. Hasil kerja orang yang tak pernah berguru.

Terapi minda ni berjaya melenyapkan rasa lelah saya. Terasa lapang dan lega. Hasil kerja itu pula menjadikan diri ini seronok, walaupun tak sebagus mana.


Yang ini pun sedia untuk pergi. Ada jamuan raya di pejabat bf. Jadi kena buat lagi. Kali ini bukan terapi, tapi kena buat juga sebab dah janji. Err... cuppies tu comel (perasan) sebenarnya, cuma gambar tu yang membuatkan ia tak comel.


Bagi anda yang sering ditekan kerja, lakukanlah terapi minda dengan cara yang anda sukai. Anda akan merasai perubahannya.
Ada sesiapa nak tempah? Anda dijamin tidak akan mengalami keracunan makanan. hahaha....

11 comments:

Abang Long said...

Wahai Adinda Sifu. Ada ketikanya menangis diatas sejadah juga terapi minda yang berkesan.

Sastri said...

semasa bekerja di kampung dulu, memang 'baking' tu salah satu cara nak mengurangkan stress... tapi bila dah kerja kat KL, terapi itu tidak dapat lagi sas lakukan kerana ketiadaan peralatan dan oven... jadi beralih kepada membaca ataupun menonton sahaja...

Manjlara said...

atasi tekanan dengan melakukan sesuatu yang kita sukai, setuju! sbb kadang2 kita melakukan kerja yang tidak kita sukai untuk sesuatu tujuan (wang/gaji), tentulah tertekan.

*hasil kerja org yg tak pernah berguru? eh, terasa macam nak berguru pulak dengan awak!

Yang bernama Siti said...

Kalau ke rumah makcik-makcik saja ke bawa buah tangan ni? Kalau ke Seremban, bawa tak?

© Oshun/EM Muhammad/Nadia Emarele Muhammad said...

Salam Halle...
Lakukan apa saja yang terlintas di hati (yang baik-baik saja tau. Bunuh orang tak termasuk!!!) untuk menenangkan hati dan merehatkan otak. Warna-warna cuppies yang ceria menceriakan hidup OD hari ni, apatah lagi kepada orang yang menyediakannya. Semoga mendapat keberkatan. Minat + Usaha = Rezeki. Semoga jadi jutawan (kalau belum jadi lagilah). Amin dan mwah.

Ainin Naufal said...

abg long,
bukan saja terapi minda, tapi juga lebih kepada ketenangan jiwa. amboi, dengarnya bertukar 'wajah' di open house alaf.

sastri,
uuuii.. boleh beli peralatan sume tu. nanti kawin senang, x payah beli dah. hahaha.

Kak Lara,
nak berguru? alahai... jangan lee. karang dpt ajaran sesat.

Kak Siti,
Tatau le bila boleh jejak N9 tu. kalau berbesan dgn org sana kot. hahaha.

Kak Elee,
Jadi jutawan dlm rupiah dah kot.
Doakan la jadi jutawan USD pulak. ngehehe...

Mersik said...

Wah.. cantiknye cuppies2 tu.. Rasa tak sampai hati plak nk makan.. hik hik

ayumkay said...

belum berguru tapi cuppies2nya sudah cantik begitu dah tentunya sedap.. ishh ishhhh bleh berguru ni.

atasi tekanan dengan melakukan sesuatu yang kita sukai...setuju banget!

waras yo :)

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Sekali pandang macam butang besar buatan sendiri. Dua kali pandang macam lilin bulat buatan sendiri. Tiga kali pandang macam.. eh, rupa-rupanya makanan buatan sendiri! Tahniah le...

Mana Cikgu Odah ni? Mentang-mentang jadi guru sementara, sekali sahaja masuk ke dalam kelas!

Latiptalib said...

Setelah letih menulis memang elok rehatkan fikiran atau lakukan terapi minda. Saya masih ingat petua yang ainin beri. Makan coklat bila rasa letih. makan coklat dapat tambah tenaga. makan coklat awet muda. hehe.

Ainin Naufal said...

mersik,
klu sayang nak makan, letak kat frame. ekekeke.

Kak Ayu,
Huii... berapa sanggup bayar yurannya? Mahal tau. akakaka...

Kang Mya,
Terima kasih, saja suka-suka. Alahai, Cikgu Odah sibuk dengan anak murid dialah tu. Nanti-nanti dia masuklah. hehehe.

Pak Latip,
Ya, betul. Macam mana Pak Latip rehatkan minda? Makan coklat ya? hehehe