Wednesday, September 24, 2008

Raya Datang Lagi


Hari kemenangan semakin hampir! Meskipun begitu, terasa sayang meninggalkan hari-hari terakhir ini walaupun saat tibanya Syawal sentiasa dinanti.


Pantas sungguh Ramadhan meninggalkan kita. Seakan baru semalam ia menjelma. Esok lusa cahayanya makin sirna. Rindu kan tumpah padanya. Terasa terlalu lama menanti untuk bertemu semula.


Jangan gusar wahai bulan mulia. Andai matahari masih bersinar dan nafas ini belum terhenti, tahun hadapan kita ketemu semula. Dengan azam yang baru, moga nanti mampu kuhimpun segala keberkatan di dalammu.


Selama setahun, salah dan silap sudah terhimpun,

Hari ini, kususun sepuluh jari memohon ampun.


Selamat hari raya maaf zahir dan batin.


p/s : Adik-adik, nak duit raya! Ada yang sudi nak beri?



6 comments:

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Nak duit raya boleh tak kak? Bolehlah... kak baikkann...

CerminDiri said...

salam kehidupan,

dari cermin juga buat anda,
salam aidilfitri, betul ke nak bagi duit raya?... besar tapak tangan nyiru saya tadahka.

MYA MARJA said...

Selamat hari raya, Dik Nin. Balik Sg Besar ke raya pertama? Banyak duit raya tu.. :)

Serunai Faqir aka SF said...

Salam hari raya, ampun maaf dipinta juga andai ada terkasar bahasa sepanjang tahun ini.

Sara said...

Nak duit raya?

Bukan tak sudi tapi poket sendiri tengah kering-kontang. Takkan nak pergi korek duit simpanan kott... hehehe

akak, nak duit raya boleh tak? huhuhu

Ainin Naufal said...

kak za,
kakak yang patut kasi pada adik. hihi. Selamat hari raya juga, dan maaf zahir batin.

cermin,
akak minta duit raya, bukan nak kasi duit raya. hihi. Salam aidilfitri juga.

kang Mya,
Yup, balik sana. Hmm.. duit raya sikit je, bajet2. hihi.

SF,
Ya, ko memang patut minta maaf pun. hahaha. Selamat hari raya juga, maaf zahir dan batin. Duit raya mana?


Sara,
Meh datang rumah akak kat kampung. Baru dapat duit raya. :)