Friday, August 29, 2008

Merdeka! Selamat Datang Ramadhan.

Selamat mengambut Hari Kebangsaan yang ke-51. Semoga negara kita aman dan bertambah-tambah makmur sentiasa.
Foto : www.heritage.gov.my

Selamat datang Ramadhan al-Mubarak. Selamat berpuasa untuk semua. Segala salah dan silpaku harap diampunkan.

11 comments:

Azri said...

Selamat Berpuasa.
Kalaulah aku boleh kembali ke masa lalu. Setiap kali bulan puasa tiba, mesti empat muka 'yang perasan hensem' dulu akan menjelma dalam fikiran. Susah betul nak men'delete' muka panik Usop, Profesor Serba Tahu Rahman, Si poyo macam bagus Mizan, Khafiz Romeo dan Khasan yang asyik blur dan selalu m.i.a tuh.

Apapun, diaorang tetap aku jumpa bila balik kampung... Khafiz, engkau memang banyak menyelamatkan aku yang asyik 'jiwa kacau' je hari tuh.. he he manusia memang tak akan terlepas dari ujian... Kalau engkau nak tahu, dia ni dah jauh beza dari masa kat sekolah dulu... Rahman, partner in crime, masih tinggi macam dulu. Khasan hari tu datang rumah. Usop, aku lupa nak bagi engkau tiket HSM la.. Diaorang ni memang selalu aku jumpa. Mizan, dah agak lama aku tak jabat tangan. Maklum le.. jauh.

Kalau engkau nak tahu, aku jumpa Jamaluddin classmate engkau kat SUA dulu. Jumpa kat ****** *** sampai 2 pagi. Kitaorang ada gak cerita pasal engkau. Cerita baik-baik je... tapi takkan aku nak aku nak cerita kat sini plak kan?

Engkau jangan marah yek aku cerita panjang lebar ni... Sementara ada kesempatan 'menziarah' ruangan engkau ni. Raya nanti bolehlah jemput kawan-kawan lama kut? Aku tak pernah naik rumah engkau... mesti best...

Berbalik pada kenangan lalu, teringin rasanya terbang macam Wonder Pets ke terowong masa dan kembali ke tahun 1993. Memanjang happy giler, tidur senyum, tengok tv senyum, masa periksa pun 'senyum'.

Bukan tak nak cerita apa yang best masa kat SAMTAJ dulu, tapi takut anak-anak kitaorang baca pulak blok engkau ni nanti jenuh pulak nak menjawab.. Engkau bukan tak kenal 'ma'am' Usop tuh... berpeluh dia kang kene soal siasat. Ooops! (note:- tolong abaikan perenggan ini sebab status kitaorang sepatutnya dalam kategori 'unknown'). Apapun kalau nak tahu, girlfriend memang kitaorang belum ada lagi :P

Apa lagi nak cerita? Aku tanya engkau pulak lah ye...

Berkaitan dengan kerja aku, sekarang ni aku tengah mem'plan' untuk mengadakan kempen yang aku sendiri pun tak faham. Memang tujuan utama ialah $$$ dari penaja-penaja korporat tapi matlamat utama ialah memangkin sesuatu yang baik selain sebab boss aku yang suruh. Hampeh betul!!

Kalau ada kesempatan, boleh kita communicate melalui e-mail je minggu depan. Kempan untuk kanak-kanak dan remaja ini akan menggunakan pelbagai platform; tv, radio, aktiviti di sekolah, hospital dan rumah-rumah anak yatim selain acara-acara yang engkau biasa dengar tu... Malas nak sebut nanti Ustaz Rahman tau aku kat dalam tu... malu ooo...

Satu lagi, aku nak highlight engkau dan novel engkau dalam satu program boleh? aku takde bahan ni... Nanti aku explain dalam e-mail ya...

Eh! aku tadi nak buat kerja... Jumpa lagi

Assalamualaikum
-Azri-

sf said...

