Sunday, September 07, 2008

Kisah Sembur dan Hari Ini

i.

Untuk pertama kali dalam sejarah, saya disembur. Oh, sungguh malang sekali. Tak pasti sembur itu sembur-sembur apa. Mungkin jampi serapah buang bala untuk saya kot. Dah kena sembur pun saya masih gelak. Yang tukang sembur pun gelak juga. Tentulah gelakkan saya sebab kena sembur. Ceh, sungguh tiada belas kasihan! Mujurlah tak ramai orang, hanya saya dan tukang sembur saja di situ. Untuk itu saya perlu menjauhkan diri dari mendekati si tukang sembur itu pada lain masa. Mujur juga kena sembur dengan air masak, kalau dengan milo susu ke, teh tarik ke, harus melekit-lekit. Huhu. Nama tukang sembur dan lokasi kejadian terpaksa dirahsiakan demi mengelakkan
berlakunya kejadian yang tidak diingini.

ii.

Hari ini saya suka hati. Ada pembantu yang uruskan segala kain-kain kotor yang menggunung tinggi dalam besen saya. Lalalala ...


Tapi kesian, pembantu itu mula merungut ketika baru separuh kerja-kerja itu dilakukannya. Sakit pingganglah tu, apa lagi. Barulah terasa thrillnya membasuh dengan mesin basuh semi auto yang dah rosak timernya.

Hikmah sakit belakang saya ni kot. Adui, bilalah nak baik agaknya ni?

Sekian sajalah sesi bercakap sendiri - edisi orang tak ada cerita.

6 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

Hehehe ... org nakal memang patut kena sembur! Mujur tak kena sembur racun ...

Adlina said...

Kah kah kah.....Kena sembur yer Kak Ainin?Kesian...Kesian....Ha,amacam?Melah Melia 3 dah siap ker?Kalo Kak Ainin dah siap buat Melah Melia 3,Tolong kasi e-mel di,

linaz365@gmail.com
yer........?

Ainin Naufal said...

SF,
Nakal tapi baik. Hah? sapa nak sembur racun tu?


Adlina,
Insya Allah akak akan beritahu nanti. Tungguuuu.

Kesian kan akak kena sembur. uhukz!

khairyn said...

huh.. beli la mesin basuh fully automatik punya. kekekeke

psstt... rumah aku ada dryer lalalalala (dengan eksyennya)

Ainin Naufal said...

HArny,
Nak dibuang sayang, nak pakai terus, menyakitkan pinggang. Coming soon ler yang baru tu. Hah, kau memang eksen.

Adlina said...

Lagi bagus kalau mesin basuh tu jadi sejarah.
Hehe:D