Monday, August 18, 2008

Selamat

Cuti sekolah sudah bermula.

Selamat bercuti kepada adik-adik yang bercuti.
Selamat bercuti kepada ibu bapa adik-adik yang bawa adik-adik bercuti.

Sesiapa yang nak ambil UPSR, PMR, SPM dan lain-lain lagi, pandai-pandailah macam mana nak bercuti.

Selamat bercuti-cuti dengan sepenuh hati.

Semoga selamat semuanya.

Erm ... ada sesiapa yang kecewa pemain badminton gagal raih emas? Ok, kalau ada yang cakap saya tak patriotik, silakan. Tapi, syukur alhamdulillah selamat duit rakyat Malaysia (walaupun dah terbabas beberapa ratus ribu). Senang betul sekarang ni nak jadi wira negara ya. Tak payah gadai nyawa angkat senjata di perbatasan, atau tunjuk skill kecerdikan yang gila-gila pun boleh jadi wira. Ada sesiapa nak merentas lautan Artik secara solo untuk dapatkan title wira negara? Balik nanti mesti dapat dato'. hehehe




12 comments:

Abang Long said...

Jangan bercuti dari menulis.

syimasyawal said...

betullah Ainin buka si TPM tu kuar duit kocek dia semua pakai duit rakyat... dia tu betul2 mata duitan hehehehehehehe senang2 jek dapat pencen seumur hidup Huh!

PencintaNegara said...

Saya tak sependapat ngan cik aininNaufal..
apalah salahnye kita kasi 1 juta kat sapa2 yg dapat pingat emas drpd kita buang duit tu pada projek yang lebih mengarut..selain drpd dapat menaikkan semangat atlet negara,sekali gus dapat menimbulkan nama negara kita dalam senarai nama2 negara yang memenangi pingat dalam sukan olimpik 2008.bukannye awak tak tahu,dah berbelas tahun negara kita kehausan pingat..daripada kasi duit tu pada warganegara2 yang tak menyumbang langsung bagi negara,baik bagi pada atlet negara..saya tak tahulah...rakyat malaysia nie sensetif sangat isu duit..kalo nak kasi sikit duit kat mana2 pihak,semua nak ungkit yang itu duit rakyat..sedangkan bila kerajaan bg duit pada rakyat ( kes amik duit kat pjbt pos),time tu lah penuh pejabat pos..siap ada komplen pejabat post sempit la,ape la...ini lah rakyat malaysia,terlalu manja sangat..bukannya kalo kasi 1 juta kat Lee Chong Wei tu rakyat terus mati kebuluran..masalah2...fikir2kan lah ...

Ainin Naufal said...

Bang Long,
Masalah, itulah yang terjadi. Macam-macam hal, huhu.

Kak Syima,
Bukannya atlet tak boleh diberi intensif lain kan?


Pencinta Negara,
Terima kasih, saya hargai pandangan awak. 1 juta di saat ekonomi terumbang-ambing macam sekarang ni? di saat ketua negara melaungkan kempen berjimat cermat? Ambil contoh China sebagai tuan rumah yang mengungguli kedudukan. apa insentif yang negara mereka beri kepada atlet? 1 juta? Jauh sekali.

Apapun tahniah kepada chong wei.

Abang Long said...

Maaf wahai Adinda Sifu.

Terpaksa juga melontar pendapat kali ini.

Kepada 'pembaca bisu' (pencintanegara). Disaat rakyat terhimpit dengan segala - galanya, dan belum kelihatan ada jalan keluar, adalah lebih afdal dan jauh lebih barakah, andainya wang yang diwar - warkan sebanyak BERBILLION itu disalurkan kepada RAKYAT yang sedang menderita. Yang pasti, wang itu adalah WANG RAKYAT. Dan WAJIB untuk dipulagkan kepada MAJORITI RAKYAT.

Tidak salah untuk memberikan ganjaran kepada SESIAPA SAHAJA yang menaikkan dan mengharumkan nama negara. Contohnya, apakah ganjaran yang diberikan kepada SASTERAWAN NEGARA ?

Kenapa kita harus fokus kepada ATLET ?

Dan rasanya adalah lebih baik untuk kita mengutamakan MAJORITI RAKYAT. Yang pasti pak menteri kita tidak keluar sesenpun wang dari KOCEK mereka, untuk projek BER-BILLION ringgit.

Hari ini, rakyat terpaksa IKAT PERUT dalam segala hal.

Apapun aku adalah penyokong FANATIK pasukan bolasepak PERAK. Dan aku tidak menyokong pasukan luar negara.

Anonymous said...

Aku setuju, sejak aku dengar nak bagi 1 juta tu, aku geleng kepala. Aje jahanam duit kita semua. Ini bukan soal patriotik, ada perkara yang lebih patriotik, iaitu menolong rakyat2 yang masih mundur, isu rakyat yang paling penting dan menjadi agenda utama.

sf

ayumkay said...

baru hari ni dapat bukak blog AN. ingat dah 'bercuti' dari berblog :D

biasalah orang2 tu semua... rakyat disuruh ubah cara hiduplah, berjimatlah, berkongsi kenderaanlah dah mcm2 lagilah tapi bila tang mereka semuanya tak apaaaaa..

Ainin Naufal said...

Abg Long,

Hidup Abg Long! Ngehehe.

SF,
Betul. Fikirkan kebaikan 1 juta untuk banyak orang dan bukan 1 orang. Atlet kita 'kenyang' dah sebenarnya(sukan-sukan popular). Sebab tu tak ke mana kot. Maklumlah, bila dah kenyang maka jadi malas.

Kak Ila,
Mereka kena turun dan berhomestay dengan kita, baru mereka tau kot. Tak de modal la kak. Ni kuar modal pun cuma bermodal rasa tak puas hati je. hampeh tul. huhu

en_me said...

me baru je balik dari bercuti .. gitteww

Sastri said...

salam kak... seronok nye kalau dapat bercuti juga...

blackpurple @ jowopinter said...

Cuti sekolah, saya pun ikut cuti juga. He he he!

Ainin Naufal said...

en_me, sastri & BP,
Amvoi korang! jeles I taaawww.