Tuesday, May 13, 2008

Menjelang Hari Guru

Ahad lepas, kubelikan dua kuntum mawar palsu dalam balutan plastik. Hero teruja sungguh. Uncle Apek kedai bunga itu bertanya, "Mau kasi sapa?"

Heroku menjawab, "Kasi ibu." Dia menunjuk kepadaku. Aku senyum. Ya, memang hari itu hari ibu. Tapi sebenarnya ia bukan untukku.

"Waaa... banyak pandai. Mari sini, uncle kasi gula-gula." Uncle Apek itu mengambil gula-gula Cloud 9 dari balang berisi separuh.

Dua kuntum bunga plastik kubayar, yang disangka oleh Uncle Apek itu untukku. Tak mainlah aku membayar sendiri bunga untukku. Bunga plastik pula!

7 comments:

nUr@dDeEn said...

Kompius.. bunga tu utk sapa sebenarnya hehehehee..!!

Salam kak,
Lama tak lawat sini. Akak sihat? camner perkembangan buku terbaru? ;)

Ariyatna Adri said...

cak...

cak...

cak...

Mersik said...

Ainin , nanti kim salam kat Uncle Apek jual bunga tu ya.. hik hik

alias derais said...

bolehkah sikapmu itu kuanggap poyo atau kerek? tak payah balaslah komen ni. jawab je dalam hati.

ok, selamatlah hari ibu

Ainin Naufal said...

Nura,
bunga tu untuk dua wanita. Akak bertambah 'sihat'. Buku tak de kembang-kembang. Yang kembang tu badan je. huhu

ariyatna,
cak! haha. sori tak jawab sms, airtime ilek!

Mersik,
aisey, payah le nak jumpa apek tu sbb jarang beli bunga kat situ.

cheegu,
aku tak poyo. kerek ... itu memang betul. Tak lupa, riak. muahaha.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Hadiah itu sekadar barangan yang tidak kekal. Yang kekal adalah rasa ikhlas hati yang memberi. Ikhlas dan sayang akan guru, tanda ingatan, tanda kasih. Teringat cikgu-cikgu kita di SUA, bila agaknya nak sampai ke situ lagi? Dari kejauhan, hanya doa setulusnya, sejahtera jua mengiringi mereka.

Abang Long said...

Wahai Adinda Sifu Aini, Gadis Pingitan Yang Amat Pemalu.

Abang Long baru bercadang nak kirimkan kek muffin mainan...hehehehe