Friday, May 09, 2008

Guru

Bulan ini guru diraikan. 16 Mei, hari guru.

Dulu-dulu, murid takut dengan guru. Takut dan hormat. Rotan guru ada banyak 'sakti'.
Sekarang murid-murid, kalau jumpa guru pun main jeling-jeling. Rotan guru pun dah tak nampak lagi.

Mak bapak dulu, kalau jumpa guru tak lupa pesan, "Didiklah budak ni. Kalau dia nakal, tak dengar kata, rotankan."

Mak bapak sekarang, pantang guru cuit anak sikit, "See you in court!"

Ingatkah kamu guru-guru yang pernah mengajar 1,2,3 ABC dulu? Berapa ramai yang masih ingat? Sila angkat tangan!

Cikgu, terima kasih atas jasa kalian yang mengajar aku sehingga aku menjadi 'manusia'.

Guru-guruku ; Cikgu Salbiah, Cikgu Akhiar, Cikgu Ambriati, Cikgu Shamsudin, Cikgu Hashim, Cikgu Liza, Cikgu Yusof, Cikgu Salasiah, Cikgu Kamariah, Ustaz Wahab, Ustazah Misbah, Ustazah Rahimah, Ustazah Fatonah, Ustazah Hasni, Ustazah Nurul Ain, Ustaz Mohammad, Ustazah Sawiah, Cikgu Kamarul, Cikgu Afid, Cikgu Halim, Cikgu Safura, Cikgu Rosmawa, Cikgu Anuar, Cikgu Ridzuan, Cikgu Hamidah, Cikgu Noraini, Cikgu Murtaza, Cikgu Salmah, Ustazah Masirah, Cikgu Kamaruzaman.

Ada di kalangan mereka yang sudah arwah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Juga tak lupa kepada sahabat-sahabat saya yang bergelar guru. Tak payah saya sebutkan, kerana saya yakin mereka akan perasan dan sedar diri mereka.

Selamat Hari Guru!

6 comments:

khairyn said...

untuk semua guru-guru, selamat menyambut hari guru yang bakal tiba.

Dua cikgu yang paling aku ingat namanya - Cikgu Morris (sebab sempena nama Morris Minor) yang mengajar aku masa darjah 2 dan cikgu Hamidah yang mengajar sains tingkatan 2 dan Biology tingkatan 4 dan 5.

Terima kasih buat semua cikgu yang telah mendidik aku jadi aku yang sekarang. Termasuklah emak sebab dia pun bekas cikgu gak hehehehe

Abang Long said...

Wahai Adinda Sifu Aini, Gadis Pingitan Yang Amat Pemalu. SELAMAT HARI GURU.

en_me said...

lambat lagi hari cikgu ittewww.. ammvoii tak sabor2 yer..

Eila said...

SELAMAT HARI GURU!!!

Ainin Naufal said...

khairyn,
Cikgu aku tak ramai, sebabnya dorang ni selalunya mengajar banyak subjek. Dulu-dulu tak kira subjek major bagi seseorang guru kecuali guru agama. Dia mengajar BM, dia juga ajar M3, dia jugalah ngajar Seni. Tahun ni dia jadi guru kelas aku, tahun depan pun dia lagi sekali naik jadi guru kelas. Tapi aku sayang semua cikgu aku walaupun agaknya dia muak, balik-balik asyik tengok muka aku je. haha.

Abang Long Yang Lemah Longlai,
Belum layak jadi gurulah. huhu.

en_me,
Tak lama lagi. Cuma tinggal 5 hari. Ya, memang tak sabar nak buatkan hadiah utk cikgu tadika anak. hihi.

eila,
err... penulis pun guru juga kot. hmm... tapi rasa macam tak sesuai je. apa apa lah....

CerminDiri said...

salam kehidupan,

jadi guru memang memenatkan kerana mereka menabur benih. terima kasih buat semua para guruku.