Monday, January 21, 2008

Adik Dah Besar!


Amacam? Ada rupa bakal penulis tersohor tak?

Hari ini (baca: semalam), Adik cukup-cukup tiga tahun. Dah besar, makin nakal, bertambah akal. Makin becok. Bercakap tak henti-henti bertanya itu ini. Letih betul nak melayan. Kalau disuruh, pandai betul cengkelat. Macam-macam alasan diberinya. Geram dibuatnya. Tapi dalam geram, hati terasa bagai digeletek. Bakat imaginasi Adik mula terserlah. Selalu bercakap-cakap sendiri ketika bermain, siap dengan suara-suara yang berbeza. Ni semua pengaruh Uncle yang suka buat suara Sunyo itulah.

Mini kek coklat gebusss bersiram ganache dengan edible 'Pooh and Friends'.

Sempena hari lahir Adik yang jatuh pada hari minggu, ibu buatkan mini kek coklat gebusss, ayam panggang lada hitam baling-baling, trifle hentam sajalah dan pasta goreng suka hati mak. Lebihan adunan kek, ibu masukkan dalam cawan kertas. Maka jadilah kek cawan coklat ekspress. Suka betul Adik makan. Badan saja kecil, tapi selera besaaar.

Kek cawan ekspresss. Togel, belum disolek lagi.

Kek cawan ekspresss. Corak semak berumput layu, sebab krim mentega terlalu cair. Salah sukat bahan. :P

Ayam panggang lada hitam baling-baling. Tergaring sikit kulitnya, sebab kandungan gula dalam sos agak tinggi. Gula buat kulit ayam cepat hangus. Adeh....

Trifle hentam sajalah. Resepi cedok dari banyak sumber, ubah suai ikut selera sendiri.

Dalam khemah dan ada bantal. Hmmm... kalau pergi berkelah, boleh bawa.

Tahun ini Adik dapat hadiah khemah mini untuk main pondok-pondok dalam rumah. Hahaha….

Selamat hari lahir, sayang. Semoga jadi insan berguna, jadi anak yang solehah dan cemerlang di dunia dan di akhirat.

12 comments:

ayu_mkay said...

pesanan utk adik : selamat hari lahir juga untuk adik.

semoga menjadi anak yang solehah & berjaya dunia akhirat.

pesanan utk ibu plak : semakin hebat dalam menghias kek. teruskan usaha, semoga berjaya.

seng gareng kuilah seng enakkan..krius krius di pangan.

waras yo :)

Serunai Faqir aka SF said...

boleh hilang akal tgk makanan banyak macam ni! hehehe

MYA MARJA said...

Selamat hari lahir dan cemerlang dunia akhirat. Macam emaknya... :P

Abang Long said...

Wahai Adinda Sifu Ainin Gadis Pingitan Yang Pemalu. Diucapkan selamat ulangtahun hari lahir buat anakanda si kecil. Rasanya si kecil itu lebih baik dari ibunya waktu kecil, rasa, rasanyalah.

Ainin Naufal said...

Waras, Kak Ayu,
Kejap saja dah besar. Emm... tak la hebat lagi. Belajar sendiri sikit-sikit. Manalah tahu akak nak tempah kemudian hari, masa tu dah pandai. hihi.

SF,
Kalau hilang akal, jangan ada sesiapa yang salahkan aku sudah le. kekeke.

Kang Mya,
Terima kasih. Begitulah hendaknya. Psst... maknya belum cemerlang lagi. Doakan untuk itu, ya.

Wahai Kanda Long si Teruna (?) Tak Berapa Nak Malu,Terima kasih. hik hik hik. Mak dia kecik-kecik dulu baeekkk. Anak dia pun baeekkk jugak. hehehe

Yang bernama Siti said...

Hm... banyak betul peluang untuk makan-makan ya...

Untuk adk yang comel dan cun, tahniah! Semoga jadi anak yang solehah.

khairyn said...

oh selamat ulangtahun untuk adik. Semoga menjadi anak yang solehah dan ikut cakap ibu.

err... ibu err.. ayam la bu.. ayam tu seksih!!

hakim dirani said...

Adik, abang jua doakan adik jadi penulis. macam ibu juga.

berselera saya lihat kek yang akak buat tu.

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat Hari Lahir dik. Semoga menjadi anak yang beriman. :)

Sebijik macam rupa emaknya la... Hehehe!

Sedapnya, buat makan-makan tak jemput pun yek...

Manjlara said...

itu sape, ainin ye? comelnyerrr... ainin, byk wat makan2 rajinnye! abis, malam2 budak comey tu titun kat dalam khemah tu ke? ekekeke..

Ainin Naufal said...

Kak Siti,
hehe... rosak lagi diet eden.

Ryn,
ayam tu seksi dan nude. hehehe.

Hakim,
Terima kasih atas doa. Akak jemput jamu mata je la ek.

BP,
Ada rupa mak? Pernah nampak mak dia ke? ;P Buat makan anak-beranak je.

KAk Lara,
Ya, itulah dia. Khemah tu pasang kalau main pondok-pondok je. Susah nak pisah tidur dgn mak dia.

Sastri said...

selamat hari lahir Adik... lawa sungguh paras rupanya... pasti menggegar jiwa jejaka bila besar nanti... semoga membesar jadi anak yang solehah dan bertanggungjawab serta berjaya...

Ibu terenya masak... Sedapnya makanan2 yang Ibu sajikan untuk sambut hari lahir Adik... nyum nyum...