Puasa ke tuh? hehehhe

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Selamat menjalani ibadah puasa, Dik Nin.

Sastri said...

selamat berpuasa dan bersolat terawih kak... :D

ayumkay said...

salam Ramadhan :)

akak pun macam tu jugak ya AN. salah & silap mohon dimaafkan.

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat menghayati idabah puasa dengan sebenar-benar penghayatan. :)

Ainin Naufal said...

Woi Azri pakwe lamaku!
Selamat berpuasa juga utk engkau yang dah berkurun tidak kutemui. Ya, aku memang teringat korang yakni teruna2 yang duk menyewa @ jadi jiran arwah Ustaz Hussin. Hahaha. Korang duduk dengan penunggu!

Khafiz, aku tak pernah jumpak langsung sejak abes skolah. Khasan ada juga jumpa 4-5 thn lepas kot. Yang lain2 tu hampeh tak nampak bayang. Yang selalu aku jumpa si Muzay, sbb dulu dia selalu lepak rumah aku. Zainab, aku jumpak open house thn lepas kat rumah Muzay n latest kat majid tg. karang masa singgah solat nk balik kampung.

Zack, (pakwe lama yg selalu gaduh dgn aku tu), dh jadi org no.2 penting kat Labuan nun. Bangga aku beb korang semua dah berjaya. Engkau pun dh jadi puak penting kat media gergasi tu. Aku je yang masih macam ni, merangkak-rangkak. huhu.

Weh pakwe, silap la. Jamal bukan classmate aku. Tapi aku pun tatau camne boleh ngam dengan dia. hehe. Last aku jumpa masa majlis dia, siap mengarak sekali.
Apa le yang kau umpatkan dengan dia tu ek? :P

Aku tak marah pun. lagi suka ada la tetiba je pakwe lama muncul dalam blog giler aku ni. Terubat rasa rindu pada zaman muda belia dulu (sekarang pun masih muda belia lagi. muahaha). Engkau semua memang 'jahat'. Aku jahat sikit-sikit je. :P . mampuih kalau generasi bawah korang baca blog aku ni. wakakaka.

Weh, aku pun tak pasti sama ada engkau masuk lagi ke tidak dalam blog aku ni, so karang aku taip byk, ko bukan tau.

Nanti aku karang emel panjang berjela untuk engkau, khas dari awek lama tipu-tipu kau nih.

Weh, ko nk highligt aku?






SF,
Puasa la! Aku taulah awek ko pose penuh tahun ni.


Kang Mya,
Waalaikumsamal. Selamat berpuasa dan selamat beribada juga untuk kakang.


Sas,
Selamat juga untuk kamu. Dah siapkan list tempat berbuka? :P


Kak Ayu,
Ya kak. Semoga kita semua mendapat keberkatan-Nya.

BP,
Begitu juga untuk kamu. Amin.

Ainin Naufal said...
This comment has been removed by the author.
khairyn said...

errr... dah beli baju raya? tempah kuih raya? Dah plan nak buat rumah terbuka raya? muahahahahahha


Ramadhan mubarak untuk mu

Ainin Naufal said...

Ryn,
Oh, sungguh bagus soalan kau itu. Ya, semuanya siap! Ngehehe. Best tau kat sini merewang di bazaar ramadhan, bubur lambuk kg. baru. Fuh.

Salah ramadhan jugak untukmu yang jauh.

Anonymous said...

Selamat Berpuasa.....
Berpuasa biar penuh tau!Sape x pose penuh dier memang rugi....X dapat makan biskut paling sedap....

Kikikikikkikkikikikikikikiikikikikikikikikikikikikikikikikikikikikikiki
sedap sangat ler tu....
Adoi sakitnyer perutku nak terberak rasanyer coz dah 2 hari aku tak berak....

ADOI!Sakitnya mencucuk-cucuk!Kena pergi jamban sekarang nih!!!!!!!!!!

Bersiap-sedia jamban ini Adlina datang!!!!!